Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Friday, May 27, 2011

Ilusinasi Dalam Cinta - 5 tanda 'dey all' masyuk dalam asmara (part iv)

Naratif bersahaja menkonklusi sub pengenalan si cinta dan pencinta... 'point of view' tanda-tanda cinta

1. Jelingan tak betah, 'Blushing' yang lekat..


Kata orang, kalau suka jeling, kalau minat lirik, dan kalu cinta tatap. Permulaan bagi mereka-mereka yang sudah berkemampuan untuk merasa cinta. Sudah tentu merasa dijeling itu satu kebanggaan, apa lagi yang menjeling itu si cantik indah menawan bagi teruna, dan si dara, jelingan si kacak tetap dinanti walaupun tidak jelas tervisual di wajah. Jelingan hanya sekali, dan apabila berkali ia sudah mencapai tahap lirikan. lirikan akan membawa cuitan di hati, mula datangnya suka dan mencipta perasan 'jatuh hati' pada si target. Rasa ingin melirik berkali-kali apabila target sudah mampu menguasai perasaan si pembidik. Dan ketika ini, penyakit malu-malu kucing akan terjangkit pada dua insan. Si pembidik mengucing, si target akan malu-malu, atau si target melirik si pembidik 'blushing'. Ini adalah normal apabila mula ingin bercinta. 
Namun perkara tidak normal berlaku jika pada ketika itu juga dua insan ini sudah berani untuk menatap. Tatapan pada jangka waktu yang lama. Tiada perasaan malu ataupun rasa tidak senang. Hanya berbekalkan alasan 'lelaki gentleman' atau 'wanita kota',kononnya langsung tidak mengenal malu. Pada pendapat di sudut aku, anda berdua tidak akan sampai di puncak cinta.

Di sudut si Pencinta :

Matanya bercahaya, senyumannya mencairkan...
Duniaku terang dengan suasana, yang dulunya kelam tanpa lakaran...
Bezanya kini, hatiku hanya satu, rasaku menjadi satu, dan pergerakan lemah mungkin sebab satu...
Dalam pembayangan hanya lirikan dan manis senyumnya...

Dan aku yang sentiasa berada di sebelahku menyimpul persolan...

Lirikan itu melirik mataku atau mata-mata di sebelahku?
Senyuman itu untuk mencairkan hatiku atau hanya memintaku mencipta satu perasaan?
Aku sudah merasa kosong...
Dan Aku di sebelahku sudah merasa sangsi...
Adakah aku berada di dunia Aku atau hanya berperasaan di dunia kita???


Di sudut si Cinta : 

: Taula senior tapi jangan la nak over sangat! ( tapi tengah control, ratu senyuman manis yang dipegang sejak di sekolah harus ku bawa ke manara gading ini)
: Abang ensem konon, perangai macam setan! Nak ngorat la tuh! Agi idup agi ngalaban----> elakkan dari pencairan (pergh tak ensem tapi penuh karisma, karisma kapoor tol la)
: Apa paandang-pandang! cocok mata hitam tue kang, baru tau hujan tue basah ka tidak (matanya menusuk kalbu... ya tuhan, kebalkan hatiku)
: Joker!!! kalu Batman tak per la jugak.. Senyum macam kambing! (Manisnya senyuman itu... jangan kalah... senyumanku lagi menawan)
: Tak hingin lah! penjahat! kontrol cool la tuh! wek! (Lain dari yang lain, over tak over, sedap mata memandang... Jap! Aku the miss smile, jangan kalah!)


2. Perlakuan yang sedikit menimbulkan rasa menyampah <------- bagi mereka yang perasan





Berlaku di atas daya tindak balas ingin memperkenalkan diri secara tidak formal. Dengan maksud yang sering diguna pakai sekarang, 'over acting'. kadang mengalahkan Brad pitt bagi si teruna dan Liyana Jasmey bagi si dara. Perkara ini tidak disengajakan, tidak diskripkan dan tidak diarahkan oleh hati. Dalam bahasa sainsnya, medula oblomgata dalam otak memberi tindak balas secara mengejut atau refleksi di atas tekanan atau pembawaan cinta yang baru bergetar secara rawak di dalam hati. Cuma hanya bertujuan untuk mempersembahkan diri supaya dapat memikat dara atau teruna yang mencuit hati.

Kata kawan si Pencinta : 
: Mamat nih sangat mencurigakan jiwa raga. hati siapa hendak dicuri?...
: Kelakuan nampak biasa, namun bertambah perasa hari ini. Siapakan insan yang hendak merasa?.. 
: Wahai la burung, terbanglah tinggi-tinggi, senapang gajah tengah nak 'm'...
: Zoom in si kawan.. cari sharpnya kawan, kalau blur memanjang, alamat fail lagilah...

Kata kawan si Cinta :
: Wei, tak penah nampak senyuman semanis itu, bubuh la gula banyak-banyak minah oi...lerrr
: Asal plak minah nie.. cacing pun tak panas macam nie.. lerrrr..
: Pergerakan terlebih ayu dari biasa... lerrr
: senyum... blushing... senyum.. blushing

Kata si Pencinta dan si Cinta :
: Berusaha melakukan yang terbaik ... (hish... Tak pandang pown... Sia-sia wat lawak bodoh)
: Berusaha untuk menonjol... (hek'elleh... tak pandang kita... macam la nak pandang dia sangat)
: Berusaha untuk lebih rapat... (wek... dia tak nak... kita tak hingin!)
: Berusaha untuk menyapa... (Cehhh..mahal sangat suara tue.. kalah Broery marantika kot.. Kita lagi mahal.. semahal penyanyi aspalela) 

3. Kawan-kawan  berpakat dengan ahli keluarga mangsa hendak mengisi borang sakit mental untuk mereka






Pada tahap ini anda akan menjadi perbualan hangat di sekeliling anda. Rakan-rakan anda tidak akan peduli dengan cerita panas dan terjahan melodi ataupun jaringan tercantik Cristiano Ronaldo yang menyebabkan Messi gigit jari kerana tidak mendapat kasut emas musim ini. Namun mereka hanya membiarkan kerana mereka takut anda akan mencederakan mereka jika anda betul-betul pembawa virus mental yang kronik.


Begitu juga halnya dengan si pencinta dan si cinta. Senyuman manis yang tidak lekang di wajah sangat mencurigakan teman-teman. Hinggakan sampai ke tahap bercerita dan ketawa sendiri secara spontan. Bait-bait lagu yang dinyanyikan hanyalah pada part corus yang menceritakan kekuatan cinta pada lagu tersebut. kadang rakan-rakan menjadi mangsa bercerita dengan dinding kerana si Pencinta ataupun si Cinta sedang mengarang puisi dalam fantasi mereka.  


Kata si Pencinta: 
: mata melihat hati memerhati
: keindahan membukti hebatnya pencipta
: kadang alpa dan selalu terkasima, bila keindahan itu akan datang menjengukku
: hari-hari penuh mati sentiasa menanti, terbalam siksa dalam hati
: kamu ada dikala semua dipersoal, mengharap terus memberi ruang
: yang pasti aku tetap aku yang sentiasa mencoba dalam situasi bertanya
: Pengharapan dalam perjalanan walaupun kadang membelakang. 


Kata si Cinta :
: senyuman indah penuh warna mencipta rasa
: indah kala wajah mencuka, warna kala lakaran dihina
: kamu pencinta memberi rasa ingin bercinta
: aku dambakan suasana itu
: aku harapkan keadaan itu
: beri kita ruang, beri kita waktu
: untuk sama merasa hadirnya cinta.



4. Menjadi pelakon tidak berbayar untuk iklan telefon (sangat berkaitan dengan keretakan kuku)


Di sini iklan bermaksud sentiasa mempromosi telefon bimbit dengan memegang telefon itu walau berada di mana sahaja. Model atau kecantikan telefon itu tidak menjadi masalah kepada si pelakon tadi. Walaupun sekeliling memerhati dan mengatakan ayat-ayat yang 'kureng' sedap untuk dihadapi oleh cuping telinga.
 ----> (muka berubah pucat, hati dag dig dug.. 5 saat kemudian, senyuman tersimpul)<---- berlaku apabila telefon bergetar atau berbunyi. Kadang mereka akan menyembunyikan tabiat ini di hadapan teman-teman, namun perkara itu akan 'terkantoi' juga akibat dari ke'exited'an mereka semasa menerima pesanan ringkas.






Si pencinta dan si cinta juga begitu. Si pencinta sangat mengagungkan nokia 3310 kepunyaannya walaupun pemerhati tersenyum senget di hati. kemana sahaja telefon itu menjadi sedarah sehati si pencinta. kemungkinan dalam hati, dia tidak akan terlepas pandang pesanan ringkas dari si cinta. Ataupun dia sangat tertunggu-tunggu  pesanan ringkas dari si cinta menyebabkan skrin telefon sangat 'fed up' berdepan dengan mata si pencinta.


Kata hati sekeliling :
: perghhh... nokia 3310, mesti power ahaksss (si pencinta dengan slumber menatap skrin telefonnya)
: Mamat nih.. kalah Rosyam Nor dengan iklan Ali cafenya.. hishhh makan telefon tuh.. (napa dia tak msg nih.. hek elleh, nak wa msg dulu la tuh.. kim salam cinta jak lah..)
: Adek nak pinjam nfon kakak eh, leh ambik gambar muka ketat tuh...hikhikhik (siallllll.. oh cinta jahatnya dikau)
: Nasib abang bawak bus nih dek, kalu tak abang pon nak hancurkan nfon abang nih... sian aku tengok... ( lupakan, namun wajah masih mencuka)


Si cinta pula masih dalam pengharapan. menunggu satu ayat di pesanan ringkas tuh, macam menunggu bulan bertukar matahari. wajah yang penuh mengharap, walaupun ceria pada luaran. Ceeria yang penuh kepalsuan.


Kata kakak jiran sebelah bilik : 
: Dek meletup fon tue nanti dek... Ptptn lambat lagi nak kuar (cinta senyum, dalam hati "menyibuk jak kakak nih. sukati sepupu kucing mak saya la kak")
: Adik tunggu msg sapa tue, boypren eh?~ ("ceh ke ceceh, lebih-lebih plak menyibuknya" tapi muka senyum dan menggeleng ke arah kakak)
: Boyfren adek ensem ek ?~ (tak delah kak, adik masih hak milik ayah adik.. "ku hentak juga kuku kakak nie nanti")


Yang pasti, keegoan mengatasi kehendak.


5. Skema (sangat berkaitan dengan lebam-lebam di telinga)


Pada peringkat awal bercinta, brutal macam mana pun anda, anda akan berubah skema pada situasi tertentu. Ini membawa maksud bersahaja iaitu anda akan menepati masa tidur iaitu sebelum pukul 12 malam seperti yang disaran oleh ibu bapa semenjak kecil, dan juga jabatan kesihatan Malaysia. Namun, itu hanya mata kasar mereka yang berdekatan anda sahaja. Sesungguhnya dalam kegelapan bilik yanh kelam dan sedikit seram, kedengaran suara-suara manja dan juga hilai tawa yang sungguh menyeramkan. (menyeramkan la sangat.. ceh kececeh)






Dalam gelap hanya kedengaran suara :
: vo lelaki : Mata itu menawan.. perghh
: vo wanita : korekla, bawak balik bilik
: vo lelaki : naknaknak.. nak sangat-sangat
: vo wanita : Saya nak guna apa.. Biji mata kucing?..wek
: vo lelaki : tak yah pakai bijik mata.. amacam???.....
.............................

Stop! no more for sekodeng-skodeng, tersaangat la hina di pandangan orang yang bercinta.. so, biarlah mereka dengan bilik gelap mereka....


p/s: VO = voice over (untuk orang-orang filem)


Hari-hari berpanjangan dengan cara percintaan mereka. Si pencinta penuh dengan kehendak, si cinta penuh rasa ego, atau kedua-duanya 'sama dengan jerrr'...
Yang menjadi kerisauan kepada ibu bapa ialah apabila menelefon anak tercinta mereka, asyik kak minah operator tue yang menjual suara. Asal menghantar pesanan ringkas,  sepatah haram pun tidak berbalas. Tapi setiap hari merengek "nak topup bah", "nak topup mie"


Terdapat beberapa lagi kesan-kesan yang dikesan kepada mereka yang baru belajar mengenal cinta. Namun 5 item di atas adalah virus-virus yang dapat dikesan daripada si pencinta dan si cinta. 


.............................................................




Hari berjalan dengan 'simple', waktu beredar 'bersahaja' setelah kekecewaan si cinta dengan "class hari minggu" si pencinta. <---------------------------------- (part v)


Ilusinasi (part i)
Ilusinasi (part ii)
Ilusinasi (part iii)


Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

No comments:

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.