Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Manis

 Azab


Aku hanya memerhati....

Razlan Syam Wedha (bukan nama sebenar) nama di beri, si Enji jadi jolokan. Kacak bergaya, tinggi bagai galah menjadi tumpuan mata. Mata dari lelaki yang sentiasa mengatasi dan mata hati si wanita yang tertawan. Bijak dalam memperbahasakan apa itu ilmu, patuh pada rutin duniawi tapi terlalu banyak simpang hingga lalai memanjat mencari keredhaan maha Pencipta. Akur pada hebatnya diri sebagai pencantas pada haruman bunga yang kian mekar mewangi dalam kelompok yang harus dicinta oleh pencinta tegar. visinya penuh inovatif mengejar dunia yang penuh ilmu untuk masa depan. Dia tidak pernah lalai dalam itu. Visinya sudah nyata, sudah ada hadapan. Namun misi yang selalu melalaikan dia. Misinya hanya ingin mencari popular, mengejar hati-hati wanita yang sentiasa taksub dengan kebolehan akal pikirnya yang penuh statistik, bentuk rupa dan tubuh yang fantastik serta kepetahan dalam memperbahasakan diri sebagai romantik. Itu dia..

Aku terus memerhati...

Hari ini pilihannya si manis tudung litup yang ada gaya. Cukup menawan bila menghadiahkan senyum, hidung terletak membantu keanggunan wajah. Dalam hati si Enji penuh kagum dan bangga. bukan pada wanita yang mendampingi, tetapi perasaan riak dan ego yang menguasai diri setelah memperolehi hati untuk dipertonton pada teman-teman.

Kata terluah : (dalam hati)
Enji :
: Aku hebat... Aku perolehi dengan mudah (korang?? hahah)
Teman :
: Anda memang hebat ( itulah kamu )
Enji :
: Aku akan cuba mendapatkan madu pada jambangan (bangganya...kamu???)
Teman :
: Buat sehabis baik (itulah kamu??? laknat..)

Jerangkap samar dipasang untuk mendapatkan hati dan menghisap manis pada madu si kelopak yang baru memekar pada jambangan. Sedia kala itu hebatnya, itulah kebolehannya. Cairnya si wanita memberi apa yang dikatakan mahkota. Akhirnya hanya tinggal sepah yang akhirnya menjadi sampah. Si Enji megah berjalan bangga dilorong sendiri dengan derap tapak yang menjadi tolehan pada teman. Tolehan berkisar jerkahan yang tidak menyebelahi pihaknya.

Aku tetap memerhati...

Dalam khayal si wanita yang penuh tradisi kecantikan asli pembawan nenek moyang menjadi misi si pemangsa. Kata penuh dusta bercairan romantik mampu memecahkan kebal iman pada dada si wanita. Lemah si wanita menjadi mengahan puas si lelaki buas. Menjadi tapak berdarah wanita untuk sekian kali. Tetap dengan derapan tapak megah berlalu di hadapan teman-teman.

Kata terluah : (Dalam hati)
Enji :
: Aku puas ( hahahha)
Teman :
: Hebatnya kamu ( DIA akan melaknatmu)
Enji :
: Seperti ada suara sumbang dari kamu ( Cemburu?)
Teman :
: Suara itu bukan dari kami ( Suara itu dari maha pencipta)

Aku penat memerhati... Aku juga mengharap dia berubah...

Berjalan pada nyata dia memang hebat. Hebat pada di laknat. Mampu membawa hati yang penuh mati mencapai apa yang diimpi. Tapi Allah maha mengetahui. Allah maha berkuasa untuk memberi. Allah maha mencipta dan menghilangkan.. Azab juga ada di dunia.
Dunia kelam menghantui Si Buas. Siflis sebagai azab pertama dijatuhkan kepadanya. Itu sahaja sudah mampu membuatnya menderita. Duduk berteleku mentafsir salah menjadi rutin harian yang belum pasti akan menginsafkan. Namun pada kata dia insaf. Pada kata juga dia ingin memilih jalan benar. Memilih jalan mengingikut kehendak NYA. Tunduk layu minta pengampunan. Itu wajib pada nasuha. Dan aku menambah, apa lagi jika ada azab seterusnya, dia teresak penuh ikhlas pada tangis, juga aku.. Aku terbawa dengan tangisnya apabila bermusahabah tentang kekuasaannya. Aku juga banyak dosa. Itu yang kukata dalam hati.

Aku senyum.. Manis itu bila sudah merasa pahit. Tapi Maha Pencipta yang satu berkuasa menukar manis itu menjadi pahit.




##############################

Simple




Bila tengok orang...

Indahnya manusia, bagai sisa dalam pewaris dunia...
Menyambung nyawa, tanpa taqwa menjunjung sengsara...

**************

Bila tengok binatang...

Lebih kaki dari sempurnanya manusia...
Kurang akal menjelajah minda makhluk dunia...

**************

Bila tengok benda...

Statik tanpa nyawa pengaruh manusia...
Berhati tidak,  penggelodak jiwa si pencinta...

**************

Bila tengok semesta...

Terfikir tidak, terdaya jauh sekali...
Jauhnya kuasa, menghampiri adalah mimpi...

***************

Bila tengok keajaiban...

Terpegun, terdiam hanya berserah...
Hanya satu, hanya dia, MAHA PENCIPTA...

##########################

Dia Di Kandang Kambing

Dia di kandang kambing...

Mengembek bila siang..
Diam bila malam...
Mengembek bila takut...
Diam bila mampu...
Mengembek bila sempurna...
Diam bila hodoh...

Dia di kandang kambing...

Bising hanya bising di sangkar...
Mengejar apa yang tidak ada disangkar...
Cita-cita gah untuk apa...
Merapu membebel mencari kabel...
Ada kepala hanya cipta sengsara...
Ada hati hanya meneroka sunti...
Ada diri hanya pada sendiri...

Dia di kandang kambing...

Memerhati hebatnya luar...
Mula mencipta suasana gembira...
Gembira pada hati sengsara...
Akal sentiasa ada cara...
Hati sentiasa sendiri berbicara...
Di laman mencipta sandiwara...
Jajahan hanyut mengikut acara...

Dia di kandang kambing...

Mengembek kelaparan...
Mengembek ketakutan..
Mengembek kemegahan...
Bila masa mu menangis...
Aku harap aku turut menangis gembira...
Bila masamu nazak...
Aku harap membacamu surah-surah...
Bila masamu mati...
Aku harap aku turut menanam...

Bila BABI di kandang kambing...

Zionis juga dikandang kambing..
Israel juga di kandang kambing...
Yahudi juga dikandang kambing...
Aku menunggu zaman jatuhmu...
Aku memanjat kepada tuhanku untuk menghancurkanmu...

INSYAALLAH...

#############################

Sudah Potong

Lu kata sudah potong...

aku mahu lihat...
kami mahu tengok....
semua hendak menyaksi....
bila kata sudah potong....
bak kata tersorong-sorong...
jangan takut aku bukan along...
usah gentar kami bukan santong...

kau kata penuh cara...
indah kata tapi murah...
kau mengalun penuh gaya...
indah puisi tapi loya...
lontaran mu sangat merdu...
indah lagu tapi buntu...

Lu kata sudah potong....

mainan kata dari nafsu...
penuh etika kamu si penipu...
aku temanmu...
dia juga temanmu...
mereka juga temanmu...
kenapa masih mencemuh...
kenapa masih sifar bertemu...
hanya kerana egomu...
hanya kerana tipumu...
hanya kerana muslihatmu...

Lu kata sudah potong...

Mata kuyu macam puyuh...
gelak aku macam hantu...
ketawa dia lantai nak runtuh..
serakah mereka tidak membantu..

marilah kami temanmu...
ayuh la sama bersatu..
kita sama mengerti maju...

lu kata sudah potong...

potong jari wa kalu mencari...
potong kaki wa kalu lari...
potong tubuh wa kalau membubuh...
potong kelurga wa kalau merambu...

semua palsu...
semua hantu...
semua sedu...
semua sendu...
DADAH membunuh...

P/s : Ada beberapa perkataan dijambukan. Nak tau sinonim paling tepat untuk ayat tuh, selak SINI

#############################

Cinta Tisu

tugasku bila berpeluh...
perananku bila kau mahu...
pakai buang itu sikapmu..
banyak pilihan itu caramu...

hatiku tisu...
mudah robek bila tersentuh...
melayang bila disuruh..
mudah hilang walau bersuluh...

hatimu juga tisu...
senyum kerana kau mampu..
seperti dalam lipatan tertentu...
kerana tiada erti satu...

##############################

Simple

;/ lu lu wa wa...


Aforisme yang sering berkelana menjajah pemikiran seantero dunia maya....
Ada apa dengan bidalan semua...
Ada apa dengan pandangan sarwa...
Prakarsa tiada, Alpukah satu mimpi, hanyalah persis tukang karut berkarya...
Dia mengalami narsisistik sendiri, Bitara pada pandangan matanya...
Berkongkalikung dengan jajahannya...
Dia umpama si linglung maya...
Aku sentiasa berselingeh . BIASA..

Perkataan italic boleh disinonimkan di SINI

P/s : Penggunaan bahasa bombastik dalam puisi adalah petunjuk kepada taraf knowledge kata puisi si pemuisi, namun kurang digalakkan kerana merosakkan rima dalam puisi. Aku mencuba, jika jadi aku akan guna... Penggunaan bahasa begini selalu ada pada pemuisi bawah tanah yang sedang meningkat naik.. Orang kata, kadang jadi, kadang merosakkan...

: Ini pendapat DIA...
: Ini pendapat DIA I...
: Ini pendapat DIA II...

: Jadi apabila frasa kata sangat menolong puisi..
: Merosakkan apabila, selak Kamus DBP, rasa bombastik terus buat ayat, sesuai tak sesuai tak pernah nak kaji...




############################

Puntung Di Bibir

:'/

.: My Name Is Mr. Google :.


Dunia...

Bila puntung sudah di bibirku...
Aku sudah menguasai mu..
Kau berempunya, aku si pemilik itu...
Kau patut biar aku menciptakanmu...
Menciptakan keindahan pada singgahsanamu...
Mimpi?!.. Biar.. Aku gila begitu..
Biar aku mencoret keindahanmu..
Biar aku bermaharajalela dalam horizon sendirinya aku...
Intelegensia harus begitu...

Bila puntung sudah dibibirku...
Kau dunia biarkan aku...
Aku cuma ingin meneroka minda kamu...
Meluah segala rasa kamu...
Ingin sama merasai sakit kamu
Ingin Gembira seperti itu...
Ingin bahagia sebahagia milikmu...
Walau aku tak mampu...

Bila puntung sudah dibibirku...
Kau dunia akan senang kepadaku...
Aku si pengembara duniamu..
Berkelana mendapatakan yang itu...
Itu sebagai apa itu kamu...
Kamu akan ku fahami suka hati ku..
Biar tiada orang menolehmu...
Itu bukan aku...
Biar orang mencelahmu...
Itu bukan aku...
Biar orang menghancurkanmu...
Itu bukan aku...
Aku cuba jadi milikmu...

Bila puntung sudah dibibirku...
Aku tidak hanya begitu...
Sentiasa cuba merubahmu...
Walau kamu sentiasa mampu...
Dalam hati ingin sentiasa disampingmu...
Walau kamu tidak mengenaliku...
Dalam diri ingin berajasa padamu...
Walau jasa itu hanya aku yang tahu...

Itulah aku...
Bila puntung sudah dibibirku...

##############################

Karma Acam Hari




5.30 am...

Buka mata nampak dunia...
Buka mata kadang untuk DIA..
Buka mata membuka minda...
Buka mata ingin berkarya...


8.00 am..

Berjalan kerana DIA...
Berjalan penuh satu rasa...
Berjalan aku ingin mencipta..
Berjalan aku harus meneroka...

10.00 am

Aku dengar mereka..
Mencipta segala rasa...
Penuh cerita hanyalah sia-sia..
Tiada lain hanya dosa...

12.00 pm...

Aku tengok mereka...
Dalam lapar aku tanya...
Aku tanya kamu bahagia...
Sentiasa mencipta luka dan duka...

3.00 pm...

Apa kamu kata...
Bersepah aku tunjuk di sana...
kenapa dan bagaimana...
Haruskah ada cerita ataupun cinta...

5.00 pm...

Cinta, biar apa kata mereka...
Aku datang mencipta bahagia...
Walaupun hanya menagih ceritera...
Untuk mendefinisikan apa itu cinta...

7.00 pm...

Permulaan gelap aku panjat kepada NYA...
Memohon hidup ceria sentiasa..
Mengelak segala dosa...
Mencerna segala cerita tidak bermakna...

10.00 pm...

Kadang dunia gelap di ilusi maya..
Berfantasi sentiasa ada tema...
Aku cuba mencipta gembira..
Walaupun lebih pada duka...

12.00 pm

Layu sentiasa pada biasa...
Perlu teman sentiasa pada masa..
Aku mau cerita gembira sentiasa..
Itu hanya harapan dalam aku mengucap, selamat tinggal dunia...


Zzzzzzzzzzzz......

Anak Pacek Google




#####################################

Manis Pekan Kimanis

Berjalan di Pekan Kimanis...
Aku terhibur dengan gaya manis...
Yang menyedari mungkin terasa lebih manis..
Untuk mereka aku dahulukan persis..

Aku syukur menghayati ruang magis...
Penuh diam aku taksub dengan kuasamu yang terlukis...
Walaupun dahulu tembok kuat Inggeris
Penuh dengan kehancuran yang berjenis..
Namun, pahlawan Sabah bukan penangis..
Memperjuang bangsa sehabis habis...
Supaya cicit merasa manis...
Dengan kata, nyah kau Inggeris!..



Biarkan aku seketika dengan manis...
Kerana esok mungkin aku nangis..
Kerana esok jiwa manusia akan terkikis..
Kerana esok hati manusia bermukim sadis...

####################################
 Awek Keningau

;'/


Dia pandang... 
Aku? :
Tersipu malu..
Walau penuh rasa mahu..
Hati cuba kata tak tahu..
Rasa bagai dipalu..
Dag dig dug aku malu..
:p

Aku  balas pandang...
Dia? :
Melarikan mata...
Namun penuh ceria..
Wajah ada merah..
Apa dia rasa ?..
Mungkin itu ku rasa...

Dia Melirik...
Aku? :
Aku tertarik..
Dalam hati bagai dicarik..
Harap luka lama tercarik..
Dalam rasa sudah berbintik..
Harap manis tersebar dari bintik..
: p

Aku  balas melirik...
Dia? :
Senyum indah dia beri..
Mata menawan tidak terperi.. 
kali ini mata membalas tanpa lari..
Indahnya dunia tuhan beri...
Hatinya hendak aku cari..
Supaya sama bahagia dalam tari...

Dia senyum memukau...
Aku? :
Aku terpukau...
Mungkin jadi sasau..
Hati confirm gundah bilau
Oh gadis, kenapa aku terpukau..
Bukan itu ku cari di Keningau..
Aku di sini hanya tinjau-tinjau..

Aku tak peduli.. Aku kenyit mata..
Dia? :
Sekali lagi wajah merona merah..
Aku tak sangka itu pada wajah..
Sorry ampun kalau aku salah..
Jum sama-sama kita basuh luka..
Harap ada namanya bahagia..


Aku dan dia harus bertanya..
Adakah cinta walau sekali jumpa ?


P/s : Hanya rekaan. kang jatuh saham. Tengah pikat-pikat Pemetik durianNawal Addina, Merahnya Mira, si Hanjila. (so kena hati-hati) wahahahah... joking...
Kak Misya, harap mengerti darah tengah membuak.. hahahha 
Domo mega study smart okeyyy...

######################################

Cinta Sesaat @ sesat
;'/


Bila mata ke mata, mesti ada rasa...
Bila mata ada rasa, mungkin jatuh hati..
Bila mata ada hati, mungkinkah cinta...
Bila mata ada cinta, lahirlah sayang...
Bila mata ada sayang, pasti ada rindu..
Bila mata ada rindu, pasti ada nafsu...
Bila mata ada nafsu, mesti teburu-buru..
Bila mata memburu, syaitan memandu...
Bila mata ada syaitan, JUM GIE NERAKA!!!...

: Kadang harus guna mata, kadang harus guna hati...
: Tapi harus selalu guna minda.. Dan wajib guna pegangan..


....Peace Dunia.....


#############################################

Penumpang Dalam Perjalanan

;'/

Dalam perjalanan hidup dunia menuju singgah sana keagungan maha pencipta..

Driver kata :
Cukuplah berkata...
Cukuplah  mencipta rasa...
Bahagia ada di sana...
Bahagia  itu bukan di jalan NYA...
Penumpang kata :
Aku masih dengan hidupku...
Aku masih dengan mahuku..
Aku yakin dengan kepercayaan ku...
Aku ada jalanku...
Driver kata :
Jalannya tiada gembira...
Jalannya hanya sengsara..
Jalannya tiada seronok tercipta..
Jalannya badai menjelma..
Penumpang kata :
Biarlah keseronokan itu bukan untukku..
Biarlah badai di dunia ini untukku...
Biarlah aku terperosok di dunia sendirinya aku..
Biar, biar dan biarkan aku...
Driver kata :
Kenapa ada  bodoh bila kau berkata...
Kenapa penuh sebal dalam minda..
Kenapa kau bengap dalam sepenuh raga..
Kenapa  perlu sakit jika ada seronok dalam bahagia...
Penumpang kata :
Bodoh itu bukan aku tapi kamu..
Sebal itu adalah hakikat mu...
Bengap itu hasutanmu..
kerana Laknat dan kehancuran bukti Kesyaitananmu...

Aku tetap aku dengan pegangan ku..
Biar hancur kata-kata mu...
terhadap ku..
kepada ku..
yang menghadap adalah aku..
Aku tetap aku dengan pegangan ku..

Biar berbuku dalam hati penuh iri dalam mindamu..
itu kamu..
sentiasa kamu..
biasanya pada kamu..
Penuh kehancuran dalam kata-kata mu..
Laknat itu Brand tertinggi nama mu..
Iblis itu Title indah pada nama mu..
Syaitan itu Harta Intelek empunya mu..
Neraka itu menjadi cita-cita mu..

Pergilah jauh..
Aku hidup bukan begitu..
Memanjat padanya jauhkan aku dari itu..
Bunuh aku kalau memuja mu..
Siallah aku jika menjadi ekor mu..
Hancur la aku jika terperangkap oleh mu..

"Pergilah kamu mencipta sakit dalam dirimu.."

"Biar, sakit di dunia memang untukku.."
"Namun rahmat dari NYA menjadi cita-cita ku..."

#######################################

Aku Mau Jadi

;'/



Jadi apa?
Jadi yang masih tanda tanya..
Jadi yang belum terlaksana...
Jadi yang berlegar di minda...
Jadi dan jadi apa?
Jadi yang belum ada..
Belum ada?..
Belum orang berkata..
Belum orang terkata..
Belum orang menyoal di minda...
Jadi dan jadi apa?
Jadi yang belum terlaksana..
Minda selalu kata..
Minda selalu di sana..
Di sana tersingkap singgah sana
Singgah sana jadi cita-cita..
Jadi dan jadi apa?..
Jadi yang di fantasi di minda..
Betul, omongan kosong harus ada..
fantasi tercipta bagai di maya..
Sifar jika tanpa usaha..
Nol jika hanya kata-kata di minda..
Jadi dan jadi apa?
Jadi sebesar mega..
Walau jadi gelak tawa..
Hilang di perut tanpa punca..
Terkekeh macam si gila..
Biar mereka..
Aku ingin jadi apa?
Jadi dan jadi apa?...
Aku harus kata..
Jadi-jadian..


###########################################

Cinta Punca Kuasa Dua

;'/
;'(
Punca : Dari kamu, dari dia
Kuasa : Dia berhak, dia mampu
Dua : Paling dibenci...
Punca :
Puncanya dari dia..
Nafsu macam kuda..
Ada hati nak dua..
Jangan terus mendabik dada...
Punca :
Dia tipu..
Mangsanya aku..
Terkenanya aku..
Buruknya aku...
Kuasa :
Kuasa ada padamu..
Kuasa kuat di tanganku..
Ada hati nak menipu..
Aku sedia batang penyapu..
Kuasa :
Ya.. tanganmu mampu goncang dunia..
sakit rasanya..
Indah warnanya..
owh sakitnya...
Dua :
Sudahla..
jangan ada mimpi di minda..
jangan ada rasa ingin mendua..
kalau ingin suka di dunia..
Dua :
Bagaimana tak fikir dua..
Hanya sakit  kurasa..
Aku lelaki ataupun hamba..
Dua kucari untuk bahagia...
Punca kuasa dua...

Adakah cinta..
Adakah rasa..
Adakah bahagia..
Atau angan bersahaja..
Atau cita-cita selera..

Punca kuasa dua..

Kadang ingin mengejar bahagia..
Terhasil dari porak peranda..
Jalan buntu dalam cinta..
sakitnya cinta..
peritnya cinta..
aku terluka cinta...
Dalam minda pilihan dipersalah..
Konon hati salah meneka..
Rasakan sakitnya..
Rasakan karma dunia...

Punca kuasa dua..

Kadang hanya nafsu semata..
Mencari indah belaka..
Cantiknya dia..
Bergetahnya dia...
Bergayannya dia..
Semua di mata..
Menjeling luasnya dunia..
Mengerling setiap pancaroba..
Mengejar dara dan teruna..
Kadang terbengkalai dengan dosa...
Terbalam hasutan iblis semata..
Ekor pada sang syaitan durjana...

Punca kuasa dua..

Sempit sengsara dirasa...
kehidupan dulu menjadi resam penuh cerita..
hanya kata-kata indah tanpa usaha..
lari si wanita mendua cinta..
Lari si lelaki tanpa kata..
Haruskah mencanang pada semua..
Kata jahatnya dunia..
kata sakitnya cinta..
kata iblisnya dia..
Tanpa merenung empunya salah..

Dan aku kata dengan indah..
Semua karma dunia..














Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.