Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Thursday, June 30, 2011

Ilusinasi Dalam Cinta _ Cinta Kuasa Dua (Part ix)

Bising. Kata orang tua, jangan nak jadi Cina semasa menghadap makanan. Itulah kata orang dulu-dulu. Nonsense. Kita harus ada sikap 1 Malaysia, orang Cina buat kita buat, orang India buat kita buat atau pribumi Sabah ataupun Sarawak, mereka dulu kita kemudian. Itulah yang berlaku di Kafeteria yang majoritinya penuntut yang bertudung. Bising mengalahkan pasar Satok Kuching semasa menghadap makanan. Senyum aku sebagai penulis dengan kata "Kita 1 Malaysia".

Aku singkap puisi Ada Apa Dengan Cinta (psssttt dulu aku anggap diriku sebagai Rangga)

" Ingin bingar aku ke pasar"... My Cinta kata.

Diam. Suasana bising itu tidak merebak pada meja si cinta dan pencinta. Diselubungi keheningan seperti di subuh hari. Si Cinta yang tadinya bergoyang mengikut rencah perut yang berdangdut hanya menguis makanan di pinggan. Si pencinta hanya mendongak kepala mejadi penonton riang rancangan "macam-macam Aznil". Namun ekor mata sentiasa dijamu dengan rasa kaku dalam diri si Cinta.

Kata hati cinta :
"Ingin bingar aku ke pasar.."
Kenapa perlu teman jika seperti sendiri..
Hanya batu depan mata..
Hanya kayu dalam diri..
"Nyah kau pekat, berjelaga jika aku sendiri"
Pekatnya egomu wahai lelaki..
wekkkkkkkk..

Pencinta : Tak baik tuduh-tuduh dalam hati...
(cinta menatap wajah pencinta, kemudian tunduk semula)
Cinta : Erm.. errr.. Tak baik main tuduh terang-terang..
Pencinta : Habis dalam hati tue menyumpah seranah..
Cinta : ( perasan jadi malaikat.. pirahhhh) erm manada.. hati ini suci bersih..
Pencinta : ye lah tuh.. Teruskan..
Cinta : (takkan nak mati di sini..) teruskan???
Pencinta : Kenapa nak diam...
Cinta : (eksen nye mamat nih.. dia yang tak bawa cerita).. abistuh nak cerita apa..
Pencinta : Errrr erm.. habiskan makanan tuh.. tak baik membazir..
Cinta : (pulak.. sekeh kang..) baiklah..

Keheningan bermula semula. Ekor mata Pencinta tetap diwajah manis si cinta. tumpuannya kini terarah pada lesung pipit si Cinta. Kini Macam-Macam Aznil menyaksikan adegan si Cinta dan Pencinta.

Kata Hati Pencinta :
Wahai la lesung.. kenapa engkau piipit?
Macam mana dia tak pipit, dah pipit nak jadikan dia lesung..
(apa aku mengarut nih)
Wahai wajah nan ayu lagi manis, sudikanlah untuk dijamu oleh mataku hari-hari..
Sesungguhnya mata ini hanyut dengan kemanisan wajah itu..
Sesungguhnya mata ini melayang dengan wajah itu..
Oh tuhan janganlah hambamu ini hanyut..
Oh tuhan biarlah melayang jangan aku terlayang...

Cinta : Kes rogol menjadi-jadi sekarang..
(wajah Pencinta merona merah)
Pencinta : Astagafirullahuazim.. Simpang malaikat 44..
Cinta : Emak saya lahirkan supaya saya melahirkan. Tapi dengan cara sah..
Pencinta : Apa awak merepek nih..
Cinta : Mata tu jaga sikit. Tak baik..
(wajah Pencinta kelat. Merah masih menghiasi wajah)
Pencinta : Sumpah aku pandang. Pandang tang lesung batu tue jer.. Tak lebih pown, kalau lebih tolak sendiri...
Cinta : Lesung? Batu?
Pencinta : Kemanisan anda ada di situ..
( kali ini wajah cinta pula dirasuk kemerahan)

Bunyi telefon tangan pencinta menyelamatkannya. Membaca pesanan ringkas.

Cinta : saya ada discussion, nak joint..
Pencinta : (senget!) perli nampak..
Cinta : Ok bye..

Pencinta hanya membiarkan Cinta dengan jelingan manjanya. Dia sempat bermain "kelip mata" dengan pencinta. Balasannya hanyalah jeliran lidah yang manis dari si Cinta. Senyuman manis juga sebagai balasan dari Pencinta. Bising. Pencinta mula sedar dengan kebisingan di kafeteria itu.
"pelik, tadi diam sehening subuh sunyi jer". Dia ketawa sendiri. Kemudian senyum. Kemudian menggeleng. Dan senyum lagi. "Aku gila!!!".

................................................................................................
Lokasi : Suka hati. Tempat discussion si cinta.

Wajah si Cinta menyerlahkan keceriaan yang sungguh luar biasa. Dengan bahasa mudah, si cinta tidak pernah seceria itu. 

Kata Teman : (luahan hati si Cinta)

: Kita fokus pada hipotesis yang mengatakan lelaki suka berpoligami : ( owh pencinta.. manisnya senyuman itu)
: Namun kita cari faktor-faktor dulu. Tapi kalu dah bagi hipotesis, nak kesan juga ek.. : ( Aku bukan dirimu, tapi dirimu bukan aku. Namun aku mau kamu)

Teman menampar bahu si cinta dengan sekuat hatinya. Si cinta tersedar dan mula menyelak helaian kertas kajang di tangannya.

Teman : Kalau ya pun di rasuk syaitan, jangan lah nak peras santan kat sini..
Cinta : (sewel) hahahha... aku hanyut dalam dunia.. hahaha
Teman : jangan, kang kita yang hanyut nak ulang paper nanti..
Cinta : Ok start. hipotesis bangang! lecturer sama bangang..
Teman : Sah dirasuk syaitan...

 ....................................................................................

Dunia si pencinta bukan sahaja di kampus ilmu. Kehidupannya yang susah pada setiap sudut membuatkan beliau mengambil langkah berdiri di kaki sendiri. Bantuan kerajaan yakni PTPTN hanyalah mampu bertahan selama seminggu untuk semester ini. Ayahnya sangat membutuhkan duit untuk pembedahan jantung, membuatkan beliau menggelapkan duit pinjaman kerajaan itu demi kesihatan ayahnya. Dan langkahnya untuk memilih kerja di malam hari selepas waktu kuliah sangat memerlukan kudrat remajanya. Seven eleven menjadi pilihannya untuk menyara kehidupan kampusnya.

Kata hati pencinta :
Dunia tidak berakhir selagi nyawa ada pada tubuh..
Itu aku..
Itulah caraku..
Begitula kehidupanku..
Lelah bila aku memikirkan penat..
Mati bila aku tidah berdaya untuk lalui..
Kini pasrah itu aku nafikan..
Biar luka berdarah pada hati...
Biar nanah mengganti luka dalam diri..
Aku cuma ingin nanti..
Nanti dalam harapan..
Harapan yang belum pasti..
Pasti aku berjaya..
Berjaya jika usaha..
Usaha bermulanya di aras terbawah..

Kata teman Sekerja : (Kata hati pencinta)
: Lu ok kanie bro.. (layan)
: study then malam ko kat sini .. ( tuhan dan tentukan)
: well kalau lu ada prob especially duit, wa ada bro ( thanks teman)

..............................................................................

Hanyut. Itulah si cinta, hanyut pada perasaan sendiri. Pembawaaan masalaah dari rumahnya. klise cerita Malaysia. Ayah kawin lain, keluarga porak peranda. Namun itu berlaku pada si Cinta. Hatinya tenang jika musim perkuliahan. Dia hanya berada di kampus selama enam bulan pada penjadualan kuliah . Bukan derhaka, bukan juga lalai pada tanggungjawab menjaga hati keluarganya, namun ketenangan itu yang dicarinya.

Kata Ibu si Cinta : ( luahan hati si cinta )
: Tiada orang lain mummy harap. Kau la yang boleh mencorak balik kebahagiaan keluarga ni. (hmmmm) 
: Kalau boleh mummy nak tengok kau berjaya. Lupakan apa yang berlaku di rumah nie (kalaulah semudah itu mie)
: Apapun dalam hatimu sekarang, dia tetap ayahmu (saya akan cuba mie)

...............................................................................

Masa berlalu dengan slumber, waktu penuh tenang berjalan pada dasar kehidupan manusia. begitu juga dengan si Cinta dan Pencinta.
Mungkin dewa pada cinta ingin menguji rasa cinta yang baru menular di hati mereka. Si Cinta dan Pencinta mendapat kumpulan yang sama pada tugasan berikutnya untuk kelas minor fakulti seni mereka. Tugasan ini sangat penting pada si Pencinta untuk bergraduasi pada tahun ini. Namun, si Cinta yang juga ketua kumpulan itu menetapkan waktu berdiskusi untuk tugasan itu adalah pada waktu si Pencinta menjalankan tugas malamnya di Seven Eleven. <<------- Part x 





Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Penumpang Dalam Perjalanan


;'/

Dalam perjalanan hidup dunia menuju singgah sana keagungan maha pencipta..

Driver kata :
Cukuplah berkata...
Cukuplah  mencipta rasa...
Bahagia ada di sana...
Bahagia  itu bukan di jalan NYA...
Penumpang kata :
Aku masih dengan hidupku...
Aku masih dengan mahuku..
Aku yakin dengan kepercayaan ku...
Aku ada jalanku...
Driver kata :
Jalannya tiada gembira...
Jalannya hanya sengsara..
Jalannya tiada seronok tercipta..
Jalannya badai menjelma..
Penumpang kata :
Biarlah keseronokan itu bukan untukku..
Biarlah badai di dunia ini untukku...
Biarlah aku terperosok di dunia sendirinya aku..
Biar, biar dan biarkan aku...
Driver kata :
Kenapa ada  bodoh bila kau berkata...
Kenapa penuh sebal dalam minda..
Kenapa kau bengap dalam sepenuh raga..
Kenapa  perlu sakit jika ada seronok dalam bahagia...
Penumpang kata :
Bodoh itu bukan aku tapi kamu..
Sebal itu adalah hakikat mu...
Bengap itu hasutanmu..
kerana Laknat dan kehancuran bukti Kesyaitananmu...

Aku tetap aku dengan pegangan ku..
Biar hancur kata-kata mu...
terhadap ku..
kepada ku..
yang menghadap adalah aku..
Aku tetap aku dengan pegangan ku..

Biar berbuku dalam hati penuh iri dalam mindamu..
itu kamu..
sentiasa kamu..
biasanya pada kamu..
Penuh kehancuran dalam kata-kata mu..
Laknat itu Brand tertinggi nama mu..
Iblis itu Title indah pada nama mu..
Syaitan itu Harta Intelek empunya mu..
Neraka itu menjadi cita-cita mu..

Pergilah jauh..
Aku hidup bukan begitu..
Memanjat padanya jauhkan aku dari itu..
Bunuh aku kalau memuja mu..
Siallah aku jika menjadi ekor mu..
Hancur la aku jika terperangkap oleh mu..

"Pergilah kamu mencipta sakit dalam dirimu.."

"Biar, sakit di dunia memang untukku.."
"Namun rahmat dari NYA menjadi cita-cita ku..."




Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Spontan Khamis



;'/


Aku memandang hati, sebab yang melihat adalah hati...
Aku bagi hati, sebab yang menjaga adalah hati...


P/s : Aku tidak tau la pasal spontan or wordless..  Jujur aku ikut-ikut blog orang.. heheh.. 

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Wednesday, June 29, 2011

Manis _ Cinta Sesaat @ sesat


;'/


Bila mata ke mata, mesti ada rasa...
Bila mata ada rasa, mungkin jatuh hati..
Bila mata ada hati, mungkinkah cinta...
Bila mata ada cinta, lahirlah sayang...
Bila mata ada sayang, pasti ada rindu..
Bila mata ada rindu, pasti ada nafsu...
Bila mata ada nafsu, mesti teburu-buru..
Bila mata memburu, syaitan memandu...
Bila mata ada syaitan, JUM GIE NERAKA!!!...

: Kadang harus guna mata, kadang harus guna hati...
: Tapi harus selalu guna minda.. Dan wajib guna pegangan..


....Peace Dunia.....

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Tuesday, June 28, 2011

Manis _ Awek Keningau

;'/


Dia pandang... 
Aku? :
Tersipu malu..
Walau penuh rasa mahu..
Hati cuba kata tak tahu..
Rasa bagai dipalu..
Dag dig dug aku malu..
:p

Aku  balas pandang...
Dia? :
Melarikan mata...
Namun penuh ceria..
Wajah ada merah..
Apa dia rasa ?..
Mungkin itu ku rasa...

Dia Melirik...
Aku? :
Aku tertarik..
Dalam hati bagai dicarik..
Harap luka lama tercarik..
Dalam rasa sudah berbintik..
Harap manis tersebar dari bintik..
: p

Aku  balas melirik...
Dia? :
Senyum indah dia beri..
Mata menawan tidak terperi.. 
kali ini mata membalas tanpa lari..
Indahnya dunia tuhan beri...
Hatinya hendak aku cari..
Supaya sama bahagia dalam tari...

Dia senyum memukau...
Aku? :
Aku terpukau...
Mungkin jadi sasau..
Hati confirm gundah bilau
Oh gadis, kenapa aku terpukau..
Bukan itu ku cari di Keningau..
Aku di sini hanya tinjau-tinjau..

Aku tak peduli.. Aku kenyit mata..
Dia? :
Sekali lagi wajah merona merah..
Aku tak sangka itu pada wajah..
Sorry ampun kalau aku salah..
Jum sama-sama kita basuh luka..
Harap ada namanya bahagia..


Aku dan dia harus bertanya..
Adakah cinta walau sekali jumpa ?


P/s : Hanya rekaan. kang jatuh saham. Tengah pikat-pikat Pemetik durian, Nawal Addina, Merahnya Mira, si Hanjila. (so kena hati-hati) wahahahah... joking...
: Kak Misya, harap mengerti darah tengah membuak.. hahahha 
: Domo mega study smart okeyyy...










Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Cinta Kopi Susu

;'/



Kopi Kata :
Aku Pekat berkilat..
Manis pada tahi lalat...
Biar hitam tapi aku pemikat..
Wahai susu manis, anda sudah terpikat?..
Susu Kata :
Aku cerah sentiasa berseri..
Penuh gaya setiap hari..
Manis itu aku sentiasa beri..
Wahai kopi piirah cermin diri..
Kopi Kata :
Wahai susu jangan kau bongkak...
Aku bukan minat cik kak..
Cuma tertawan bila pinggang tercekak..
Tapi sentiasa menghindar dari pekak..
Susu Kata :
Wahai kopi jangan lah mimpi..
Aku ada putera ku mimpi..
Kamu harus musahabah diri..
Supaya ada jati diri...

Aku kata :

Cinta kopi susu...

Cinta dua warna...
Kadang jadi kadang hanya sia-sia..
Ada Apa dengan wajah..
Ada apa dengan warna...
Hati penuh tanya, beribu sangka..
Akhirnya, keikhlasan jadi tanda tanya...
Kejujuran entah ke mana..
Menjadi sikap mengada-ngada...

Cinta kopi susu..

Bila legam, manis harus ada...
Supaya ceria sentiasa..
Tebayang jika pekat hitam merasuki jiwa...
Selalu berkejaran dengan leka..
Selalu hanyut di dunia...
Jarang hindari dosa...

Cinta kopi susu...

Bila manis kadang perlukan gelap..
Supaya manis tidak menjadi silap...
Bila penuh manis mata mudah terlelap..
Megah penuh riak hidupnya gelap..
Selalu hati penuh malap..
Selalu jiwa dihiasi sangap..
Jarang untuk menghadap...

Cinta kopi susu...

Biar sama merasa..
Indah itu akan ada..
Pekatnya sama di rasa...
Manis itu juga akan ada...
Peduli kata mereka..
Legam itu bukan miliknya...
Manis itu jadi cemburu mereka..
Tutup mulut mereka..

Mari sama kita rasa..
Cinta kopi susu yang bahagia...







Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Manis Pekan Kimanis

;'/

Berjalan di Pekan Kimanis...
Aku terhibur dengan gaya manis...
Yang menyedari mungkin terasa lebih manis..
Untuk mereka aku dahulukan persis..

Aku syukur menghayati ruang magis...
Penuh diam aku taksub dengan kuasamu yang terlukis...
Walaupun dahulu tembok kuat Inggeris
Penuh dengan kehancuran yang berjenis..
Namun, pahlawan Sabah bukan penangis..
Memperjuang bangsa sehabis habis...
Supaya cicit merasa manis...
Dengan kata, nyah kau Inggeris!..



Biarkan aku seketika dengan manis...
Kerana esok mungkin aku nangis..
Kerana esok jiwa manusia akan terkikis..
Kerana esok hati manusia bermukim sadis...


Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Aku? _ Aku Tunggu Mahumu


;'/


Aku hanya memberi kekuda seperti mahumu...
Kekuda erat menunggu serangan mu...
Sendi kian lemah menurut apa mahumu..
Sendi harus menanti jenis seranganmu...
Aku lemah pada mahumu...
Aku bingung dalam himpunan kata-kata mu...
Aku harus sahut cabaranmu..





Kepalaku tunduk bukan menikus kaku..
Bahu meninggi bukan terpaku..
Hati berdebar bukan takutku
Tubuh berpeluh bukan ku layu
Jemari bergetar aku menungu..
Menunggu..
Menunggu kamu...
Menunggu kamu dan mahumu...
Apa mahumu..
Hanya lintah yang terpesong pada ragamu...
Mendabik dada hanya pada sekitarmu..
Aku di sini menunggu..
Datanglah, lunaskan mahumu...

Sah kamu hanya hantu..
Bernafas siksa dalam buntu..
Apa mahumu...
Mencelah pada sakitnya sekitarmu..
Menerobos segala peritnya kamu..
Apa mahumu...
Jahanam itu berkuasa pada kamu...
Kehancuran itu adalah dirimu..
Apa mahumu..
Di otak mu adalah batu..
Tanpa cair terus membatu..
Batu itu tuhanmu...
Batu itu peganganmu..

Apa mahumu...
Hancur pada kehidupanmu..
Atau terdorong oleh nafsu menjadi hantu...
Mungkin aku harus buntu melihatmu...
Mati terpesong itu kamu..
Syaitan itu pujaanmu...
Neraka itu rumahmu...
Itulah mahumu...
Sial kau hantu !!!...



Sumber Gambar : This Is avanged @ Azlan J
Tukang reka       : Azlan Johar

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Monday, June 27, 2011

Bulan Dan Monolognya Dalam Cinta... (EP 6)

Ep 6

Menyelusuri kehidupan sayu si Bulan yang sentiasa ada angan, bermain dengan fantasi dan menginginkan keindahan dalam erti kata bahagia. Bermula lagi kisah hidup hari-hari bertemankan kotak robot. Hari ini penuh dengan suka pada wajah, mungkin hanyalah satu ciptaan untuk mengelak kerunsingan memikirkan si dia. Fantasi Berimaginasi sentiasa jadi pilihannya. Dengan bahasa mudahnya, muka buku yang menjadi pilihan di kala tugasan hari ini terlalu santai dan membolehkan dia berdiskusi dengan teman maya.

Status muka buku : Bahagia akan datang, tapi belum tiba yang di nanti....


Komen :
Ustat keningau : Kenapa harus menanti tidak mencari...
Bulan : Menanti lebih baik dari mencari. Harus ada itu pada nilai perempuan...
Ensem : Menanti atau disakiti... Sudahlah semua itu penuh erti...
Ustat Keningau : Saya setuju dengan si ensem.. Untuk apa menanti kalu susah mengerti...
Bulan : @Ensem _ Pengertian pada hati itu lebih penting dari kata-kata... @Ustat_Bukan susah mengerti, tapi kenapa hendak diertikan kalau tak pesti..
Ensem :???? Bagaimana hendah mengerti kalau diri sendiri mengelak erti...
Ustat Keningau : Penat untuk mencari erti atau penat untuk menangisi...
Bulan : Pengertian ada pada hati, aku hanya menanti bila harus ku mengerti.. @ustat Keningau_aku bukan insan yang mudah menangisi 
(bulan senyum sinis dengan komennya)
Mamat Pahang : Hai bulan..
Bulan : Hai juga..
Mamat Pahang : Sabarlah... bahagia itu akan datang... tapi jangan terlalu menanti..
Bulan : Salahkah aku menanti...
Mamat Pahang : sanggup hati menerima sakit bila terlalu menanti, dan hanya duka yang menghampiri...
Bulan : Entah... 
Mamat Pahang : Harus percaya hati... Keputusan ada dalam diri...
Kakak KK : Hai Bulan.. Kakak rasa satu penantian itu sangat menyeksakan, namun bila hati sudah percaya teruskan..
Bulan : TQ kak.. Hati ini terlalu percaya akan dia...
Ensem : Makan tue percaya...
Bulan : Peduli kata orang, aku percaya bila aku menanti, itulah bahagia...
Ensem : ok...
Ustat Keningau : Insyaallah..
Bulan : TQ
Mamat Pahang : Hati anda terlalu kukuh...
Bulan : Aku sentiasa itu..
Kakak KK : Teruskan Bulan... Suka duka, kakak di sampingmu..
Bulan : Thanks kakak...
Ensem : ;/ Huh... Jum Kepsi..
Bulan : Huh :p.. Nanti boyfern saya emosi..
Ensem : Ok T2.. Layan...

Itulah bulan. rakan Maya selalu membuatkan hidupnya terhibur. Dia terus melayari ruangan muka buku. Ada status menarik hatinya. Status dari Kallolo Tawau.

Status Muka buku (kallolo Tawau) : Aku rock! Hati ada taman. Penuh warna-warni.. wahahhaa


Komen :
Bulan : yeah sambil kepala goyang-goyang...
Kallolo Tawau : Yeah Bulan. Layan...
Bulan : hahah Sejak bila hati berteman.. Eh silap.. Bertaman..
Kallolo Tawau : Behhh Si bulan.. inda bermaksud bah tue..
Bulan : iyya ka iyya.. iyya sejak dari tadi wahahhaa...
Kallolo tawau : Aku mau kau.. Aku mau bulan...
Bulan : Inda mo... Mo naik skuternya jak.. 
Kallolo Tawau : Jum,  kita round Tawau..
Bulan : Apa barang Tawau, kita round bulan.. 
Kallolo Tawau : audedeh ini anak.. jum yang penting bahagia...


Dalam menjalankan tugas, teman-teman maya sentiasa menghiburkannya. Dalam hati tiba-tiba teringatkan si Torest. Hari ini belum ada pesanan ringkas darinya. Muka tetap senyum memerhati skrin telefon. "adakah aku mengharap?".
...............

Selesai tugasnya, beliau kembali membuka laman muka buku. Menaip sesuatu

Status : Kau jahat aku tumbok... Kenapa kau eksen NgoKKKK!


Notification : Kallolo Tawau like your status. Kakak KK and Kallolo Tawau like your status.


Si bulan hanya tersenyum dengan statusnya dan kiriman like dari teman-teman mayanya. Dia mengemas meja dan barangannya setelah melihat jam menunjukkan tepat 4.59 pm. Dia senyum dan dalam hati " aku pekerja Malaysia yang taat setia".
Keluar dari bangunan pejabatnya, beliau meluru laju pada ferrari hijaunya. menghidupkan enjin kereta kemudian memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah yang basah dengan titis hujan.

.....................

Sesampai di rumah yang lengang tidak berpenghuni, beliau meluru kebiliknya dan menghempas diri ke katil spongebobe kesayangan beliau. Mula memerhati siling yang penuh sesawang. dalam hati "aku seorang yang pemalas". Kemudian memalingkan wajahnya ke tingkap. Hati sayu terlalu rindu dengan Torrest.

Kata Hati Bulan :
Aku di sini tetap menanti...
Walaupun mereka tidak mengerti...
Aku cuba mengertikan apa itu erti...
Walaupun berpotensi untuk disakiti...
Aku juga bahagia jika kau disisi..
Namun ada perjuangan perlu diisi...
Cukuplah jika kau mampu mengingati...
Lakaran dan corat-coret kita di sini...
Harap itu bukan mimpi...


Mata terlelap. Indah dalam mimpi. Wajah-wajah itu datang dalam mimipinya. Si torrest, si Ensem. si Kallolo Tawau, si Keningau dan juga mamat Pahang. Wajah-wajah itu saling berganti dalam mimpinya. <<<-------- Muahhaha macam citer hantu plak<<<---------- Sambung EP 7






Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Sunday, June 26, 2011

Manis _ Karma Acap Hari

;'/




5.30 am...

Buka mata nampak dunia...
Buka mata kadang untuk DIA..
Buka mata membuka minda...
Buka mata ingin berkarya...


8.00 am..

Berjalan kerana DIA...
Berjalan penuh satu rasa...
Berjalan aku ingin mencipta..
Berjalan aku harus meneroka...

10.00 am

Aku dengar mereka..
Mencipta segala rasa...
Penuh cerita hanyalah sia-sia..
Tiada lain hanya dosa...

12.00 pm...

Aku tengok mereka...
Dalam lapar aku tanya...
Aku tanya kamu bahagia...
Sentiasa mencipta luka dan duka...

3.00 pm...

Apa kamu kata...
Bersepah aku tunjuk di sana...
kenapa dan bagaimana...
Haruskah ada cerita ataupun cinta...

5.00 pm...

Cinta, biar apa kata mereka...
Aku datang mencipta bahagia...
Walaupun hanya menagih ceritera...
Untuk mendefinisikan apa itu cinta...

7.00 pm...

Permulaan gelap aku panjat kepada NYA...
Memohon hidup ceria sentiasa..
Mengelak segala dosa...
Mencerna segala cerita tidak bermakna...

10.00 pm...

Kadang dunia gelap di ilusi maya..
Berfantasi sentiasa ada tema...
Aku cuba mencipta gembira..
Walaupun lebih pada duka...

12.00 pm

Layu sentiasa pada biasa...
Perlu teman sentiasa pada masa..
Aku mau cerita gembira sentiasa..
Itu hanya harapan dalam aku mengucap, selamat tinggal dunia...


Zzzzzzzzzzzz......

Anak Pacek Google

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Puntung Di Bibir...

:'/

.: My Name Is Mr. Google :.











Dunia...

Bila puntung sudah di bibirku...
Aku sudah menguasai mu..
Kau berempunya, aku si pemilik itu...
Kau patut biar aku menciptakanmu...
Menciptakan keindahan pada singgahsanamu...
Mimpi?!.. Biar.. Aku gila begitu..
Biar aku mencoret keindahanmu..
Biar aku bermaharajalela dalam horizon sendirinya aku...
Intelegensia harus begitu...

Bila puntung sudah dibibirku...
Kau dunia biarkan aku...
Aku cuma ingin meneroka minda kamu...
Meluah segala rasa kamu...
Ingin sama merasai sakit kamu
Ingin Gembira seperti itu...
Ingin bahagia sebahagia milikmu...
Walau aku tak mampu...

Bila puntung sudah dibibirku...
Kau dunia akan senang kepadaku...
Aku si pengembara duniamu..
Berkelana mendapatkan yang itu...
Itu sebagai apa itu kamu...
Kamu akan ku fahami suka hati ku..
Biar tiada orang menolehmu...
Itu bukan aku...
Biar orang mencelahmu...
Itu bukan aku...
Biar orang menghancurkanmu...
Itu bukan aku...
Aku cuba jadi milikmu...

Bila puntung sudah dibibirku...
Aku tidak hanya begitu...
Sentiasa cuba merubahmu...
Walau kamu sentiasa mampu...
Dalam hati ingin sentiasa disampingmu...
Walau kamu tidak mengenaliku...
Dalam diri ingin berjasa padamu...
Walau jasa itu hanya aku yang tahu...

Itulah aku...
Bila puntung sudah dibibirku...



Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Saturday, June 25, 2011

Lari Tajuk _ Aku jiwang, korang?!

Tengok jer header wa, wa dah kena cop jiwang kat dahi.. wahahhaha... best-best.. wa memang jiwang... Muka keras, kencang macam penjahat tapi dalam hati wa ada taman... Warna - warni lagi.  wahahahah

Dah lama tak mengarut... wa nak mengarut.. wa nak cerita yang wa nie jiwang. Entah sebab member wa suma cakap wa jiwang, dia orang semua hati keras.. "tak main la jiwang-jiwang nih, tak masuk!"  wa salute you all bro... korang memang keras la. perghhh... Cintan-cintun nie langsung tak pandang...

Sumber : Manipulasi. Halusinasi. Inspirasi @ Azlan J


Wa jiwang bila member wa yang keras buat muka kencang depan wa....
: Jumpa wa kata dah break, dah clash, dah hancus dah tiada hati nak hidup. Pergh salute la lu bro, ganaz sampai nak bunuh diri, hebat la.. rock la bro... Ganas wa cakap lu...
: Jumpa wa bila nak nombor telefon awek yang wa kenal... Rock la katakan... wa bagi then dia usha la.. Sekali tak dapat buat muka kencang depan wa... nak tumbuk wa.. nak bunuh wa.. Apahal?.. Awek empunya nombor yang wa bagi tuh nak kenen dengan wa, tak pandang langsung dengan member wa... wahahahah... Sory bro, nak try jiwang tak jiwang.. memang ganas la sampai nak tumbok member sendiri... rock la lu bro...

Wa jiwang bila layan korea... member wa gelak tengok wa..
: Cakap drama apa, secret garden, ada Hyun Bin ada gil ra im @ Ha ji Won, "Coffee Prince", si yong pi yeo, eun hee.. Atau semua variety show korea wa layan, dari Xmen, FO, Running Man, gossip Kim joong kook dengan Eun hee wa masih ikut sampai sekarang.. K Pop, Idol popular wa ikut cerita ( kalu salah eja tue leh la maafkan sebab wa masih lidah Malaysia )... Jiwang tak jiwang wa... Member wa selalu gelak... hahaha
: Hahah tapi ada la member wa boring satu hari tue, wa pasang satu drama korea nih, tajuk Wonderful life, wa pusing bab si anak bagi sign Sarangeo dari beranda rumah datuk ... perghhh member wa potong bawang beb.. hahaha.. rock tak rock member wa... ganazzzzz...
: setiap hari sabtu, start tengahari member wa kunci pintu... tapi bunyi TV kat dalam bilik, tak kan tido angkat TV kat dalam bilik.. bila dengar owh tengah berdrama, ada part nyanyi 7 kali tukar pakaian, golek-golek kat padang rumput member.. ganaz la bro...

Wa jiwang bila buat puisi penuh jiwang, kata mereka..  
: Ini tabiat wa... wa tak boleh tengok benda yang boleh wa berkarya... ada la tue jadi sebuah puisi yang hancusss pada mereka... Jadi bahan gelak lagi hahaha wa layan..
: Tapi ayat-ayat penuh lobing-lobing tuh wa belajar dari ayat member wa dalam diam.. time dia orang tengah telefon awek masing-masik.. time tue jugak wa jadi halimunan jadi pendengar setia... perghhh rock member wa, hancur gigi, lelangit runtuh, lidah terbelit... ganas member wa... ganas tak ganas...
: Wa pungut kisah-kisah cinta nie dari diari member wa, yang selalu kata wa jiwang... perghh jiwang kan wa, curi diari member wa, dah wa tak dak diary.. curi jer lah... lepas baca, copy paste letak balik kat tempat yang di sorok tuh... patut kunci pintu tem nak tido wahahaha

Wa jiwang bila selalu duduk rumah, lepak depan pc...
: Jadi bahan gelak.. member wa kata wa layan jiwang kat pc... pergh... member wa memang paham dengan wa... 
: Dalam hati wa sedih bukan main bila member tak ajak dating.. keras macam kayu kan.. kan.. tak ajak member gie dating... ganas-tak ganaz mereka... 
: Ada seorang member lagi ganas, keluar dating malam tuh, besok dah akad nikah.. ganaz tak ganaz.. tak yah sanding-sanding, kat pejabat pun jadi...

Wa jiwang bila awek selalu antar kepsi kat rumah wa.. member gelak jadi si rangka...
: Perghh wa tak penah minta, pizza, kepsi, mcD, roti gula... perghh.. wa terima jer, tengah lapar, tapi cinta tengah pikir-pikir dek.. tanya emak dulu..  Member wa kata wa jiwang... hahahha wa gelak... <<---- lari tajuk.. Tiada kaitan... Yang penting kenyang...

Wa jiwang kan... wa sama dengan jer...

layansss...


Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Simple #

;/ lu lu wa wa...




Aforisme yang sering berkelana menjajah pemikiran seantero dunia maya....
Ada apa dengan bidalan semua...
Ada apa dengan pandangan sarwa...
Prakarsa tiada, Alpukah satu mimpi, hanyalah persis tukang karut berkarya...
Dia mengalami narsisistik sendiri, Bitara pada pandangan matanya...
Berkongkalikung dengan jajahannya...
Dia umpama si linglung maya...
Aku sentiasa berselingeh . BIASA..

Perkataan italic boleh disinonimkan di SINI

P/s : Penggunaan bahasa bombastik dalam puisi adalah petunjuk kepada taraf knowledge kata puisi si pemuisi, namun kurang digalakkan kerana merosakkan rima dalam puisi. Aku mencuba, jika jadi aku akan guna... Penggunaan bahasa begini selalu ada pada pemuisi bawah tanah yang sedang meningkat naik.. Orang kata, kadang jadi, kadang merosakkan...

: Ini pendapat DIA...
: Ini pendapat DIA I...
: Ini pendapat DIA II...

: Jadi apabila frasa kata sangat menolong puisi..
: Merosakkan apabila, selak Kamus DBP, rasa bombastik terus buat ayat, sesuai tak sesuai tak pernah nak kaji...
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Seloka Mereka best..

Best si...


Konon usia  setahun jagung..
Domo mega , wa tak percaya langsung...
Mungkin hanya omongan kosong..
kalau tipu wa kan pancung...




Best Si...




Kaya dengan durian...
Keciknya penuh permainan...
Entri santek tak terlawan..
Oh Marcella aku tertawan...





Best si...

Brother penuh taktik...
Gaya cara ada logik, bukan logistik..
Nasz macho wanita tertarik..
Alladin, jin aku cantik..



Best si...


Zul Fatta nama di gelar...
Seni dan sastera jadi penawar..
Semangatnya kuat wa terselar...
Ideanya mungkin boleh jadi penawar...



Best si...


Cantik lesung pipit..
Profile picture FB dia tersepit..
Amirah-cassan kau jangan hati sempit...
Nanti aku gigit kepit-kepit...



Best si...

Hanjila Sinun nya mari..
Nya tok da juak jari jemari...
Idea power, sidak sik tau nya lari..
Ngembak hati dalam entri...


Best si...



Minah korea Asal ganu..
Idea perghhh wa tak tau...
Salute selalu di hujung jemariku..
Nawal Addina aku mau kamu...




Best si...




Kak Misya tengah sakit hati...
Ada orang dia benci..
Kak, jaga hati jaga diri..
Saya sentiasa spot entri...





Best si...


Moon.Rahdin antara pendorong...
Tercipta sang pencinta yang terpesong...
Hidung kemek pipi tersorong-sorong...
Nama santek adalah si beleng, bukan bolong...


Best si...












Samizul WSB dia datang...
Fadzmie rakan blogger dia tatang..
Bro wa sorry wa selalu menyimpang...
Wa hanya kaki tumpang...

P/s : Ini hanyalah gurauan... tapi komen-komen anda menjadikan wa bersemangat nak maju.. TIANG KAYU!
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

To _ Jernih Mata Adam

Mata itu...

Sebuah jelingan...
Sebesar hati melawan...
Setimpal kudrat tertahan...
Sekuat diri tertekan..

Mata itu...

Tersadai lemah di dada pembaringan...
Kulihat hanya matamu...
Membawa erti kau melawan rasa sengsara...
Memberi maksud kau akur dengan kuasaNYA...
Kau cuba memberi kata....
Cukup! aku cukup terasa...
Kau cuba mengolah...
Sudah! terasa diri sudah terlalu terbawa...
Kau terus meminta pengertian..
Hentikan! Aku cukup mengerti...
Walaupun dasarnya  suara itu tanpa baris kata...

Mata itu...

Penuh daya tarik...
Tarikan terbalam pada siksa...
Aku hanya mampu menyeka...
Sinis... Sinis aku untuk lelaki...
Aku lelaki yang kalah di waktu kau ingin menang..
Aku lelaki yang luarnya jantan kini berubah..
Aku jadi si tukang tangis...
Aku jadi si cengeng yang murah air mata...
Air mataku murah di depan mu...
Air mataku tumpah kerana lelaki..
Walaupun hanya aku sendiri menyedari..

Mata mu Adam..

Bangunlah wahai teman...
Panjatkan pada NYA..
Mohonla ke atas NYA..
Teruskan galak matamu...
Jangan sekali ia layu..
Jangan cuba menutupnya..
Jangan kau mahu melelapkannya untuk bermimpi..
Kerana mimpi itu membunuhmu..
Jernih itu kekuatamu ADAM!..

: Hari nie wa buat entry untuk sang teman yang sedang melawan penyakit kronik (jangkitan kuman dalam darah) yang menyebabkan Angin Ahmar. Seharian wa berada disampingnya hari nie, wa jadi perempuan ayu paling unggul... Walaupun hanya wa yang menyedari.. Sangat unggul wa hari nie beb.. Unggul... Tersangat unggul..
: Harap kau kuat untuk melawannya teman.. InsyaAllah..

: Selamat Berjuang Cikgu Adam!


P/s : Wa hanya diam buat muka 'no meaning' apabila beliau cuba membaca dalam ketar-ketar tangan ucapan-ucapan hari guru dari murid-murid kesayangan beliau... Puluh, ratus mungkin ribuan ucapan semangat untuknya... Dalam bahasa isyaratnya tadi, dia yakin dia akan membaca kesemuanya... UNGGUL GILA BABI BEB... SANGAT UNGGUL!...

Diri ini sangat kerdil..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Thursday, June 23, 2011

Manis _ Cinta Tisu

;/



tugasku bila berpeluh...
perananku bila kau mahu...
pakai buang itu sikapmu..
banyak pilihan itu caramu...

hatiku tisu...
mudah robek bila tersentuh...
melayang bila disuruh..
mudah hilang walau bersuluh...

hatimu juga tisu...
senyum kerana kau mampu..
seperti dalam lipatan tertentu...
kerana tiada erti satu...

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Lari Tajuk _ Segmen Simple Brother Nasz

Tajuk : Segmen Simple " My Wish " <<--- Klik sini atau header di bawah kalau nak joint.

Part paling best letak header nih... wahahahha...


: perghhhh... aku rasa aku berdiri di dunia nyata. Yup, aku di dunia nyata setelah kaki kanan ku menyepak kaki kiri ku. Memang tidak berada dalam mimpi apabila kaki kiriku terasa sakit.
" rezeki tuhan... Errr atau dugaan tuhan". Monolog dalam hatiku.
Semua berpunca daripada kejadian pelik semasa aku berjalan di lorong sunyi itu tadi. Tiba-tiba sebuah teko lama bersalut perak jatuh dihadapan ku. Aku mengucap syukur sebab aku tak jalan dengan awek aku yang kat hujung kampung tuh. kalau tidak, semestinya confirm aku kena gelak sebab aku terpeluk pokok dalam keadaan terkejut tadi. Tidak pun dia kan menjerit kerana dia mangsa menggantikan pokok untuk aku peluk jika dalam keadaan seperti tadi. semuanya kerana kalau. <<<----- lari tajuk.

Kerana taksub, aku mengelap teko untuk memastikan samaada ia adalah tulen perak. Tiba-tiba keluar asap dan seekor jin keluar dari teko. Terus aku bayangkan cerita Alladin. Tapi dalam hati aku tidak akan menendang kaki aku lagi supaya aku berfantasi aku bermimpi. Aku buat muka slumber babi dekat jin mata satu kat dahi tuh. Aku menghulur salam. Dia menyambut salam.

Aku : klise la lue bro. Citer Alladin nie dah lapuk la brother..
Jin : lek la bro... just rilekkan diri di segmen Brother Nasz nih.
Aku : wa dah tau bro.. tak yah 3 permintaan, wa nak 1 permintaan jer bro..
Jin : Permintaan? pe binatang permintaan tue?
Aku : Hek elleh.. dasar jin. Wish sial !
Jin : Want la bro. Wish leh gak.. tapi sial tue wa paham bro.. wa panas bro..
Aku : perghh ada emosi rupenyer dia.. ok ok..
Jin : 1 permintaan.. ok. deal..

Sambil si Jin mengambil kertas dan pen di poket seluar Levi's nyer. Dia meminta aku menandatangani perjanjian dengannya. Aku layan.. Aku sign tanpa banyak tanya...

Jin : hah pa die?...
Aku : Simple bro.. wa nak lu masuk balik dekat teko tuh..blah dari sini.. cari mangsa lain... wa nak tengok Malaysia lawan Lubnan bro.
JIn : hek elleh.. cekadak.. eksion..ok ok.. wa layan.. tapi wa pun nak tengok Malaysia main bro..
Aku : Ok layan.. kita layan dulu baru hang blah...

Dan aku membawa jin balik ke rumah tengok Bola.. Bola tidak mengenal syaitan!..
Malaysia boleh!
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Sudah Potong

Lu kata sudah potong...

aku mahu lihat...
kami mahu tengok....
semua hendak menyaksi....
bila kata sudah potong....
bak kata tersorong-sorong...
jangan takut aku bukan along...
usah gentar kami bukan santong...

kau kata penuh cara...
indah kata tapi murah...
kau mengalun penuh gaya...
indah puisi tapi loya...
lontaran mu sangat merdu...
indah lagu tapi buntu...

Lu kata sudah potong....

mainan kata dari nafsu...
penuh etika kamu si penipu...
aku temanmu...
dia juga temanmu...
mereka juga temanmu...
kenapa masih mencemuh...
kenapa masih sifar bertemu...
hanya kerana egomu...
hanya kerana tipumu...
hanya kerana muslihatmu...

Lu kata sudah potong...

Mata kuyu macam puyuh...
gelak aku macam hantu...
ketawa dia lantai nak runtuh..
serakah mereka tidak membantu..

marilah kami temanmu...
ayuh la sama bersatu..
kita sama mengerti maju...

lu kata sudah potong...

potong jari wa kalu mencari...
potong kaki wa kalu lari...
potong tubuh wa kalau membubuh...
potong kelurga wa kalau merambu...

semua palsu...
semua hantu...
semua sedu...
semua sendu...
DADAH membunuh...

P/s : Ada beberapa perkataan dijambukan. Nak tau sinonim paling tepat untuk ayat tuh, selak SINI


Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Dia Di Kandang Kambing

Dia di kandang kambing...

Mengembek bila siang..
Diam bila malam...
Mengembek bila takut...
Diam bila mampu...
Mengembek bila sempurna...
Diam bila hodoh...

Dia di kandang kambing...

Bising hanya bising di sangkar...
Mengejar apa yang tidak ada disangkar...
Cita-cita gah untuk apa...
Merapu membebel mencari kabel...
Ada kepala hanya cipta sengsara...
Ada hati hanya meneroka sunti...
Ada diri hanya pada sendiri...

Dia di kandang kambing...

Memerhati hebatnya luar...
Mula mencipta suasana gembira...
Gembira pada hati sengsara...
Akal sentiasa ada cara...
Hati sentiasa sendiri berbicara...
Di laman mencipta sandiwara...
Jajahan hanyut mengikut acara...

Dia di kandang kambing...

Mengembek kelaparan...
Mengembek ketakutan..
Mengembek kemegahan...
Bila masa mu menangis...
Aku harap aku turut menangis gembira...
Bila masamu nazak...
Aku harap membacamu surah-surah...
Bila masamu mati...
Aku harap aku turut menanam...

Bila BABI di kandang kambing...

Zionis juga dikandang kambing..
Israel juga di kandang kambing...
Yahudi juga dikandang kambing...
Aku menunggu zaman jatuhmu...
Aku memanjat kepada tuhanku untuk menghancurkanmu...

INSYAALLAH...

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Lari Tajuk _ Segmen Domo Mega (Hidupku Duniaku)

Nak Join Klik SINI

Tapi sebelum tuh nak cakap jujur, nie ambik dekat N3 "terdahulu" jer.. copy paste sikit-sikit buang yang tidak patut. Dan bercerita tentang benda yang wa minat. Benda yang wa tak berapa na minat langsung wa tak sentuh. hahah...
Dan yang boleh mengesahkan cerita ini benar adalah orang yang akan di tag nanti.

Test klik header, anda akan jumpa Domo Mega Di Maya
Kisah wa melalui apa yang wa minat : (Panjang N3 nie, wa pun tak sanggup baca... heheh kalau malas baca, tengok gambar jer, malas juga, terjah yang lain heheh simple)... Yang penting anda bahagia...

Wa Cinta Dilahirkan (Ibu Dan Ayah)

Tarikh 31 Ogos 198? (somethingla.. Biar suspen di situ)... Wa ANAK MERDEKA!!! ,<-- Bosan dengan title dari kecik sebab wa tak pernah rasa nak merdeka. Tapi wa bangga jadi anak Malaysia. 
Dengan nama diberi, Hamka Bin Ahmad sebab Ayah wa terlalu mencintai tokoh bernama Hamka : Haji Abdul Malik Karim Hj Amrullah. Tokoh agung dari Indonesia. (Tapi wa macam setan!, kawan-kawan wa kata bila wa mengaitkan dia dengan kehidupan ini) hahaha

Macek-macek aku kata:
Geram sangat-sangat.. kulitnya mulus macam susu...
Senyumannya manis semanis madu (ahaks, sampai sekarang k...)
Tapi manja bukan main, nak kena cium jak pipi nie... sesungguhnya pipi ini jadi rebutan macek-macek... (ahaks bangga jap)
Tapi selalu berangan, mungkin masa itu aku sudah mengenal fantasi dan ingin belegar di ruang maya..

Jadi wa bayangkan begini..

Wa Cinta 'Orang Tengah'

Wa taksub dengan bola, pandang kiri, pandang kanan dan kadang menoleh ke belakang semuanya kerana bola. Dalam fakta global dari pihak maya, 70 % manusia di dunia sangat meminati bola, 50% adalah bola sepak, 40% adalah lelaki, 20% minat dan berupaya untuk bermain, 10% menganggap dirinya profesional, 5% mengangap dirinya hebat, 2% memang profesional, 0.2% adalah bintang-bintang termahsyur dunia, 0.0001% adalah wa, klasifikasi hanya wa yang mengerti...


: gambar di atas tuh menunjukkan wa mewakili Unimas untuk sukan Maksum. ( berdiri 5 dari kanan. Cari-cari)

Kata Jurulatih :
Skil hang susah nak cakap, hang tak dak skil tapi skil hang ada dalam otak...
Gunakan lah otak hang untuk mencari goal..

Kata rakan sepasukan :
Mereka selalu kata visi dan misiku sukar untuk dibaca..
Itulah kelebihanku untuk memerangkap lawan (kata mereka, bukan aku yang kata)
Tapi untuk pemain baru, "Abang nie main kat padang sorang-sorang yer" (hakhakhak aku hanya gelak)
Mr Captain kata kepada mereka, Baca misi dan visinya dalam-dalam dan kita akan menang....


Wa Cinta Penembak Depth Of Field Dan Tukang Potong

Dari aku kepada aku khas untuk aku...

Bidang ini boleh dikatakan profesional untuk sesiapa yang tertumpu kearah profesinalisme bidang kerja ini. Namun boleh juga diambil sebagai 2nd skop yang membantu bidang profesionalis lainnya, dengan maksud yang lebih mudah untuk mengisi masa lapang dan manambah pendapatan sampingan.
Dulu aku hampir untuk menjejak profesionalisnya bidang ini, namun tuntutan pendidikan dan juga elemen-elemen negatif serta ketaksuban dalam diri memperdaya wa untuk mencapai profesionalis itu dengan mudah... (ayat skema plak)
: Dulu pernah keja kat TTDI kompeni Pesona Pictures Sdn. Bhd... tak tahan duduk bawah orang weh, bek belah.. tp tak silap sempat joint shoot 2 filem dan beberapa drama, kalau tak silap wa la. Maleh den nak kisah. benda dah lepas. Tapi yang wa hingat sampai mati wa ada scene jual cd kat filem Waris Jari Hantu. Nak cd.. Nak cd.. Time tue scene Rusdi Ramli, Maya n Rashid Salleh tak silap. ( bukan apa scene tue selalu jadi bahan rujukan untuk member-member wa mengutuk wa yang perasan ensem nih! tue hingat sampai mati..) wa bukan pelakon, wa cuma belakang tabir satu masa dulu, so mana nak pandai belakon... kutukan diterima.. 

TAPI

Permulaan untuk menjejaki semula  :-

(gambar kurang ceria : bukan wa yg upload : dah kata jgn letak FLV : Bangang! kataku kepada member wa)
tp bila layan dekat TV pergh, ceria sentiasa walaupun masih ketinggalan kerana kekurangan peralatan canggih..

Hasil kerja tangan wa dan geng wa  (Art Pura Studio)
Nadia : Buatmu Kekasih

Kenal tak Nadia mana? Pernah dengar "salam untuk kekasih", dia lai nie bah, konon nak come back.. hehehe tp dia best.. Suara mantain wa cakap lu..
wa dengan posisi tukang camera dan tukang sunting cikai2... terhasil la video di atas.

(Aku promot sudah nie kak walaupun blog kue masih hijau, jangan cakap inda tolong-tolong lagi) hahahaha

Ada lagi work lain tapi ini yang paling best. Member la katakan. Nadia yang sempoi. Jangan sesekali kata dia jiwang, dia akan "mengamuk"<<--- Bahasa Sabah.

Nak tau lebih lanjut masuk sini. ART PUTRA STUDIO

: Tak yah la citer kerjaya lain ek.. Tak berapa nak minat tapi minat itu akan ada. Kot..


Wa Cinta cik.Maya Yang Penuh Fantasi

Kata cik.Maya :
Log in to me and you can manage this world...
Penuh fantasi kan.. 
Duniamu tiada sempadan, pencarian mu akan berakhir dan menjanjikan idea baru untuk mencari.. Searching2 d google, kata moon.rahdin pacek google tue dah berumur...
Fantasi Berimaginasi = FB...
Sentiasa gembira menyebut Yahoo!!!!
aku sentiasa ditiup dengan lagu serta video di UTube..


Jum melenakan diri bersama cik.Maya... Ahaks

Wa Cinta Mengarut

Semua Di Atas Dan Di Bawah.. Aku suka sebab 'MENGARUT ITU SENI DALAM BERMADAH'
P/s : Lama Berfikir sebelum nak joint segmen adik kita nih.. Erm tapi dia selalu nak komen dkat blog wa, dan sentiasa nak wa komen pedas-pedas di blog Hidupku Duniaku miliknya, maka wa edit la entri kesayangan wa nie, kasi pendek sikit. ( bukan apa wa malu nak cerita kisah wa yang jauh terperosok di pekan-pekan kecik Sabah nih, yang orang kata kurang nak update dengan dunia kota) 
: Tapi kerana adik nih, wa sanggup tebalkan muka.. (JANJI 8A PMR! OKEH... ITUPUN KALAU BETUL DIA NIE TENGAH NAK AMBIK PMR.. hehehe)

Part tag mentag nie wa minta maaf eh.. Sorang jer wa leh tag, n dia jer boleh mensahihkan cerita nie benar atau tidak. Yang lain dah tido, tak berani nak ganggu. 

Wa tag Kuasa Bulan tanpa Sempadan : (Moon.Rahdin). Ok chow.. Salam dalam hati.

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

....: TAK BEST :.....

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.