Pages

Sunday, May 15, 2011

AKU hari ini_before

Hidupmu bukan hidupku.. Aku suka gelap, kamu pilih cerah.. Aku suka susah, kamu pilih senang... Aku suka sendiri kamu biasa ramai2... Aku dan kamu kata Pilih haluan masing2.. Kamu tunjuk kiri, kanan, depan dan belakang, aku lepaskan dengan senyum kerana aku tetap di sini...






Aku suka berjalan sendiri... Aku pernah dan sedang berdua, walaupun gelap aku tetap sendiri berjalan tanpa arah, tanpa tujuan, dia dan dia hanya melihat hanya memerhati mungkin tidak peduli, ... Aku pernah ramai, berkumpulan, walaupun sesak, aku tetap berjalan sendiri merasa yang tidak pantas dirasa sehingga hilang arah, tapi kumpulan tidak pernah mencari... Aku ingin sendiri...




Berjalan dalam mimpi...
Khayalan mengisi ruang resah, memanggil ceria walaupun ilusi, bersorak senyap yang pasti hanya dalam diri, menggamit suasana yang menjauh untuk tercipta... Hanya mimpi menolak derita, hanya mimpi menutup sengsara, hanya mimpi mendustai wajah... Akhirnya mimpi memandu menjelajah realiti..



 Amkansem

No comments:

Post a Comment