sentiasa mempamer senyum..
ceria tanpa siapa mengerti isi keceriaan..
isi yang sangsi, juga sakit tidak terperi
Hati...
berbeza dari wajah
gundah tidak keruan mengingat si cinta
kiri, kanan dan hadapan penuh si cinta
mencuba untuk tidak menoleh belakang, kerana pahit yang sakit..
juga mencuba untuk tidak mendongak ke atas, kerana penat untuk mengharap...
namun memanjat yang teratas setelah di atas, doa dan petunjuk dipinta...
Ruang rindu...
wajah tidak ternilai rindu...
hati gundah penuh merindu...
ceria yang terbuat dek menafi cahaya rindu...
sangsi rindu terbalas dengan perindu...
isi di wajah tidak seisi gundah dihati..
doa dan harapan di hati tidak terserlah di wajah...
AmkaNsem
rindu, hati dan wajah tidak sehaluan...
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem
No comments:
Post a Comment