Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Saturday, July 23, 2011

Lari Tajuk_ Dakwat Vs Ubat Gigi

Versi Mencarut :


: Aku selalu pilih dakwat pen.. Suka hati mak bapak aku terluah di sini.
: Walaupun hari-hari aku guna ubat gigi, namun secara saintifiknya ubat gigi itu hanya untuk menjaga gigi.. Aku jarang mengaktifkan kuasa sebenarnya..

PENGARUH :

: Dakwat boleh mempengaruhi dunia. Penulisan itu mampu memeberikan fakta, dan fakta itu boleh dirujuk berulangkali. Yang terbaik, boleh disimpan berkurun lama.. itu pengaruhnya..

: Ubat gigi juga mencipta pengaruh.. Berkata-kata di depan manusia lainnya membuatkan si manusia pendengar tadi mengangguk faham apa yang dikatakan. Namun otak manusia bukan la satu mesin yang boleh mencipta folder untuk 'save' data-data yang diberi pada luahan kata seseorang. Kadang telinga kanan berperanan, telinga kiri melawan peranan.. Selain itu, kata-kata memerlukan media seperti video untuk merakam luahan kata jika hendak  kata-kata itu tersimpan berkurun lamanya.. Juga memerlukan dakwat sebagai pembantu dalam menghasil kata dan menyimpan kata..

RASA :

: Lebih mendalam pada bantuan dakwat.. Di dalam penulisan, rasa itu boleh dihiaskan dengan alunan indah bait-bait penulisan, mencantikkan rasa yang ingin di luah.. Si pembaca dalam diam akan merasa pada dasar hati.. Hanya pada pembaca yang meminati seni kata..

: Pada kata-kata, orang kata lebih ikhlas kerana berani dalam meluahkan kata. Namun bila berfikir apa itu 'omongan kosong', tertarikkah si pendengar.. Hanya dengan kejujuran boleh menumbangkan si pendengar.. Itu betul, namun syaratnya mesti dalam keadaan berani.. Apabila menggelabah, rasa yang sudah dikarang di dalam otak tidak dapat diluahkan secara sempurna.. Walaupun anda menggunakan ubat gigi yang termahal di dunia..

TEMBERANG :

: Dakwat boleh juga menemberang.. Warta semelaysia itu juga kaki temberang walaupun dalam keadaan bersahaja.. Warta itu ku anggap dakwat walaupun terhasil pada blog berasal dari mesin canggih..

: Walaupun menggunakan ubat gigi cap ayam, mahupun ubat gigi terbaik, kalau dah kaki temberang, luahan kata juga sentiasa temberang.. Kadang kencing dan berak melalui mulut...

P/s : Aku suka kedua-duanya, Namun, dunia lebih percaya pada kata-kata orang, kononnya menunjukkan seseorang itu berani, mempunyai keyakinan diri dan berkebolehan jika mampu berkata-kata dengan baik.. itu kata dunia.. bak kata mereka "first impression" itu penting. Tapi aku kata itu tidak dinilai dari kata-kata sesorang, tapi dari gerak tubuh dan wajah yang mampu mengadaptasi keyakinan diri untuk dipersembahkan kepada orang lain.. Bukan dari kata-kata, kerana kata itu lebih banyak hu ha hu ha hu ha..

Maaf, aku hanya mengarut, tiada fakta.. bukan untuk sumber rujukan tesis ataupun assignment pelajar-pelajar seMalaysia.. Entri ini juga  untuk bahan bacaan ku masa tua.. JULAI 2011- (negara masih hendak membangun)

Versi Mengarut : Manis _ Dakwat vs Ubat gigi
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Friday, July 22, 2011

Manis _ Dakwat Vs Ubat Gigi

Versi Mengarut :

Si Dakwat..

Kau pencipta suasana..
Indah bila dunia kau rasa mesra..
Durjana bila terhimpit sengasara dunia..

Si Ubat gigi..

Kau mencipta mekar bila berkata..
Terbias semua kadang tiada peri manusia..
Namun, kenapa mesti  busuk pada rongga..

Dunia..

Pulihkah dunia bercelaru hanya dengan kata..
Kata tertulis pada pekat hitamnya dakwat dari otak tercerna..
Kata dari gigi putih kuning yang punya pengaruh di luar sana..
Semua dari kata..
Semua juga ada rasa..

Kertas putih siap memberikan dada..
Coretlah.. Coretlah dengan semangat kau ada..
Biar...  Biar membara jiwa pembaca..
Kasar abjad mu, Kasar lagi bahasa..
Kasar tulis mu, kasar lagi budaya..
Pada noktah kau berjaya membeli jiwa..

Wajah mu bersih, namun hanya lantang suara ke udara..
Api-api kau semarakkan dengan minyak tanah menghiasi baris kata..
Kau kata kau pembela..
kau kata kau si Tuah perwira..
Kau kata dia Jebat durjana..
Kau sorokkan nafsu dalam jiwa..
Pada ucapan salam akhir, kau mampu membeli tenaga..

Kau si dakwat..
Kau juga si ubat gigi..
Satu tujuan..
Membayar dendam..
Membeli kuasa..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Wednesday, July 20, 2011

To _ Contest Aku Berpuisi

Klik header di bawah kalau nak joint...

Simple : Aku ambik dari entri lepas-lepas yang aku suka.. Hope tak langgar syarat.. heheheh.. Layan..

Puntung Di Bibir











Dunia...

Bila puntung sudah di bibirku...
Aku sudah menguasai mu..
Kau berempunya, aku si pemilik itu...
Kau patut biar aku menciptakanmu...
Menciptakan keindahan pada singgahsanamu...
Mimpi?!.. Biar.. Aku gila begitu..
Biar aku mencoret keindahanmu..
Biar aku bermaharajalela dalam horizon sendirinya aku...
Intelegensia harus begitu...

Bila puntung sudah dibibirku...
Kau dunia biarkan aku...
Aku cuma ingin meneroka minda kamu...
Meluah segala rasa kamu...
Ingin sama merasai sakit kamu
Ingin Gembira seperti itu...
Ingin bahagia sebahagia milikmu...
Walau aku tak mampu...

Bila puntung sudah dibibirku...
Kau dunia akan senang kepadaku...
Aku si pengembara duniamu..
Berkelana mendapatkan yang itu...
Itu sebagai apa itu kamu...
Kamu akan ku fahami suka hati ku..
Biar tiada orang menolehmu...
Itu bukan aku...
Biar orang mencelahmu...
Itu bukan aku...
Biar orang menghancurkanmu...
Itu bukan aku...
Aku masih cuba jadi milikmu...

Bila puntung sudah dibibirku...
Aku tidak hanya begitu...
Sentiasa cuba merubahmu...
Walau kamu sentiasa mampu...
Dalam hati ingin sentiasa disampingmu...
Walau kamu tidak mengenaliku...
Dalam diri ingin berjasa padamu...
Walau jasa itu hanya aku yang tahu...

Dunia...

Itulah aku...
Bila puntung sudah dibibirku...

P/s : Layan.. Aku malu nak tag orang/ plus malas.. Tapi aku dah hebohkan kat FB, harap membantu..  (Aku selalu langgar syarat )

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Besok semasa tua

;/

Aku harap aku baca blog nih semasa aku tua.. Itupun kalau tak mati katak sebelum tua.. (tema blog)

Profile time tua..

Pengenalan diri :
Mesti dah pakai spek... Tak, dah advance, lensa sentuh kot.. Aku teka mesti umur aku time baca nih 50 tahun ke atas.. (senyum tandanya betul la kan .. wahaha).. Rambut hampir nak botak tapi kaler hitam, hitam pewarna.. Pakaian mengikut atur cara majlis.. ikut tema bro.. Skema orang tua biasala..

Kerjaya :
Mesti tengah layan cucu dekat rumah.. Tak pun minum kopi pahit kat beranda rumah sorang-sorang.. Tak pun tengah usha nurse muda di waktu makan ubat kat rumah orang-orang tua.. Tak pun menari zapin sambil menyanyi lagu dangdut kat rumah sakit jiwa.. Heran, orang gila leh baca blog.. Dah advance kot..

Cita -cita :
Nak cucu ramai-ramai... Tak pun nak anak-anak datang jenguk kat rumah.. Takpun nak anak-anak datang bawa buah tangan semasa melawat kat rumah warga emas (harap sangat dia orang lawat).. Takpun nak lari dari rumah sakit jiwa.. Semestinya nak anak-anak bacakan  'yassin' setiap malam jumaat (Kalaulah tak sempat nak tua)..

Hobi :
Baca kisah sendiri di blog.. cerita zaman muda-muda.. Dah tua, tua moden pulak tue, baca blog lah, kata zaman IT.. wahahah... Ayat-ayat suci juga peneman..

Visi dan Misi :
Menunggu mati..

P/s : Aku harap  aku gembira, tergelak-gelak  nanti bile baca entri nih.. Yang aku elakkan adalah air mata seorang tua.. Aku tak boleh tengok air mata ayah dan ibuku sekarang.. Aku boleh  sesensitif hingga ke kerak hati.. Gembira atau sedih aku tak pasti.. Aku elakkan itu..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Monday, July 18, 2011

To _ Dia Lucu

;/


Lucu..
Berkata sendiri di maya..
Gah pada nama..
Bentuk wajah 'poyo' penghias warta..
Kadang berita..
Kadang suka sahaja..
Kadang takbur riak semata..
Sadisnya bila rasa hebat sendiri tanpa rasa..
Si ekor sentiasa kata dia pujangga..
Pujangga puisi? aku ketawa..
Pujangga terbilang? aku termuntah..
Harus aku kata pujangga tiada rasa..


Lucu..
Hak miliknya sendiri..
Dia retis, selalu tarik tali..
Dia retis, konon jangan salah erti..
Dia retis, Selalu mengelak tak henti..
Dalam hati.. hati selalu menanti..
Pujian menggunung itu dia nanti..
Berbukit riak di fantasi...
Tidak berpijak di bumi..
Owh si lucu, ingatlah mati..
Kubur menanti...


P/s : kata-kata ini penuh hasat dengki.. dengki membawa fitnah.. fitnah membawa kehancuran.. Tapi hanya karya yang tidak bererti.. Sampah pada mata si penggemar seni tulis.. So, tiada kaitan dengan siapa-siapa.. Siapa yang terasa, dosa tanggung sendiri kerana ada unsur fitnah mengatakan aku dengki pada mereka yang terasa. hahahha...
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Aku? _ Sampah

;/




Ya sampah..
Bukan aku..
Nalurinya aku..
Keinginannya aku..
Jiwanya aku..
Tapi bukan diriku..
Ibarat sampah bersepah..
Gejala hancur persetan segala duka..
Duka...
Ya duka..
Datang dari diri..
Sendiri juga terasa..
Ya, itu duka..
Duka dari sampah..
Sampah dari diri..
Tapi bukan diriku..


Hanya sampah..
Bersepah..


Kamu sampah...
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Saturday, July 16, 2011

To _ MM Nita berentap sesama Sabahan di final..

Yearghhhhhh

Aku bukan budjet publisiti murahan, tapi terbukti inda sia-sia jariku taip entri.. Aku urang Sabah so aku sokong Urang Sabah la.. ayat kontrobersi nih..

Tapi tengok bola Malaysia vs Liverpool tadi, nangis aku beb, dapat score 3 bijik.. Nie membuktikan aku tetap anak Malaysia..

Well.. Kalu Sabah lawan Sabah di Final... Aku di tengah la kan.. Finalnya besok.. MM Nita Vs MM Sarah... Ambik kau.. tediam aku mau pilih siapa...

Tapi pilihan aku dari dulu semestinya ini..


UNDI !!!!!!!!  Undi durang nih macam nih MM20 <jarak> Nita.. hantar 32999 ----> untuk final bisuk.. Macam mana bah???.. FB Page durang di SINI

Lama ku fikir nih.. Atas sebab aku urang Sabah, dengan ikhlas sesuci hati nurani, nie dia lawan MM Nita.. ambik nih..




Aku inda pilih kasih bah kan, tapi kasih pilih aku wahahhaha..

SUPPORT MM NITA !!!!!... UNDILAH MM NITA..

Tapi, Tiada paksaan dalam bercinta.. sukati kamurang la pilih sapa, tapi jangan sampai aku tau.. yang ku tau kamu mesti sokong MM Nita.. wahahha... tiadalah.. sekati sekilo.. undi sukati kamu..

For me, MM Nita the best... Aku tengok live tadi wei.. first time dalam seumur hidup aku layan Mari Menari.. Semangat urang Sabah.. MM Nita the best..

Maaf kawan-kawan Sarawak or semenanjung, mohon aku exited untuk negeriku sendiri harinie dan besok.. Sabah tetap di hatiku.. Malaysia jiwa ragaku..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Friday, July 15, 2011

To _ Update MM Nita

;)



: Sebelum aku start.. Aku cadangkan ambik tepon Taip MM20 <jarak>  Nita ... Send pigi 32999..
: Mereka akan berentap di separuh akhir pada 16/7/2011.. Besok la tuh.. Support-Support bah..

Ada yang cakap aku bersifat kenegrian (Sabah), ada yang cakap cari publisiti murahan.. Perghhh member2 lagi yang cakap tuh.. Hehehe memangla member-member yang cakap, dah member-member Sabahan jak yang baca Blog SANG PENCINTA nih.. Ada ku kesah, blog nie untuk 60 tahun akan datang kalau aku masih hidup wahahah.. Bahan bacaan menunggu mati kunun di samping ayat suci <<<----- Lari tajuk

: Aku serius support MM Nita sebab

1. Lincah di pentas.. ( kadang aku tidak tengok live tapi aku tengok Youtube)
2. Berani..
3. Cute menggetarkan jiwa..
4. Adik kepada member keras My Beleng ( Fanatik Liverpool )..  Kalau aku tidak wat entri nanti, mesti 'mejjok', tiada jersey Malaysia Dan MU nanti.. Minah tue bekhemah di Bukit Jalil sempena kedatangan Liverpool, so, dia tidak sempat wat entry MM Nita, aku jadi mangsa.. Tapi lepas tengok you tube, inda sia2 aku support.. BEST
5. Hati aku kata durang memang best, tapi malu-malu.. Biasalah Sabahan tetap malu2 tapi berisi...
6. Kakaknya friendlist FB aku.. wahahha .. cute lagi tuh..

(mesti yang no 4 dan no 6 itu jadi isu pas nih).. wahahah

: Tiada kaitan dengan publisiti murahan. Kalu kenegrian tuh memang ada sikit.. Sabahans Macam Mana Bah..

: Penat menaip.. Lawat la FB page durang di SINI kalau kamu mau jadi supporters. Tiada paksaan dalam bercinta.
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Thursday, July 14, 2011

Spontan Khamis _ nilai dan erti..

;'/







"Peti tidak akan terisi bila tidak mengerti nilai pada isi..."
"Kata tidak akan terkata bila kata tidak mempunyai erti kata...."








Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Wednesday, July 13, 2011

No Tittle _ 4

;/



Proud To Be..






Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

No Tittle _ 3 (MM Nita)

Hehehehhe.. inda tahan tengok durang nih.. cute melampau.. Siapa ? Ambik nih...


: Cute kan.. Sapa paling cute.. Tue nah uncle baju merah di belakang heheheh.. ( gambar di airport KK time durang balik buat promo family).. melalui cakap-cakap durang la.. Macam mana bah????
: Mo kenal durang, pigi lawat-lawat FB durang di SINI
: Mo support durang, perlukan tenaga la wei.. Taip MM <jarak> Nita hantar ke 32999
: Kalau durang lepas separuh akhir minggu nie, confirm juara.. So Sama-sama kita doakan N buang tenaga dan credit untuk mengundi.. Kim salam yang pakai baju mari menari, yang rasa dirinya awek hahha.. joking..


P/s : Kira wordless rabu juga kan wahahhaha
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

No Tittle_2 (Yazer)

Lama menghilang bro.. Siapa? Ambik nih.. Ada blog rupanya si kawan.. terjah la.. Klik jak baner nih


Urang-urang Sabah, apa lagi support kita punya ROCK STEADY dari Tawau nih..
Aku perasan rockers nie bila keluar gambar nie di wall kawan ku..


Mantapla.. Lama menghilang baru keluar album.. Layan la pas nih..

Lepas tengok gambar tue aku like terus page FB dia di SINI.. Inda mau ketinggalan punya pasal..

Sabahan to Sabahan.. Tapi kita 1 Malaysia..

P/s : kira worrdless jugak bah nie kan.. heheh
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

No Tittle (Ikon Maya)

IKON BLOGGER..
 Aku Nak Anak Aku Jadi Macam Dia.. Wahahhaah.. Terjah la sendiri.. Klik jer baner tuh..


: Layan you tube dia pun best... Lama dah ikut diam2, tapi malu-malu kucing la pulak nak cuit2.. Then aku rasa rugi kalau wa tak follow... sekali lagi, AKU NAK ANAK AKU NANTI JADI MACAM DIA.. English power, tapi 'slank' kedah tue tukar la sikit, jadi slank Sabah.. wahahhah
: Tahniah! terbukti anda yang terbaik.. Apa yang terbaik tengok la SINI

P/s 1 : Kira wordless juga nie kan...
P/s 2 : Aku terangkat dengan amalannya iaitu " ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk" JANGAN "makin berisi (badan) eksen nak bangga diri" .. suspek la bro..
(walaupun dia confirm takkan baca entri aku nih) tapi tak salah kita memuji seseorang dalam diam.. Aku mau bisuk-bisuk anak aku jadi macam dia, usaha cari awek dulu...hehheeh
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Tuesday, July 12, 2011

Manis _ Titis Air..

;'/


Bila aku memandang basahnya bumi.. Aku berkata itu dari titis hujan...
: Rahmat.. 
: Bila mata terbuka..
: Bila hati suci mengata iya..
: Bila minda waras menerima semua..
: Bila dunia tunduk pada NYA..
: Sial..
: Bila merah amarah syaitan punya kuasa..
: Bila diri sendiri terikat tanpa yang esa...


Bila aku memandang keruhnya wajah.. Aku berkata itu dari titis air mata..
: Jiwa menahan rasa..
: Jiwa menahan amarah..
: Jiwa merealisasi duka..
: Wajah bercerita..
: Mata penghias plot cereka..
: Hati bagai peti terkunci, tiada kata..

Bila aku memandang benci amarah penuh dendam di wajah.. Aku berkata akan terhasil titis darah..
: Bulat dalam hati..
: Tekad dalam hati..
: Hanya itu dalam hati..
: Mati..
: Dunia.. Siapa peduli..
: Ghaib.. Tidak percaya adanya nanti..
: Hatinya mati..
: Dia hanyut dalam erti tidak mengerti..
: Dia terus menuju mati..


Titis.. Hatinya perlu ada titis kasih suci..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Monday, July 11, 2011

Manis _ Benci itu CINTA.. Sebaliknya??..

;'/



: Benci itu rindu..

Klise Tapi sinonim.. Tak percaya? Ok, Cuba korang tanya orang yang berdekatan anda sekarang.. Sekarang!! sekarang ok.. Korang tanya cenggini.. " Benci tapi... ? ".. Aku harap dalam hati aku yang sedikit besih nie yang jawapan mereka adalah "RINDU"..

: Benci itu rindu, rindu itu sayang..

Simple.. Aku tanya korang, kenapa kau rindu dia?... Aku harap dengan minda yang belum luas nih jawapan korang adalah SAYANG..

: Benci itu rindu, rindu itu sayang, sayang itu Cinta..

Aku tanya korang.. Kenapa sayang dia ? (suami/isteri/boyfriend/girlfriend)... Aku harap sangat-sangat jawapan korang adalah "sebab CINTA"...


: Benci itu rindu, rindu itu sayang, sayang itu Cinta..Cinta itu bencilah...

Jap, kali nie aku pilih orang untuk aku  soal.. Aku soal mereka yang baru putus cinta.. "Apa itu cinta ?".. Sure mereka akan cakap cenggini.. "Cinta itu meyakitkan.. Arghhh Bencilah..."


P/s : Tidak berkait dengan sesiapa.. hehehe

sumber : pacek Google

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Lari Tajuk _ Aku Penuh Cerita Yang BERSIH

;'/ - Muka ganas hati ada warna.. (macam pitching jambu jak)


: Aku penuh cerita bila cerita BERSIH..

: Bosan kan.. Dah dua hari BERSIH memanjang... Tapi aku naik heran,  bersih sini, bersih situ, bersih sia, bersih sinun.. Tapi hati tetap kotor.. Hitam pekat berjelaga penuh kotor, ditambah daya nafsu menusia ingin main kotor, ingin merosakkan segala keamanan..
: Aku tidak menyebelahi mana pihak, tapi aku meyebelahi keamanan.. Jika kerajaan sekarang boleh menjamin keamanan, aku ok jer.. aku layan gomen .. Walaupun kaki-kaki kipasnya berleluasa di setiap negeri yang ingin membuncitkan perut.. Rasuah sana-sini.. Ikatan keluarga dan sahabat menjadi penyambung tender kontrak untuk menambah duit haram di bank..
: Aku tak salahkan orang atas, kepimpinan sekarang cuba memebenteras, namun kipas-kipas di bawah yang terlalu kuat link dengan orang tengah susah untuk dihindar.. Ada duit kopi, ada kontrak.. Ada duit foya-foya ada cerita.. Itulah amalan kaki-kaki kipas yang memang berdarah kotor yang susah dihindari..
: Kenapa? Apa kaitan dengan BERSIH.. Aku nak soal, Bersih boleh membersihkan hati-hati hitam si kaki kipas begini.. NO!! Aku rasa semakin berleluasa la rasuah... yalah, bertambah kaki kipas yang dulunya hanya kaki kipas dari kepimpinan sekarang dan akan ditambah dengan kaki kipas dari pihak pemerintah baru ( kalau terjadi ).. Aku benci rasuah.. kaya tetap kaya membuncit bangga, miskin terdampar penuh lapar..

: Tapi : InsyaAllah hati aku akan menyokong BERSIH jika hati aku dibuka oleh NYA yang memberi pentunjuk bahawa BERSIH betul-betul BERSIH mengikut jalan Allah, Dan InsyaAllah aku tetap menerima kerajaan sekarang jika betul-betul mensifarkan amalan rasuah yang menjadi-jadi dalam kehidupan realiti sehari-hari di Malaysia...
: Yang aku tengok sekarang

  • BERSIH - Caci maki di FB, twitter dan laman sosial lainnya.. aku belum dapat terima itu sebagai BERSIH ke jalan Allah.. Ke arah Malaysia adil dan aman damai?.. Penuh amarah dalam caci maki, melayu sama melayu berFUCK, berHANTU, berSIAL sana sini.. How come? Sesama bangsa lain? wallahualam..
  • KERAJAAN - Cuba membersihkan amalan rasuah, namun pangkat dan pengaruh menjadi halangan untuk mensifarkan amalan itu.. COMMON.. Kalau tak nak 'kacau' please bersih sebersihnya segala yang kotor itu.. Masyarakat sekarang dapat menilai.. Dapat berfikir dengan matang dan sewajarnya..
Aku mengambil hak sebagai penulis bebas. Dan bebas bersuara positif demi keamanan MALAYSIA tercinta...

Aku juga suka pendapat Cik SHAHIRA KHAIRUDIN tentang sedihnya anggota keselamatan dalam menangani isu bersih.. Entri nya di SINI..

P/S : Aku hanya mengungkap tajuk kecil, bercerita hanya mengenai rasuah, walaupun aku penuh cerita dan bukti...

lucu pic nih.. tau ka mamat portugis nie pasal 8 tuntutan BERSIH.. Hebakkkk

Sumber : Pacek google



Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

To _ MM Nita Terus Mara

:)

Ahaks.. Belum lagi final la, tapi durang mara ke peringkat seterusnya... Ada penyingkiran lagi minggu depan.. wahahah.. Aku tidak tau apa-apa, aku tulis apa yang durang cakap-cakap.. Sebab aku rock malam nih.. layan gig TV9.. Macam Mana Bah ????.. : Prima vs Astro.. cool kan.. jangan jadi isu sudah.. Tapi tetap support MM Nita Bah..

: lupa.. Wajib tayang untuk cerita/promot MM Nita nie mesti ada gambar kan.. ambik nih.. Video persembahan terbaru (10/7/2011), ala belum ada di you tube pulak.. besok jak di update

Sumber : Si Kakak Punya FB
: Banyak lagi gambar-gambar durang dalam tuh.. Atau like jak FB Page MM Nita di SINI

: Pesanan Penting :

: Ingat saja-saja jak ka buat entri pasal durang nih.. ada la bah pesanan penting dari pihak keluarga atau kakaknya yang lebih tepat.. ( aku copy paste jak bulat-bulat apa dia cakap ah di FB nya)

"Sesiapa yg berada berdekatan KOTA KINABALU..kami perlu seramai yg boleh untuk sama-sama menyambut kedatangan MM NITA di airport KK hari selasa ini (12 julai 2011) dengan memakai apa jak jenis baju asalkan berwarna BIRU.....kalau boleh ramai2 la kita pigi sana..sebab astro juga akan datang buat rakaman...tolong bagi nama siapa yg mo sertai selewat2nya hari isnin ni...kata sokong so macamana bah?? "


: So sabahans yang dekat-dekat KK tuh apa lagi.. cakap support... Boleh la kenal-kenal dengan durang-durang nih yang kiut-miut.. Siap masuk ASTRO lagi free-free.. (ada claim ka, makan minum ka , pa ka? persoalan ditujukan kepada pihak keluarga) hahah.. joking.. Kalau namanya supporters, inda fikir semua tue kan.. Macam mana bah ???
: So, kalau setuju mau joint, pertanyaan di Buka dan bagi list keyakinan diri @ pengenalan diri kepada Manager merangkap kakak si MM Nita nih di SINI

: Cukuplah aku mengarut.. Support MM Nita.. (kim salam Norny, jap kakaknya sekali) hahaha.. Joking... Sabahans to Sabahans.. Tapi kita tetap Malaysian... Dari semenanjung pun boleh apa.. cute bah tue si Umar dan Norny tue, kalu cerita pasal menari.. perghhh.. memang best.. layan beb, yang tengok pun sakit pinggang kalau tidak  minum Anlene setiap hari.. So tiada kekangan untuk menjadi supporters MM Nita, Sabah ka, Sarawak ka mahupun Semenanjung, kita 1 Malaysia...

P/s : Aku tetap rock, walau jiwang sikit.. Wings memang tetap otai power gila babeng la.. perghhh  salute...
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Sunday, July 10, 2011

To _ MM Nita.. Macam Mana BAh ????

:)

Kalau dah taip MM tue, tiada lain la... Mari menarila.. Walaupun aku bagai kayu , batu dan simen jika dipaksa menari hahahaha..Pernah satu ketika dulu, aku.... hahah nahkan, mau menyimpang sudah.. hehhe
Tapi kan cute jak durang dua nih..eee geram..


Macam ngam jak jadi couple kan, cute menggetarkan jiwa jak yang awek tuh, yang lelaki malas mo komen, sebab aku lelaki hahaha.. Mesti aku jelos tahap gaban kalau dorang nie kapel.. ahaks jangan silap.. Pasangan adik beradik  bah nie.. MACAM MANA BAH ????
Kalau yang lelaki mesti mo cubit-cubit jak pipi yang perempuan tuh, yang perempuan pula mesti melepaskan geram di pipi si lelaki tue... Ceh... inda suka.. hahah inda suka kalau kamu-kamu buat begitu.. Aku lagi suka kalu kamu pi buang tenaga tekan-takan keypad, tekan-tekan jak macam nih >>Taip MM <jarak> NITA dan hantar ke 32999 . Sekarang !!!!
: Malas cakap lebih-lebih, untuk lebih lanjut lawat la SINI
: Tapi kan durang sudah wat persembahan separuh akhir semalam (9/7/11).. Yang terlepas tuh hah, ambik nih..




: Cute kan... Kalau aku mesti pi cari massage beuty terus nih..
So. Sempat lagi mo undi nie bah.. Bukan sebab Sabahans aku support nih,  aku suka sebab 'mabelos' lincah, berani dan penuh gaya.. erm dan dia cute ( yang awek ok) .. hahahah.. Sabahans tue no dua.. heheh


Jom undi supaya MM NITA terus mara ke FINAL. Boleh juga si Kakak pigi tengok final.. Hahaha...


P/s : Okeh... Undi .. cepat-cepat.. masih sempat...
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ BERSIH Di Kota Lengang

;'/

Dia datang setelah lama bumi itu hanya dalam pandang..
Meriah suasana, penuh ragam warna cerita yang terdendang..
Derita dunia pusatnya, malam hanyut dalam gegendang..
Lupakan bendang..
Lupakan parang..
Apatah lagi kembali membilang lalang..
Dia kini di singahsana kota terbilang..
Di kota yang hanya tahu erti menang..
Dalam hati dia kata, 'Aku Datang'..
Namun, dulunya riuh kini lengang..
Jalan hanya yang terbentang..
Seragam biru berdiri dengan lapang..
Wajah manis hati berkerut kepalang..
Perasaan mungkin penuh silang..
Namun dia tetap tanpa bimbang..
Setelah hari demi hari dia bilang..
Konon cerita penuh istilah negara dijulang...
Bermulalah reformasi dia kata ingin menentang..
BERSIH pada nama, hati masih ragu dan bimbang..
Malaysia hajat ingin dijulang..
Dalam hati mereka ingin pegang..
Dia tetap gembira bertempik di kota lengang..
Aku di sini bertanya, bernilaikah jika sesuatu nilai yang dipegang telah hilang?...
Melayu di sana mereka tentang..
Melayu di sini mereka silang..
Melayu di situ mereka cincang..
Dan mereka, Melayu kaki canang...
Identiti Melayu mereka siang..
Tiada lagi kulit, pekung di dada terbentang..
Di mana melayu berdiri jika Malaysia terbilang?...
Inginkah mati tertanam di kota lengang?...

P/s : 100% aku benci huru hara.. ~Al-fatihah~ takziah kepada keluarga seorang warga Malaysia yang terkorban pada perhimpunan tadi.. Harap ia menjadi pengajaran kepada BERSIH.. 9/7/2011

Aku serius tidak sokong mana-mana pihak, yang penting aman.. Kalaupun kerajaan sekarang memang terbukti boleh membawa keamanan, kedamaian aku tetap sokong.. Kalaupun BERSIH dari parti pembangkang boleh membawa keamanan kelak, tetap juga aku sokong.. Siapa yang boleh menjamin 'itu' tetap aku akan berdiri di belakangnya..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Saturday, July 9, 2011

Aku? _ Duduk Tengok Dan Dengar

;'/



Duduk..
Aku senyum..
Si sawo matang bertempik nama..
Si putih kuning kelipkan mata..
Si manis legam tangan terbuka..
Aku gembira..
1 Malaysia...

Duduk..
Aku senyum..
Nama ditempik bukanlah biasa..
Sepetkan mata penuh hasad..
Tangan terbuka tapi ada dendam..
Aku mula peka..
Inikah Malaysia..

Duduk..
Aku senyum..
Biasa jika ingin menghancur negara..
Hasad dengki dengan pemimpin penuh jaya..
Dendam tetap terbuku selagi di bawah..
Aku mula bertanya..
Begitukah Malaysia..

Duduk..
Aku senyum..
Kata negara harus bersih dari segala pancaroba..
Pemimpin negara berjaya jadi mangsa..
Yang di bawah terus bereformasi menuntut negara..
Aku mula ketawa..
Oh Malaysia..

Duduk..
Aku kelatkan wajah..
Hanya ingin aman damai..
Biarlah, siapa pun di singgah sana..
Yang ku cari Malaysia berjaya..
Aku mula tanpa kata..
Hanya warisan Malaysia akan datang yang ku kisah..

P/s : Kekalkan aman damai wahai MALAYSIA..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Thursday, July 7, 2011

Lari Tajuk _ Degree tue sampah dek..

;'/


Sumber : Pakcek Google



Hahaha wa nak mencarut hari nie . Harap tak lari tajuk..

Kisah yang wa nak cerita penuh dengan story :

Tengah menahan benda yang nak keluar. Semua berpusat dari perut. Nak muntah, nak kentut, nak berak dan nak keluar semualah yang berasal dari perut. Semuanya hasil daripada keseganan diri menunggu giliran untuk masuk ke bilik yang berlangsungnya 'upacara' temuduga Penerbit Rancangan RTM. Muka dua penemuduga garang yang lalu tadi sangat menggerunkan hati.

Tiba-tiba terdengar dialog hampeh ini..

Kakak SPA : Ada bawa diploma dek..
Si Sengal : Aik.. saya tak ada diploma.. saya ada degree..
Kakak SPA : STPM ada?
Si Sengal : Buat apa semua tue kak, saya ada degree?..
Kakak SPA : Ada baca surat panggilan temuduga tak..?
Si Sengal : Dah.. sebab tue datang sini dengan bangga tue.. Proffesion nie untuk diploma kan.. Thats y i bawa Degree.. mengalahkan semua pangkat rendah-rendah tue..
Kakak SPA : ( mempamer biji mata yang bulat dan sengaja dibesarkan )
Kakak SPA : Adik nie fresh graduate eh?
Si Sengal : Yup . Ala kak, kerja nie pilihan terbawah kak.. saja nak isi..
Kakak SPA : Giniela dek.. Akak pun ada degree jugak tapi gred 17 jer dek, cari makan nyer pasal.. Hah abang-abang dan kakak-kakak depan tuh semua datang sini dengan degree. Tuh brother dua orang depan tuh datang sini guna master.. Tak caya gie selak sijil dia orang..
( Semua yang tengah menunggu giliran senyum kepada adik sengal itu )
Kakak SPA : Kalau adik nak teruskan, adik balik rumah, then ambik semua sijil-sijil yang akak sebut tadi bawak sini..
( Si Sengal yang tengah tebal berdiri dengan gaya sebal terus meninggalkan bilik kebal itu)

Hati aku : hahaha.. Ada degree pun sampah perangai.. ingat masih dalam lingkungan dinasti 1980an, 1990an eh.. Ada degree di pandang tinggi.. Degree tue sampah sekarang dek.. Senang sangat nak dapat, di mana-mana leh dapat.. Ada master pun rilek jer brother2 depan tue.. Belagak!!!.. 

P/s i : Ada degree tak menjamin ok.. Hati bersih Insyaallah dapat menjamin masa depan.. Tapi ilmu harus dicari selagi mampu... Bukan kerana tittle " SAYA ADA DEGREE".. itu semua sampah pada dinasti 2010 ke atas.  master baru leh citer derr...

P/s ii : Aku tiada kaitan dengan semua cerita di atas. Wahahahha..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Spontan Khamis iii _ Aku gila

;'/



Aku gila bila dunia kata aku gila... gila dan gila bila mencintai.. namun cinta bukan pada orang.. bukan pada rasa.. rasa cinta begitu sudah lama kosong... infiniti pada dasar hati bila berkata cinta dan rasa...

Aku gila bila cinta pada bait kata...: aku gila bila mengatakan : Kasar itu bahasa.. mencarut itu sastera...  merapu itu seni..


P/s : Dari otak senget si pesakit jiwa...
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Spontan Khamis ii

;'/



Aku merangkak guna otak..
Aku berdiri guna daya..
Aku jalan guna hati..
Aku terbang, guna fantasi...
Aku hanyut kerana imaginasi..

P/s : Dari deria cerna seorang gila..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

.: Spontan Khamis :.

;'/


Dia Kata : Kejamnya dunia..
Aku Kata :Tak sekejam manusia..
Dia Kata : Kejamnya kamu..
Aku kata : Tak sekejam kamu..

P/s : Dipetik dari otak akil baligh..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Wednesday, July 6, 2011

Aku? _ Dunia Gelap

;'/


Dia berjalan di lorong tiada pelita.. apalagi mengharap lampu warna bergempita menghangatkan lorong yang penuh kehancuran.. Yang ada hanya duri, duri yang menusuk kaki... Dahulunya duri itu hanya semalu kecil yang malu bila disentuh, yang kuncup bila ada tangan yang hendak meraba.. Kini, duri itu gah menjadi sang penghasil derita, agen penghasil luka berdarah.. Menjadi-jadi bila mampu menghasil wajah derita menahan perit tusukan, semakin kebal jika mampu mengalirkan tompokan darah dengan lebat, yang dia tahu akan terhasil nanah pada darah itu kemudian hari... Duri itu kian megah kerana lorong terlalu gelap.. gelita itu mampu membuatnya hebat mencipta perit pada luka... Duri terus megah dan megah tumbuh di lorong gelap...

Bukan kaki sengaja memilih jalan gelap, hati senyum... hati diam... hati tetap pada diri... Bukan juga hati memilih lorong ini.. Minda walaupun penuh fantasi, tetap mengelak luka, tetap tidak mampu menahan derita duri-duri yang tumbuh rawak tidak keruan pada lorong... Separuh sedarnya, minda juga tidak menyangka berjalan pada lorong.. Akal pada minda, rasa pada hati, tenaga pada diri bersatu untuk terus kedepan, terus untuk melangkah walaupun penuh merah darah pada kaki, wajah menahan perit dan rasa penuh khayal.. Semua dek kegelapan...

Dia mengelak lohong... Mustahil.. dalam gelap tanpa daya terhinjut-hinjut kerana lohong.. begitu juga dunia.. tanpa rata meratah kehidupan manusia.. Jika derita, dunia gembira... Dia mengalah hak dunia...

Dunia tanpa gelap, kita tidak memikir terang... Tanpa gelita, kita hanyut dalam gempita...


P/s : Tiada kaitan dengan aku... wahahahah



Hanya Penyeri Entri

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Aku? _ Darah Pada Pisau...

Sumber : Pakcik Google

: Aku suka jika darah pada pisau adalah darahnya... Biar, seksa atau sengsara, biar dia rasa... Aku lali pada rasa, sudah kulalui semua rasa.. kali ini biar dia rasa... Aku yakin darah yang 'akan' menitik pada hujung pisau adalah darahnya.. Aku berimaginasi darah itu dari lehernya... Aku berimaginasi terpisah kepala dengan tubuhnya.. Biar,  biar dia rasa...

Aku hilang rasa simpati.. Tiada kecut di hati... Aku hanya ingin dia mati... Biar, biar dia rasa sekali...
Akhirnya aku bersilengah... HAHAHAHAHAHA

P/s : Aku pembunuh dalam fantasi : Kejadian tidak disedari : Aku hanya ingin : Tidak berkait dengan sekeliling : Cuma membunuh dalam berkarya :
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

No Tittle


Tukang reka : Dia member wa..

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Tuesday, July 5, 2011

Manis _ Aku Dan Anak Sungai..

;'/


Aku di anak sungai...
Duduk sendiri..
Ada ilusi, aku tetap sendiri...
Ada bait, aku tetap sendiri..
Ada baris kata, aku tetap sendiri..
Jejari kaki mengocak indahnya jernih air..
Jemari cuba menangkap kocak air..
Kosong..
Hanya basah..
Hanya ada harapan..
Harapan untuk menggenggam..
Harapan untuk memegang..
Walaupun masih tetap kosong.. 
Walaupun masih tetap basah..
Ada mata memperbodoh..
Namun, aku tetap di anak sungai...
Masih sendiri...
Pendirian tetap pada hati sendiri..
Percaya air sebahagian alam...
Percaya, sungai takkan kering tanpa aliran..
Percaya, dunia juga begitu..
Takkan hilang cantik manis kejernihan...

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Sunday, July 3, 2011

Manis _ Cinta T Junction

;'/


Pacek Google















Aku di simpang...

Kanan gembira..
Kiri bahagia...
Semua cerita suka..
Semua juga ada derita..
Tapi duka dalam suka..
Aku hendak pilih gembira..
Teringin juga bahagia..
Tercalit rasa bersalah..
Terpampang penuh tanda tanya..
Semua ada di minda..

Hati kata pilih kanan..

Aku lupakan bahagia..
Diam tanpa kata..
Apa kiri rasa..
Hancurkah hatinya..
Atau senyum dalam duka..
Atau banjir air mata...

Rasa memandang kiri...

Lupakan gembira..
Sakiti hatinya..
owh... apa harus ku kata..
Dalam diam sekali lagi tanpa kata..
Biarlah..
Aku masih tanpa kata..

Aku kata biarlah..
Mengharap lampu merah itu terus bernyala..
Hijau dan kuning... Arghhh.. biarlah..
Biar aku terus memilih lorong tengah...
Tanpa kata..
Tanpa rasa..
Aku masih ingin gembira..
Aku suka hanyut dalam bahagia..

P/s : Tiada berkait dengan siapa-siapa...
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

To _ Segmen Mudah _Blog pilihan Nizam

Time aku nak godek2 blog kakak manis dah berpunya @ Bunga Sepet hati aku nak joint segmen very de simple nih..

Nak joint klik Banner kat bawah nih..



  1. Buat Entry tajuknya: Segmen mudah - Blog Pilihan Nizam Ijam
  2. Follow dan Like fan page SINI
  3. Isi banner kat atas. dan link kan ke sini
  4. kalau ade bloglist, letak lah blog ni kat dalam bloglist.
  5. Tag kawan
  6. Letak URL kat comment bila da siap
Tag 


Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Aku? _ Tamatkan Saja Riwayat Mereka

;/


Dari kudus aku berani berkata...
Tamatkan saja riwayatnya..
Bunuh saja dia..
Walau tanpa rela...
Walau mereka terpana..
Atau bumi jadi kontang, bencana..
Atau alam terus tanpa suasana...
Atau kami dihiasi dilema..
Atau riwayatku jadi galang pengganti untuk mereka..
Aku sedia..
Aku bersahaja..
Dengan rela...
Demi dunia...

Narsisistik..
Bangga diri dengan kata yang berputik..
Bosan aku dengan plastik..
Itu cara mereka yang klasik..
Konon hidup dengan mistik..
Dunia mereka kata akan cantik...
Konon hidup gaya kota bombastik..
Amalan hancur penuh kata sarkastik..
Dengan geleng aku beri rasa pelik..
Dari bahan baca suci aku petik..
Dunia ini sudah ada pemilik..

Kosong..
Sudahlah kamu dengan omongan losong..
Besar kecil semua bohong..
Sundal Bolong..
Pembohong..
Bermuka ingin menolong..
kosong..
Manis kata menjerat kaki sokong..
Losong..
Pada dasar hanya ingin dijunjung..
Pembohong..
Duduk di bahtera tinggi hanya beri omong..
Bangga kerana sudah ada lorong...

Tamatkan saja riwayat si pembohong...


P/s : Aku hanya belajar untuk berkarya : Tidak berkait antara yang hidup atau yang telah tiada..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Saturday, July 2, 2011

Lari Tajuk _ Aku nervous

;'/


Hahahahaha
Aku tiada idea...
Aku nebes la...
Aku takut pun ada...
Aku tiada idea la...
Aku pusing la...
Entri macam sampah...
Harus menjunam di laut sana...
Sebabnya....
Musababnya....
Maybe ini adalah jawatan yang paling ku tunggu bertahun sudah...
Maybe ini jawatan yang ku cari-cari seadanya...
Maybe ini jawatan pilihan pertama dari dulu di SPA...
Bukan kerjaya ku sekarang menyampah..
Suka tu ada..
Minat belum ada..
Aku nebes la...
Peluh membasahi dahi dan dada...
Baju macam dalam hujan lebat tidak terkira...
Aku nebes la...
Walaupun temuduga itu belum bermula...
Wahahhah, beberapa hari lagi da....
Aku sudah mula nebes gila...
Kata orang ingat tuhan yang esa...
InsyaAllah... Permudahkan segalanya..
Tapi nebes itu tetap akan ada..
Kerana ini cita-cita..
Setelah bergraduat dua tahun sudah...
Walaupun kerjaya kini simpang siur, mencuba apa depan mata..
Apa sahaja peluang yang ada...
GSTT, ok apa, tapi itu bukan cita-cita..
Aku tidak pernah lupa dengan cita-cita...

Warkah untuk diri sendiri.. Kuatkan semangat mu anak muda... Usaha.. jika gagal lagi kali ini, besok akan ada... (Dalam hati yakin berjaya kali ini)


P/s 1 : Entri macam sampah hari ini... Semua kerana beribu telinga titik di minda...
P/s 2 : Harap pihak RTM menyediakan Tuan Puan penemuduga yang baik hati nanti.. (ayat menyedapkan hati sendiri)
P/s 3 : 1 murid... 1 sukan... 1 malaysia... (escape member)
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Friday, July 1, 2011

Manis _ Cinta Punca Kuasa Dua..

;'/
;'(
Punca : Dari kamu, dari dia
Kuasa : Dia berhak, dia mampu
Dua : Paling dibenci...
Punca :
Puncanya dari dia..
Nafsu macam kuda..
Ada hati nak dua..
Jangan terus mendabik dada...
Punca :
Dia tipu..
Mangsanya aku..
Terkenanya aku..
Buruknya aku...
Kuasa :
Kuasa ada padamu..
Kuasa kuat di tanganku..
Ada hati nak menipu..
Aku sedia batang penyapu..
Kuasa :
Ya.. tanganmu mampu goncang dunia..
sakit rasanya..
Indah warnanya..
owh sakitnya...
Dua :
Sudahla..
jangan ada mimpi di minda..
jangan ada rasa ingin mendua..
kalau ingin suka di dunia..
Dua :
Bagaimana tak fikir dua..
Hanya sakit  kurasa..
Aku lelaki ataupun hamba..
Dua kucari untuk bahagia...
Punca kuasa dua...

Adakah cinta..
Adakah rasa..
Adakah bahagia..
Atau angan bersahaja..
Atau cita-cita selera..

Punca kuasa dua..

Kadang ingin mengejar bahagia..
Terhasil dari porak peranda..
Jalan buntu dalam cinta..
sakitnya cinta..
peritnya cinta..
aku terluka cinta...
Dalam minda pilihan dipersalah..
Konon hati salah meneka..
Rasakan sakitnya..
Rasakan karma dunia...

Punca kuasa dua..

Kadang hanya nafsu semata..
Mencari indah belaka..
Cantiknya dia..
Bergetahnya dia...
Bergayannya dia..
Semua di mata..
Menjeling luasnya dunia..
Mengerling setiap pancaroba..
Mengejar dara dan teruna..
Kadang terbengkalai dengan dosa...
Terbalam hasutan iblis semata..
Ekor pada sang syaitan durjana...

Punca kuasa dua..

Sempit sengsara dirasa...
kehidupan dulu menjadi resam penuh cerita..
hanya kata-kata indah tanpa usaha..
lari si wanita mendua cinta..
Lari si lelaki tanpa kata..
Haruskah mencanang pada semua..
Kata jahatnya dunia..
kata sakitnya cinta..
kata iblisnya dia..
Tanpa merenung empunya salah..

Dan aku kata dengan indah..
Semua karma dunia..








Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Manis _ Aku Ingin Jadi...

;'/




Jadi apa?
Jadi yang masih tanda tanya..
Jadi yang belum terlaksana...
Jadi yang berlegar di minda...
Jadi dan jadi apa?
Jadi yang belum ada..
Belum ada?..
Belum orang berkata..
Belum orang terkata..
Belum orang menyoal di minda...
Jadi dan jadi apa?
Jadi yang belum terlaksana..
Minda selalu kata..
Minda selalu di sana..
Di sana tersingkap singgah sana
Singgah sana jadi cita-cita..
Jadi dan jadi apa?..
Jadi yang di fantasi di minda..
Betul, omongan kosong harus ada..
fantasi tercipta bagai di maya..
Sifar jika tanpa usaha..
Nol jika hanya kata-kata di minda..
Jadi dan jadi apa?
Jadi sebesar mega..
Walau jadi gelak tawa..
Hilang di perut tanpa punca..
Terkekeh macam si gila..
Biar mereka..
Aku ingin jadi apa?
Jadi dan jadi apa?...
Aku harus kata..
Jadi-jadian..


Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.