'Eye Level' Aku, Saya Dan Kamu, 'Over The Shoulder' Si Cinta Dan Pencinta...
EYE LEVEL |
Eye Level, dalam bahasa si tukang tembak adalah shot yang setara dengan subjek. Shot begini juga membawa maksud yang berlainan (ikut pemahaman aku):-
: Dalam maksud si pembuat filem, shot ini membawa maksud klise, berada di dunia realiti dan penyampaian tanpa ada maksud.
: Dalam maksud si pencerita-pencerita, "kamu, saya dan aku sama-sama akan merasa".
: Dalam maksud kisah cerita si cinta dan pencinta, keduanya membawa watak berbeza, namun kepala dan hati sama-dengan jer kerasnya.
OTS |
Over The Shoulder, shot berada di bahu atau lengan 'reverse' kepada subjek. 'reverse' adalah siapa atau apa sahaja yang bereaksi dan membalas reaksi si subjek. Juga berdialog dengan si subjek.
: hanyalah teknik kamera yang menunjukkan reaksi antara subjek.
: Dalam bahasa si pencerita-pencerita, kita sama-sama merasa berat apabila terlihat.
: Dalam bahasa si cinta dan pencinta, bila sama keras, bersama juga merasa bebannya..
Eye Level:
Berlumba Menjadi Terhebat |
Keegoan berlaku selalunya apabila seseorang tidak ingin merasa rendah diri dengan orang lain. Berlaku di mana-mana, kadang tanpa disedari dan selalunya 'buat-buat' tak sedar. Di dalam percintaan selalunya berlaku hanyalah untuk menduga hati pasangan. kononya tidak ingin dikatakan melebih atau terhegeh-hegeh cinta kepada pasangan. Namun maksud yang lebih popular tentang "EGO" ini berlaku pada pasangan yang baru mula untuk bercinta (engine lom panazz lah katakan). Mereka tidak akan menvisualkan seadanya diri mereka kepada pasangan demi mengelakkan dipermainkan oleh pasangan yang baru dikenali. Ini membawa maksud, si lelaki atau si wanita itu tidak ingin untuk difahami wataknya, lebih-lebih lagi kelemahannya. Kononya jika si pasangan mengenali 100 persen wataknya maka kelemahannya akan diketahui juga, dan apabila kelemahannya sudah dikenal pasti, maka "pendapat mereka", si wanita atau si lelaki yang menjadi lawan cintanya kan mengambil kesempatan. "pendapat mereka" juga, cinta sejati tidak akan terserlah, dan cinta itu lebih kepada satu permainan kehidupan.
Kita Serupa : Aku, Saya Dan Kamu Sama Dengan Jer.. |
Pendapat aku dengan beberapa persoalan :
: Bagaimana hendak mencapai cinta sejati jika kedua-duanya ego?
: Bagaimana hendak mencapai cinta sejati jika kedua-duanya mengelak dikenali?
: Bagaimana hendak mencapai cinta sejati jika saling tidak memahami pasangan masing-masing?
: Bagaimana hendak mencapai cinta sejati jika si pasangan hanya mengenali anda sebagai orang lain dalam diri anda?
: Bagaimana hendak mencapai cinta sejati jika penipuan sering bersarang dalam kamar percintaan walaupun penipuan itu hanyalah berkait rapat dengan kerasnya hati, kerasnya kepala dan kerasnya pembawaan?
: Siapa hendak dipersalahkan?
Jawapan aku untuk persoalan aku sendiri : Jangan salahkan ibu mengandung kerana ayah yang merangka plan... Jangan salahkan dunia yang kejam, sebab manusia lebih kejam... (best jak jawapan)
Over The Shoulder:
Aku Cinta.. Tapi... |
Begitulah juga berlaku antara si cinta dan cinta. Ayat yang power untuk mereka, "keegoan mengatasi kehendak, kerasnya kepala mengatasi cairnya minda, kerasnya hati mengatasi perasaan minta dipuji @ mintak pujik untuk sabahans".
Si cinta mahupun pencinta selalu mengelak bila diri mereka dikatakan 'keegoan terserlah' atau 'keegoan terlampau' dari teman-teman. Menafi dengan penuh rasa penafian apabila terjerat dengan suasana begitu. Namun aku dari sudut aku terus memerhati apabila terperasan beberapa perkara yang boleh menyebabkan si cinta dan si pencinta disabitkan kesalahan tentang keegoan.
1. Kata penuh kesat, hati sayang-sayang
(part i, ii, iii ,iv)...... Hari-hari berlalu dengan simple, masa berjalan dengan bersahaja, dan waktu bergerak dengan 'style low'. Keretakan kuku semakin sembuh apabila tidak terlalu dibebani oleh perkara-perkara yang menyebabkan keretakan kuku setelah kejadian kuliah di hari minggu. Kuliah di hari minggu juga menyebabkan lebam di telinga tidak lagi berwarna unggu, sudah menvisualkan warna merah-merah jambu seperti baby.
Pada hari ceria di waktu senggang, Pesanan ringkas dari si pencinta mematikan lamunan si cinta.
Kata pesanan ringkas : (kata hati si cinta)
: Pencinta: Hye..
(masih hidup pun.. ingat dah mati kena langgar todak.. hishhh)
: Pencinta: jahatnyer.. tak reply dosa..
(ceh.. tak hingin!)
: Pencinta: ok. selamat petang.
(Ceh 2x tak hingin)
... Selang 5 minit... cinta melihat skrin telefon...
... Selang 10 mint... cinta melihat telefonnya lagi...
... Selang 20 minit... cinta melihat telefonnya lagi..
... Selang 30 minit.. Cinta mencampak telefonnya di katil.. juga menghumban wajahnya sekali ke katil...
(Arghhhhh... Tak ikhlas betul... Piiirahhh! Tak hingin!)
(ish...)
... selang 60 minit... cinta memerhati telefonnya dari jauh...
... Selang 90 minit... cinta mencapai telefonnya, menekan button OFF!
... Selang 91.30 minit.. cinta mencapai telefonnya lagi, meng'ON' telefonnya
(hish hish hish.....)
Hari-hari berlalu dengan simple, masa berjalan dengan bersahaja, dan waktu bergerak dengan 'style low'. Matanya tetap mengharap wajah itu hadir. Hatinya berharap hati itu bersarang dihatinya. Perlakuan yang tidak berapa sempurna sejak kebelakangan ini meyebabkan sekeliling sangat berani untuk mengatakan bahawa tidak menggemari kehidupan si pencinta lagi. Namun minda dan hati si pencinta tetap mengarang puisi untuk menstabilkan diri di dunia nyata.
Kata Pencinta :
Bagaiman hendak merasa jika aku tidak terkata...
Haruskah ada tembok jika air bah deras dan laju..
Kata hati hendak mencari..
Kata rasa hendak menyapa...
Kata minda hendak cinta...
Menjauhnya cinta hitam dan kelam menjadi teman..
Hilangnya cinta hidup layu tanpa sedar...
Mencari, hati tetap kalah dengan tembok..
Menyapa, Rasa tidak terlawan dengan tembok..
Cinta, Mindaku dihalang oleh tembok..
Cinta... Sesudah sedar aku tetap ingin cinta..
Rindu... Sesudah bangun rindu menjadi-jadi..
Kata member : (di hati pencinta)
: Wei mat.. msg tuh.. (Biar, dunia tidak gelap tanpamue.. ceh)
: Hantu! bisinglah.. angkatlah.. (jangan ku diganggu ceh)
... Member mencapai telefon terus mematikan nokia 3310 itu..
: Aman!.. (sial)
... Si pencinta yang sangat mencintai 3310nya mencapai dan mengaktifkannya semula..
... 60 minit dilalui hanya dengan memegang 3310 itu.. HANYA memerhati penuh MINAT...
2. Mata tak hendak, Hati lirik-lirik
Cinta harus ditinggal demi masa hadapan (dalam hati ceh...). Perjalanan di ruang ilmu penuh dengan bayangan si pencinta. langkah sealiran dengan denyutan nadi yang sentiasa mengharap pertemuan dengan si pencinta. Teman di sisi senang menjadi teman ingin bercerita.
Kata Teman : (kata hati si cinta)
: Macam mana nie.. tak paham langsung dengan lecturer tuh. (harap dia ada di ruang ilmu)
: Nak itu, nak ini tapi haram nak bg info. (control...control..)
: Nak sumber dari buku... internet tak main, tp bila tanya tajuk buku, geram, simple dia jawab "ada mata pandang, Ada hati cari". (Kalaulah terjumpa.. seram.. Hmmm)
: Hek elleh minah nie, baik aku jalan sorang tadi.. (senyum..)
Di ruang ilmu, sekeliling penuh dengan pelajar-pelajar yang penuh wawasan (tidak semua). Si pencinta jauh di sudut yang terbelakang.
Kata si Cinta : (kata hati Pencinta)
: Asal dia ada dekat kelas nie.. sangkut la tuh (mesti budak junior nie pikir wa sangkut, wa ambik pelengkapla la.. bangang!)
: Hensemnya, hish jangan tengok.. cover up (hai la cinta.. ko tak pandang wa lagi tak nak tengok)
: Sapa suruh jahat sangat, macam la kita nie tehegeh-hegeh dengan keensemannya itu.. tp hati nak tengok.. (perghh.. ayunya.. santek.. tapi lelaki jangan kalah ok)
... kedua-duanya terpandang secara tidak sengaja...
: Dui.. Blushing2.. (pergh.. Sial!)
3. Muka kencang, Hati cair bubur
Sesi Pengkuliahan berlalu dengan simple, Nota-nota sebagai rujukan telah dicatat dengan bersahaja, teguran-teguran ikhlas dari Tuan Pensyarah didengar secara 'Style low'. Yang pasti dan nyata hati tidak serupa dikata. Penasaran di mana-mana. Si pencinta tetap menunggu di sudut ruang ilmu itu. Si cinta melambatkan pergerakan. Tidak seperti biasa berkejaran untuk mengejar ilmu.
Kata Pencinta :
: Nak tunggu ka tidak..
: Asal minah nie lambat sangat. ~Dag Dig Dug~
: Hek elleh, macam mak datin..
Si cinta berdiri dan hendak berlalu pergi. Mata terpandang si Pencinta yang duduk di sudut ruang kuliah..
Kata cinta :
: Tunggu aku latuh.. Ahaks, perasan..
: Asal dia duduk kat situ, nak keluar macam mana..
... Cinta melangkah dengan berat menuju ke pintu, Si pencinta tetap tunduk tanpa kata..
: Tak tegur kita pun..
: Tak pandang kita pun.
: pangil la.. serula namaku... hishhhhh
: Sory, Tuan-tuan dan puan-puan okey.. Takdernya istilah ladies and gentle man.. Sory..
... Cinta berlalu tanpa kata dari pencinta
Kata Pencinta :
: Mat-Mat, Muka jer ganas, nak tegur minah pun hancusss...
... Hanya memandang belakang si cinta berlalu pergi...
... Lama dan penuh perhatian..
... Selangkah... Ayu dan lembut..
... 2 langkah... sexy yo!...
... 3 langkah.. Terkejut!... terdiam!.. Tanpa kata!...
: Malunya.. kenapa tak bagi signal nak pandang sini..
: Hish malu-malu... hek elleh..
Luahan Si Cinta :
Ada suara sapa, ada rasa tegur, ada cinta sua...
Cinta datang bila suka...
Cinta pergi bila benci..
Aku bukan pembenci..
Aku bukan suka-suka..
Aku juga rasa apa yang di rasa...
Kata hati mereka hanya tetap di hati.. kata rasa mereka hanya pada rasa.. kosong pada kata-kata.
Hari-hari berlalu dengan simple, masa berjalan dengan bersahaja, dan waktu bergerak dengan 'style low'-----------------------> (part vi)
P/S:
AmkaNsem : Malu bertanya sesat jalan. Thanks yang sudi menjawab.
Aku? : Penuh dengan teka teki tentang dugaan.. Masih berfikir cara menduga apa yang terduga...
Ilusinasi (part i)
Ilusinasi (part ii)
Ilusinasi (part iii)
Ilusinasi (part iv)
Ilusinasi (part i)
Ilusinasi (part ii)
Ilusinasi (part iii)
Ilusinasi (part iv)
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem