Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Bulan

Simple Bersahaja...

Dia jadi dia kalau dia tetap dengan dia...
Pengenalan :

Dia juga insan bernama wanita. Mengaku dirinya berketurunana hawa. Perwatakan simple bersahaja, kata-kata juga simple bersahaja. " Peduli kata orang kalau kita hendak jadi orang". Kata-kata yang sinonim dengan kelangsungan hidupnya yang penuh individualistik pada hati dan perasaan, namun tanggungjawab yang tinggi pada sekeliling realitinya.

Kata Hati Dia :
Peduli..
Aku bukan aku jika aku hendak jadi mereka...
Peduli...
Aku bukan aku jika aku menuju jalan mereka...
Peduli...
Aku bukan aku jika aku menjadi ekor kapada sang bernama mereka..
Hati penuh hati jika hati terus percaya pada hati..
Penuh percaya pada diri, aku akan terus berjalan...
Penuh percaya pada minda, aku jadi layang-layang.. 
Penuh percaya pada hati, Aku tetap jadi aku...
Kehidupan penuh simpang..
Deru angin, tekanan ribut sentiasa ingin aku berlari kehadapan..
Berhenti pada simpang, jalan harus dipilih..
Kiri penuh hati,
Kanan penuh jiwa..
Depan penuh segala..
Belakang membawa pergi...

Kata Teman : (Balasan Hati Dia)
: Bulan, simple bersahaja tapi penuh kartun...
(aku senyum macam kartun hahahah)
: Bulan, kenapa belum matang..
(kematangan bukan dari kata-kata)
: Bulan, kenapa penuh cerita, tapi hanya dalam hati...
(Biar hati berbicara.. chewahhh ahaks.. Saya klon siti nurhaliza.. Ahakss... dalam mimpi)
: Bulan, Kenapa belum ada teman..
(Buat apa berteman jika tidak menemani... I love si pencinta, tp pencinta penuh teka-teki..Ahaksss)
: Bulan, Kenapa anda ceria sentiasa.. cute melampau...
(rezeki dari atas.. ahaks..)

Dan hari menjalani jam, bulan menerusi hari dan tahun mengira bulan dia tetap dia yang memandang hadapan. Dengan berbekalkan ilmu dari alam perkuliahan dari tanah seberang, tugasnya kini berdepan dengan kotak robot yang mempunyai banyak nama : Acer, Compaq, HP, dan berbagai lagi kotak robot. Kadang kotak robot sentiasa menjadi laman berfantasi, kawasan untuk mempublisiti diri. Ruang realiti nampak skema untuk dirinya. Formaliti dirinya yang dicipta oleh 'macek-macek' membuatkan arus hidupnya sentiasa bertemankan kotak robot.
Cara dan gayanya kadang dipengaruhi maya yang di link di kotak robot. Fantasi Berimaginasi, Pacek Google, Tiup Aku, Yahoo Hooray! sentiasa menjadikan dirinya sentiasa bergelumang dengan kehidupan fantasi di maya.

####################### > 2

Perjalanan luar biasa yang dihadapi oleh sang yang bernama Bulan menjadikan dia antara penerus kepada kaum hawa yang kuat dari segala segi. kotak robot yang menjana pemikirannya saban hari membuatkan dia sentiasa berlayar pada fantasi maya yang direalitikan pada pementasan dunia. Sepi pada pandangannya apabila jerat-jerat sang bernama 'jantan' sentiasa merangka plan-plan yang penuh manis pada kata, busuk pada hati dan nurani. 

Yahoo Masangger Chat Kata : (Kata Hati MeRespon setiap Massage - Bulan)
: Hye..
(Hmmm...)
: Cute.. Anda cute
(thanks..)
: Asl mane? leh kenalan
( Hmmm..)
: owh. Sabah... Hmmm study o dah keja..
( Bosan.. Macam mana mamat nie leh YM ngan aku..)
: Owh juruteknik komputer.. Saya cikgu.. Sama la.. JKP juga..
(Tak tanyer pown..)
: Baru jer.. Awak?.. Berapa tahun dah keja..
( Ceh...)
: Bz ek? .. Tak pelah... tak nak kcau..
: Bz?
: Hye?...
: tak nak layan.. Hmmm Ok...
: Btw sy nak YM ngan awak lagi pasnie.. Boleh?
: Cik bulan.. Owh cik bulan..
: Hmmmm
( Dah-dah latue jantan!)

Sering berlaku. Sebab dan akibat semestinya disebabkan 'fernando torrest' yang dianggap cinta sejati sampai mati di awal transformasi hidup di dunia cinta pertamanya. Di awal kisah cinta mereka yang romantis, tidak bermaksud jiwang... perjalanan kisah cinta yang pelik, penuh dengan 'rasa humor' yang tinggi, Tanpa kata sayang, tanpa kata cinta, tanpa kata rindu. Cinta hati mereka hanya pada hati, terserlah di wajah tapi dibendung oleh ego untuk dikata. 

Kata Torrest : ( kata Bulan )
: Wei gilak.. jum lepak
( Kau la gila.. Kili lagi tue)
: KK jum.. becinta-cinta kita di sana
( bah.. tapi kau kasi tau mama la.. Paham-paham la kan )
: Kenapa aku yang mesti kasi tau.. gila.. mamanya, kita plak yang kasi tau
( Bongok! sapa yang ajak... kalu pigi diam-diam, menelefon terus tue nanti... Inda feel hahahha)
: feelll??? i like.. feel asmara dana ka?
(Kili.. hahahha)
: sedap bah tue barang...
( gilaaaa.. inda mau la aku ikut.. gatal!!!..)
: Hahahha.. Ingat aku nie perogol bersiri ka.. hahah jap aku p sana ambik.. terus jumpa mama mertua ku)
(Kili!)

Gaya percintaan yang brutal membuatkan cinta mereka juga sangat brutal. Dalam hati keduanya masih penuh ragu akibat pembawaan si Torrest yang terlalu mendapat tempat di sisi kenalan wanitanya. Si Bulan pula yang penuh cita-cita tinggi pada level kerjaya yang tinggi menyebabkan laki-laki sentiasa segan untuk mencuit-cuit hatinya. Ragu si Bulan menjadi tekanan pada perasaannya saban malam.

Monolog Bulan :
Bila cinta kata hendak dia, haruskah dia rasa cinta pada rasa...
Hati tetap tunjuk dia, tapi hati juga enggan dia..
Kadang aku berumpama hati pada perasaan..
Hati yang menjana perasaan..
Hati yang menggembirakan perasaan..
Hati yang menyimpul semua rasa pada perasaan..
Tapi akhirnya perasaan menyakiti hati...
Aku juga berumpamakan bola di padang...
Jika masih bernyawa, aku dikejar...
Jika masih penuh kudrat aku diimpikan...
Bila di kaki, dengan penuh hati, bergaya aku digelecek..
Dipermainkan dengan indah..
Dikongsi dengan yang lain...
Menjadi permainan sebelas pasang hati...
Yang pasti, ketika itu aku berharap pada lawan, merayu pada musuh..
Ambil aku semula..
Kejar aku, dapatkan aku..
Dan minda terfikir, mereka juga tetap sama begitu..
Dan bila di hujung permainan, aku terbiar di tepi...

##################> 3


Kata dasar hati bulan :
Kau pergi bila hati sudah mula berfikir kata..
Menarik aku menjadi dua, satu beria kata rela, satu lagi senyap kata jangan...
Tanpa kata itu diriku..
Diam malu itu hatiku...
Senyap menahan itu rasaku...
Anganku tanpa rangka melayang  pada deruan...
Mimpiku lencun dek pembawaan pada hati dipisah, basah pada pengakhiran..
Citaku longlai hilang maya oleh gelodak rasa tidak ingin ditinggal...
Peranan kata dari hati hanya ingin mengerti kuatnya istilah menolehmu pergi...
Peranan kata dari minda menanda aras tegalnya akal merelakanmu mengatur langkah...
Titik pada pertemuan hanya ada di sini..
Titik pada hadapanmu tidak berpeta tidak terancang..
Namun aku biasa dengan kata hati..
Aku ingin disini menjaga pada titik..
Mengelaknya daripada kabur, menafinya hilang dari pandangan.. 
Dan aku terus menangkis desakan untuk melupakan titik pada mula sebelum cerita...

Cinta pada dua hati yang lama tersimpan untuk si dara dan teruna terus diam beku. Kadang layu tanpa ada rasa ingin mengerti atau dierti. Keduanya sama, hati kata sama, rasa juga sentiasa sama, namun pembawaan ego yang lebih kurang serupa merencatkan rasa ingin mencinta dan dicintai. Torest sentiasa membawa watak lelaki blues yang menjadi igauan wanita muda dikalangan kehidupan mereka. Si bulan pula ceria sentiasa tanpa meluahkan rasa sesak ingin mencinta dan dicintai pada wajah. Perjalanan yang sama setiap hari. Penuh derita menanggung rasa cinta, terbeban di kala rindu datang, namun sesaknya bila luahan pada hati tersekat sebelum menjadi kata.

Perbualan kata di hujung senja di beranda rumah bulan : (dialog dari bahasa Sabahans area sandakan-tawau)

Kata torrest : (Monolog hati Bulan)
: Besok ku jalan nie.. inda nangis bah kau kan.. hahaha
(pergilah kalau itu masa depanmu..)
Ko hantar aku besok eh.. boleh juga kita becinta-cinta di airport dulu.. hahaha
(kalaulah hatiku sekuat itu. tapi akan ku cuba)
: Ceh-ceh, gembiranya dia, best ka kalau aku tiada.. eksen!
( gelap dunia sementara.. namun aku cuba menjadikan ia satu kebiasaan.. oh tuhan.. mampukah? )
: Bestnya tuh di KL.. yang paling best, inda lagi jumpa mukamu hari-hari.. bosan hahaha)
( Hmmm.. terpulang, tapi hati ini sudah mula merindu)

Perbualan di luar bilik menunggu KKIA (Kota Kinabali International Airport)

Kata Bulan : (Monolog hati Torrest)
: wei kili! masuk labah kau sana.. boleh juga ku balik awal. menyusahkan betul...
( Oh tuhan.. Biarlah masa terhenti seketika.. berikan aku masa menatap wajah itu)
: Nanti ko disana kalau ko rindu-rindu aku mesej jak.. jangan telefon...
( sampainya hatinya tuhan.. kesiannya aku, hanya aku yang merindu)
: Raya tahun depan baru ko balik lagi.. Tiadanya orang di sini mo rindu-rindu kau tuh.. Macam anak buangan jak.. hahah
( Peduli apa dengan rasa mereka, yang penting rasa kita)
: Syuh.. Syuh.. Bye... Bye.. jangan ada rasa ridu hahahha
( ya Allah kuatkan la hatiku.. Rasa ini masih boleh ku pegang)

Rasa hati keduanya dikuasai oleh keegoan yang memberi kesan mendalam pada dua jiwa.

Kata bulan :
Kau pergi membuat hati ini mencari tepi..
Aku tidak akan tangisi, tapi aku tahu ruang terlalu kosong untuk mencari isi...
Aku tidak memperlihat sendu, kerana aku tidak mahu kau tahu..
Berjalan pada tepi, kini itu ku rasa...
Sentiasa ingin menoleh, mengharap kau senyum seperti biasa...
Walau aku tunduk, rasaku kau ada disisi mendongak untuk aku..
Kau pergi rasa ku juga pergi..
Kau terbang aku juga melayang..
Kau tiada disini terus di sisi, tapi aku terus pada titik ingin menanti...
Kau persis setan yang sentiasa mengigaukan aku.. Persis iblis yang selalu membuatku terlena..
Bila aku bangun aku tetap pada titik.. tidak akan berganjak..

Hari-hari seterusnya dilalui oleh bulan dengan erti yang sendiri tidak mengerti. Kotak robot sekali lagi jadi hamba pada hati untuk merasa apa yang dirasa..

############################# > 4


Rindu menyesakkan dada si Bulan. Walaupun hanya baru semalam tidak bersua muka dengan si Torrest, dada terasa terlalu sempit hinggakan berjangkit pada pembawaan tubuh si Bulan. kemalasan yang menjadi-jadi menyebabkan si ibu hanya melihat. Mengerti mungkin. 

Monolog Hati Bulan :
Salahkah aku bila aku berdiam...
Diam jika dia juga diam..
Aku bukan si wanita yang namanya dia...
Aku bukan aku bila jadi  mereka...
Aku sendiri tidak kenal aku jika semua itu bukan aku...
Panasnya hati bila kata-katanya hanya teman..
Luruhnya sang rasa bila pribahasanya sahabat..
Sebaknya di dada bila nyanyiannya untuk si peminat...
Sesaknya minda jika puisinya hanya fantasi...
Sesatnya diri jika lakunya memberi banyak erti, tapi erti yang bukan diimpi... 
Pandang pada siling, kosong, seperti sindiran dari dia...
Pandang pada dinding, kerasnya seperti hatimu, dan juga hatiku...
Pandang pada kipas, ligatnya putaran seperti akalku pening memikirmu..
Pandang pada jendela, deru angin sayup nyaman tapi tidak sampai pada rasaku...
Pandang pada pembaringan... Dan aku tetap di pembaringan...

Lamunan mati bila telefon tangan miliknya berbunyi. Bulan menarik nafas sedalam mungkin bila tertera nama si pendail. Muka kusut bertukar warna, ceria yang mungkin sekejap. 

Suara Torrest : (monolog hati Bulan) - bahasa Sabah sebelah Tawau-Sandakan-
: Sewel masih hidup ka? Mesti ko rindu aku kan?~
(Bodoh !!!)
: Ceh.. Amacam juga ko di Kampung sana. ok ka juga inda ada aku di sisi mu wahahah.....
(Bodoh !!!!)
: Aku? Ok jak sini KL. Pandai cakap KL sudah aku sini, jangan jeles.. saye rindu awak.. awak macam sial.. kahkahkah..
(Bodoh!)
: Apa? Kerja. Sudah tadi sama abangmu pigi sana. Pakai SPM jak dulu dorang cakap. Tegantung jak di dinding tue diploma nanti. 
(Hmmm)
: Ko ok la.. kerja bagus.. rezeki bagus.. Tiap bulan gaberman sponsor. Aku nie apa juga.
(Hmmm)
: Betul la bah.. Apa juga aku nie.. mengharap tapi miskin.. Ada sudah cikgu-cikgu masuk meminang ko ka?
(Bodoh !!!)
: Elleh.. Tipu la sana.. Macam ku inda tau.. Aku pasang cctv bah setiap tiang elektrik sana tuh...
(Hmmm !!!)
: Bah ok la.. Ada kawan nie bawak keluar, nanti-nanti aku mesej lagi... Bye...
(Hatiku hanya aku dan hatiku hanya kamu, namun bukan hatimu)
(Bodoh !!!!)

Lama memerhati skrin telefon. Wajah kembali mencuka. Cuba mengangkat diri yang tampak lemah untuk mencapai kotak robot yang menghiasi meja saban hari. Hari minggu begini si Bulan jarang bermeditasi dengan kotak robot. Ini kerana bidang tugas kerja yang sentiasa berhadapan kotak robot semasa berkhidmat untuk negara lima hari seminggu. Hatinya juga ingin meluangkan masa pada dunia  tanah tumpahnya berdiri. Namun di kala hati yang layu dan sayu begini kotak robot terpaksa dicari demi berhubung dengan maya yang sentiasa menghibur. Itu kata hatinya. Mencari Fantasi Berimaginasi bersama teman-teman maya. Atau mencurahkan isi hati pada ruang "kisah klasik untuk masa depan" ciptaannya dari hati nan tulus. 

Kata 'Taipan' Si Bulan pada Ruang Maya Ciptaannya :
Aku seperti mengejar pelangi...
Telalu indah warna pada mata...
Lekuk menyembah bumi mencipta rasa...
Warna terlalu banyak untuk ku pilih...
Warna sangat bernilai untuk ku kira...
Warna terbias dari cahaya seperti aku terbias dari caranya...
Lekuk mencerun ke bumi...
Rasa hati boleh memegang...
Rasa hati boleh mencapai...
Namun, Semakin hadapan berjalan ke depan...
Semakin hilang dari mata...
Semakin jauh dari diri...

Tangan yang memegang tetikus ligat ke kiri, kanan, depan dan belakang. Anak panah pada skrin kotak robot menari-nari mencari gambar pelangi. Terlalu indah kata hatinya. Terlalu menawan rasanya dalam-dalam. memilih beberapa gambar pelangi untuk diambil sebagai penghias hasil tulisannya tadi. 

Bunyi nyaring mengejutkan kekusyukannya berhadapan kotak robot. Pesanan ringkas dari torrest melakar senyum pada bibir..

#####################> 5


Ep 5

Tiada kata di pembaringan. Hanya ada khayalan dan kerinduan. Kekusyukan mati bila telefon tangan si bulan berbunyi. Muka ceria, tangan laju mencapai, jari-jemari memainkan peranan. 

Pesanan ringkas di skrin telefon : (Kata hati Bulan)
: Hye cintaku yg sewel
(Iya.. memang aku sewel.. Memang aku gila.. Bodoh!) 
: Ceh, kili-kili nie jg yg ko rndu kankankan..
( Kalaulah itu yang terluah pada kataku, dan kau memahaminya )
: ya ka? bkn ko nanges ka tem kuar dr aport kmarin..
( Gulp.. Huh.. )
 mo mengeksen lg tuh. K nite, bsok keja blg abgmuh nih..
( Hummmhh... Kalaulah kamu ada di sisi ku ketika itu... )

Kisah Semalam : Menghantar Torrest di Airport : 

Lambaian yang sedikit kuat pada awalnya kian mengendur setelah Torrest memaling wajah menuju ke hadapan.  Dan yang pasti Bulan sendiri. Terasa kosong. Tidak mampu berdiri, dalam minda mungkin pembawaan penat, namun hati mengerti kekosongan itu. Duduk di satu sudut memerhati keramaian orang. Mata melihat namun hati buta pada tempat. Dia pasti, dia kosong.

Kata hati Bulan :
Aku ingin lihat kau terbang, tapi hati ini menafi...
Aku ingin gembira kau mengejar cita-cita, tapi hati ini berat...
Aku ingin lihat kamu berjaya, tapi hati ini tidak mengerti...
Atau aku yang kurang mengerti...
Kau kata kau ingin disini pada titik kita berdua...
Kau kata kau ingin sentiasa duduk bersama demi berkata denganku...
Kau kata kau ingin berdiri, berjalan seiring demi rasa kita yang tidak terluah...
Tapi aku kata tidak..
Tapi aku keras menolak...
Aku biar kau pergi demi hadapan..
Aku biar kau pergi mencari apa diri mu...
Aku biar kau pergi demi rasa hati kita pada titik mula kita kenal...
Biarlah hati ini lara..
Biarlah hati ini lencun..
Biarlah hati ini siksa..
Demi titik aku percaya kamu akan pulang..
Pulang pada aku..
Bahagia bersamaku...

Mengeluh panjang. Cuba berdiri, mampu berdiri dan berjalan. Tampak lemah sehingga ke dalam kenderaannya. Kaca mata hitam yang dulu sebagai penyeri kini di buka. Kaca mata itu bukan lagi penyeri. Tugasnya kini melindungi. Melindungi untuk torrest tidak melihat. Untuk Torrest tidak memperbodohkan hatinya. Hot Fm celoteh sang Dj tidak menarik minat. Bulan masih tercegat, tidak menunduk ataupun merebahkan kepala... hanya memandang hadapan, lurus kehadapan dengan tangan bersilang di paha. Mata yang berkaca sedari tadi kini mula penuh. Air mata mencerun laju membasahi pipi. Tanpa suara, tanpa sedu sedan, hanya air mata mengubati si hati. 

: Hari ini : Selepas menjawab pesanan ringkas Torrest : 

Hati si ibu tidak betah untuk melihat kemurungan anak gadisnya. Masuk ke kamar dan mula duduk di birai katil. Mengurut lengan si anak. Memegang rambutnya. Mencium pipinya. Bulan hanya diam, kaku. Si ibu mula membaringkan diri di sisi si anak. Bulan dalam posture membelakangi. Ibunya memeluk dari belakang. Bermula dengan bahu yang terketar-ketar, air mata Bulan sudah mula mengalir. Semakin deras. Dengan senyum biasa, ibunya memeluk erat dari belakang. Semakin erat. Terdengar sedu sedan Bulan. Kini tidak tertahan. 

Kata Ibu : (Kata hati Bulan)  "Dialek Sabah, Tawau-Sandakan"
: Kesian juga kau nie..
: Nangis la nak.. kalau itu boleh kasi ubat...
: Ada ka juga dia telefon?...
(Angguk..)
: Ok ka sudah dia sana...
(Angguk)
: Mama percaya sama dia.. biarlah dia.. Kejar dulu apa yang dia mau.. Balik juga tuh pigi sini nanti..
(Itu juga yang ku kata wahai ibu.. Sering ku kata kepadanya.. Tapi hati ini)
: Mama nie inda tau la macam mana cinta-cinta nie. ketawa jak mama dengar. tapi satu saja, jangan lupa tuhan. Minta petunjuk dari dia. Tenangkan hati. 
: kesian bah bapak muh tuh. Risau dia tengok kau nie.
: Mamak keluar dulu. Pigi mandi, terus sembahyang maghrib. Bapa sama mama sembahyang dulu..
(Angguk)
( Terima kasih ibu..)
( Maaf ibu, maaf ayah, anak mu ini tidak kuat untuk menerima)

Hari berlalu dengan simple.. Seperti biasa kotak robot sebagai peneman. Teman-teman di maya sentiasa memerhati. Satu dua teman sudah mula jatuh hati. Terpikat dengan celoteh dan keakraban si Bulan di maya. Pengunjung maya suda berpuisi cinta di hujung maya. Namun hati Bulan masih kaku. Pengunjung maya itu masih mengejar

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 6



Menyelusuri kehidupan sayu si Bulan yang sentiasa ada angan, bermain dengan fantasi dan menginginkan keindahan dalam erti kata bahagia. Bermula lagi kisah hidup hari-hari bertemankan kotak robot. Hari ini penuh dengan suka pada wajah, mungkin hanyalah satu ciptaan untuk mengelak kerunsingan memikirkan si dia. Fantasi Berimaginasi sentiasa jadi pilihannya. Dengan bahasa mudahnya, muka buku yang menjadi pilihan di kala tugasan hari ini terlalu santai dan membolehkan dia berdiskusi dengan teman maya.

Status muka buku : Bahagia akan datang, tapi belum tiba yang di nanti....

Komen :
Ustat keningau : Kenapa harus menanti tidak mencari...
Bulan : Menanti lebih baik dari mencari. Harus ada itu pada nilai perempuan...
Ensem : Menanti atau disakiti... Sudahlah semua itu penuh erti...
Ustat Keningau : Saya setuju dengan si ensem.. Untuk apa menanti kalu susah mengerti...
Bulan : @Ensem _ Pengertian pada hati itu lebih penting dari kata-kata... @Ustat_Bukan susah mengerti, tapi kenapa hendak diertikan kalau tak pesti..
Ensem :???? Bagaimana hendah mengerti kalau diri sendiri mengelak erti...
Ustat Keningau : Penat untuk mencari erti atau penat untuk menangisi...
Bulan : Pengertian ada pada hati, aku hanya menanti bila harus ku mengerti.. @ustat Keningau_aku bukan insan yang mudah menangisi 
(bulan senyum sinis dengan komennya)
Mamat Pahang : Hai bulan..
Bulan : Hai juga..
Mamat Pahang : Sabarlah... bahagia itu akan datang... tapi jangan terlalu menanti..
Bulan : Salahkah aku menanti...
Mamat Pahang : sanggup hati menerima sakit bila terlalu menanti, dan hanya duka yang menghampiri...
Bulan : Entah... 
Mamat Pahang : Harus percaya hati... Keputusan ada dalam diri...
Kakak KK : Hai Bulan.. Kakak rasa satu penantian itu sangat menyeksakan, namun bila hati sudah percaya teruskan..
Bulan : TQ kak.. Hati ini terlalu percaya akan dia...
Ensem : Makan tue percaya...
Bulan : Peduli kata orang, aku percaya bila aku menanti, itulah bahagia...
Ensem : ok...
Ustat Keningau : Insyaallah..
Bulan : TQ
Mamat Pahang : Hati anda terlalu kukuh...
Bulan : Aku sentiasa itu..
Kakak KK : Teruskan Bulan... Suka duka, kakak di sampingmu..
Bulan : Thanks kakak...
Ensem : ;/ Huh... Jum Kepsi..
Bulan : Huh :p.. Nanti boyfern saya emosi..
Ensem : Ok T2.. Layan...

Itulah bulan. rakan Maya selalu membuatkan hidupnya terhibur. Dia terus melayari ruangan muka buku. Ada status menarik hatinya. Status dari Kallolo Tawau.

Status Muka buku (kallolo Tawau) : Aku rock! Hati ada taman. Penuh warna-warni.. wahahhaa

Komen :
Bulan : yeah sambil kepala goyang-goyang...
Kallolo Tawau : Yeah Bulan. Layan...
Bulan : hahah Sejak bila hati berteman.. Eh silap.. Bertaman..
Kallolo Tawau : Behhh Si bulan.. inda bermaksud bah tue..
Bulan : iyya ka iyya.. iyya sejak dari tadi wahahhaa...
Kallolo tawau : Aku mau kau.. Aku mau bulan...
Bulan : Inda mo... Mo naik skuternya jak.. 
Kallolo Tawau : Jum,  kita round Tawau..
Bulan : Apa barang Tawau, kita round bulan.. 
Kallolo Tawau : audedeh ini anak.. jum yang penting bahagia...

Dalam menjalankan tugas, teman-teman maya sentiasa menghiburkannya. Dalam hati tiba-tiba teringatkan si Torest. Hari ini belum ada pesanan ringkas darinya. Muka tetap senyum memerhati skrin telefon. "adakah aku mengharap?".
...............

Selesai tugasnya, beliau kembali membuka laman muka buku. Menaip sesuatu

Status : Kau jahat aku tumbok... Kenapa kau eksen NgoKKKK!

Notification : Kallolo Tawau like your status. Kakak KK and Kallolo Tawau like your status.

Si bulan hanya tersenyum dengan statusnya dan kiriman like dari teman-teman mayanya. Dia mengemas meja dan barangannya setelah melihat jam menunjukkan tepat 4.59 pm. Dia senyum dan dalam hati " aku pekerja Malaysia yang taat setia".
Keluar dari bangunan pejabatnya, beliau meluru laju pada ferrari hijaunya. menghidupkan enjin kereta kemudian memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah yang basah dengan titis hujan.

.....................

Sesampai di rumah yang lengang tidak berpenghuni, beliau meluru kebiliknya dan menghempas diri ke katil spongebobe kesayangan beliau. Mula memerhati siling yang penuh sesawang. dalam hati "aku seorang yang pemalas". Kemudian memalingkan wajahnya ke tingkap. Hati sayu terlalu rindu dengan Torrest.

Kata Hati Bulan :
Aku di sini tetap menanti...
Walaupun mereka tidak mengerti...
Aku cuba mengertikan apa itu erti...
Walaupun berpotensi untuk disakiti...
Aku juga bahagia jika kau disisi..
Namun ada perjuangan perlu diisi...
Cukuplah jika kau mampu mengingati...
Lakaran dan corat-coret kita di sini...
Harap itu bukan mimpi...

Mata terlelap. Indah dalam mimpi. Wajah-wajah itu datang dalam mimipinya. Si torrest, si Ensem. si Kallolo Tawau, si Keningau dan juga mamat Pahang. Wajah-wajah itu saling berganti dalam mimpinya. <<<-------- Muahhaha macam citer hantu plak<<<---------- Sambung EP 7



Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.