Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Ilusinasi

Ilusinasi Dalam Cinta
Saat Pertama Kali Ter'Capture' Matamu, Ter'Focus' Senyumanmu... (i)

"Mata itu membunuhku". Janggal jika menulis, mengata, mendengar atau membaca ayat ini, haruskah digunakan atau patutkah ia menjadi ayat untuk si pencinta menawan si cinta yang baru dikenali. Kononnya cinta seimbas pandang, kononya berlaga mata sesaat 'hatimu dan hatiku bersatu', kononnya senyuman si cinta tadi khas untuk mencuit hati si pencinta...



Dunia Aku Kata :
Matanya bercahaya, senyumannya mencairkan...
Duniaku terang dengan suasana, yang dulunya kelam tanpa lakaran...
Bezanya kini, hatiku hanya satu, rasaku menjadi satu, dan pergerakan lemah mungkin sebab satu...
Dalam pembayangan hanya lirikan dan manis senyumnya...
Dan aku yang sentiasa berada di sebelahku menyimpul persolan...
Lirikan itu melirik mataku atau mata-mata di sebelahku?
Senyuman itu untuk mencairkan hatiku atau hanya memintaku mencipta satu perasaan?
Aku sudah merasa kosong...
Dan Aku di sebelahku sudah merasa sangsi...
Adakah aku berada di dunia Aku atau hanya berperasaan di dunia kita???



Dunia Kita Kata :
Cinta datang tanpa dipinta, pergi tanpa ditolak (ek.. selalu mengejar cinta bila sunyi, menolak cinta bila sudah bahagia : Kebanyakan)
Mata yang cantik itu membuatku rindu (ek.. kalu mata cantik muka hodoh, mustahil. Bengong! : kebanyakan, aku terkecuali)
Senyuman itu sangat menawan boleh menawan Gunung Kinabalu (ek.. agak-agakla.. setakat senyum lawa tapi gigi buruk mesti korang-korang lari : kebanyakan, tapi aku tidak memilih)
Perwatakan yang lemah lembut, sopan santun meruntun hati (ek... lemah lembut takat tu jer... body hancus mesti hangpa gustan.. kan! : kebanyakan, aku tidak sebab aku pun kureng perfect)

Bermulanya kisah dua sejoli yang selalunya ber'point'kan mata dan senyuman. 'shy-shy cat' adalah bahasa awalnya dan perbincangan mengenai mata dan senyuman itu akan berlarutan. <-------- (berpanjangan sehingga kuku pecah menekan keypad, Telinga kanan lebam tanpa disedari)--------> Hanyalah membincangkan tentang mata dan senyuman.



Kata hati :
:Asal lambat tol reply, mandi? makan? tido? ada orang kol_siapa?hmmm...
:Nak kol ka tidak? Kang dia cakap lebih-lebih plak... Hidung tak mancung, pipi ditolak pakai buldozer. Tak nak la, ego mesti ada... Macam la power sangat.. ceh <------ (Dalam hati, ya ampun cinta.. tidak keruan)....
:Peluh semakin mencair, kerongkong semakin kering, Metallica membawa lagu 'nothing else matters' dalam perut-----> durjananya dia.. tiga massage, 1 pun tak reply. Durjana!!!!....
:Kol tak angkat, aisemen... Datuk wa pun mati kalu tak angkat pon... ceh....

Hari berganjak minggu, minggu menambah bulan, bulan menjejak... Ops, baru berbulan cerita dua sejoli itu, si cinta dan juga si pencinta. 'Shy-shy cat' berubah menjadi keegoan, keeksenan dan penuh percaturan. Kononnya ingin testing-testing dengan si dia... dalam bahasa jiwangnya seperti menduga cinta, mengenal hati budi, bermain-main cinta <------- Dalam hati "nak jumpa ka tidak" "rindu""kalau jumpa nak cakap apa""nak panggil apa"----------> yang pasti monolog menemankan seharian mereka...

Kata kawan-kawan :
:Wei mat! Man U vs Chelsea, dahla tak tengok, langsung tak msg tanya score... menjatuhkan maruah fan2 Mu la lu mat (gelabah, dalam hati "dia nak jumpa? bila? di mana?"
: Tabiat or sindrom yang menyerang lu nie mat... senyum sorang, lepak bilik memanjang, tido awal.. (muka cuak... Nak start cakap ngan dia guna huruf atau nombor? biol, hentak kaki di kepala tiga kali)
: Pahal kau towk, nang kedak kambin berak kapur dah kunangga, kedak siput da juak... (aiseymen... spender suma yang baru dah basah, seluar levi's sebulan dah tak nampak macam jeans... time nie la dia nak jumpa)

####################################### 

'Depth Of Field' Si Pencinta, 'Focal Length' Si Cinta (ii) 

Mengukur jarak fokus antara si cinta dan pencinta - kabur dan jelas,
 permainan cinta mereka:

Bermulanya di satu petang semasa menghadiri majlis suai kenal bersama abang-kakak penjahat!.

Kata Dia? :
: Taula senior tapi jangan la nak over sangat! ( tapi tengah control, ratu senyuman manis yang dipegang sejak di sekolah harus ku bawa ke manara gading ini)
: Abang ensem konon, perangai macam setan! Nak ngorat la tuh! Agi idup agi ngalaban----> elakkan dari pencairan (pergh tak ensem tapi penuh karisma, karisma kapoor tol la)
: Apa paandang-pandang! cocok mata hitam tue kang, baru tau hujan tue basah ka tidak (matanya menusuk kalbu... ya tuhan, kebalkan hatiku)
: Joker!!! kalu Batman tak per la jugak.. Senyum macam kambing! (Manisnya senyuman itu... jangan kalah... senyumanku lagi menawan)
: Tak hingin lah! penjahat! kontrol cool la tuh! wek! (Lain dari yang lain, over tak over, sedap mata memandang... Jap! Aku the miss smile, jangan kalah!)

Perjalanan hari yang sungguh meriah, penuh suka dan duka. suka untuk abang dan kakak penjahat! duka untuk mamat dan minah-minah hijau ini. Yang pasti kakak-kakak rasa tercabar dengan minah-minah hijau. Pihak abang-abang sentiasa menonjolkan kepotensian diri yang terpendam. Jelingan kakak-kakak semakin tajam ke arah minah-minah hijau, namun abang-abang tetap meneruskan temuduga terbuka yang tidak formal. Manakala untuk mamat hijau, peluang mereka tipis kerana kurang menonjolkan potensi diri, hendak berlawan kata, terpaksa menghadap rang dan undang-undang fakulti. kemungkinan juga akan dibenci oleh abang-abang.

Cinta selalunya bermula di sini.. 
Kata kawan-kawan Dia?
: Perghhhh... walaupun jahat tapi abang tuh cool (ceh! aku yang kata dulu...)
: Abang tuh senyum kat aku la wei (ek? kat aku la! Perasan!)
: Kalaula... (dah.. dah.. jangan nak perasan!)
: Mesti... (berangan jer lebehhh)
: Mun nya kelakar nak, kedak micheal owen (minah kelakar nih, berangan penah jumpa owen?!)
: Mun... (diam!!!!!)

Kata kakak-kakak?
: Jangan nak berangan, hak milik kakak-kakak, cop sirim di dahi (wek, lebehhhh)
: Try la kalau nak rasa penangan aku (kuku kaki aku tak nak try?!...)
: My man, coz very d cute.. n caring ( ambikla, tak hingin, seposen pun tak nak beli)<------- muka cuak!

Perang minda akan bermula. walaupun penceritaannya tidak divisualkan dengan jelas, namun saat-saat genting yang hening dan penuh dramatik tertanam dalam setiap hati mereka. Tekanan yang melanda disamping hati-hati yang telah dicuit menambahkan muka kencang di ruang menimba ilmu. Kakak-kakak tidak ingin mengalah, minah-minah mula mengatur strategi, dan yang pasti mamat-mamat masih tertinggal jauh di belakang. 

Yeahhhh!!!!!

Di satu malam yang menyeramkan, hati girang tidak terkata apabila target sudah mula terjerat dengan mata dan senyuman si cinta. Hanya tiga perkataan. dalam dua pesanan ringkas "terpikat dengan mata", "terpikat dengan senyuman"--------> tindak balas harus dicepatkan, maka kuku jari retak saban malam, Telinga lebam di pagi hari. Namun 'Shy-shy cat' ada dalam diri. 

Pesanan ringkas disulami dengan talking-talking bersama pencinta, hari dilalui dengan harapan. harapan terjumpa di ruang ilmu, terserempak di laluan, senyuman dari si pencinta dari jauh didambakan saban hari. Namun, di kala terjumpa, terserempak, keegoan mengatasi kemahuan ------->(buat-buat tak kenal, tak nampak sangat terhegeh-hegeh) Di sudut dia, mata sering meliar mencari kedudukan target. Bila mata bertembung, cepat mata itu lari mencari sesuatu yang lain--------> (dalam hati gelabah tidak terkira)<---

Kata Dia? :
Diam.. (mata melirik handphone)
Mengeluh... (mula menekan keypad, ayat yang berjela-jela)
Mengeluh lagi... (menekan 'clear text')
Hishhhhhhh... (mencampak handphone di katil... Aku nak tido! jangan kacau lepas nih)
HUH!!!!!!

Grrrrrrr!!!

Kata kawan Dia? :
Becinta ek (pipi merah, panas, blushing... hakhakhak)
Nway, jumpa atau anda akan terus begini... (Hmmm)

Hari ini adalah hari dalam sejarah. pertama kali dia? mengajak @ bukan diajak. cool... cool... 30 menit lagi, lagu dangdut itu bersarang di minda... mata terus melirik handphone di tangan...

###################################

'Rule of third' Membelakangi Looking Room : Framing cinta Diagonal (iii)



Rule of third : Jauh dari kebiasaan, mempunyai maksud yang penuh isi. Perjalanan cerita yang tidak mengendahkan naratifnya cinta sebiasa, mendukung cara cinta yang penuh persoalan, yang harus diungkap dengan daya fikir sedalam dalamnya potensi fikir.

Diagonal : kerana bentuk dan perjalanan yang lain dari yang lain. Penuh gaya yang experimental dan berseni dalam bercinta. Itu pendapat si pencinta. Si cinta pula berjalan penuh biasa namun sentiasa tidak berdepan dengan dunia nyata, hasil pembawaan cinta experimental si pencinta.


Kata Aku :
: Bagaimana?, Apa?, Haruskah???...
: Sesak berkeliaran dalam jiwa (muka pucat, mata hitam sentiasa mencari target, 'dag dig dug', wajah cuak tidak terkira, kolar leher lencun dek peluh, bahagian lengan penuh penuh garis2 hitam, kontras dengan basahan peluh)...
: Aku tetap aku yang penuh drastik, luas daya pikir (5 minit lagi.. shitttt!)
: Selalu berada di persimpangan, kiri ataupun kanan (common otak!... help me plz...)
: Kiri mati, kanan 'go on', kadang kepala bertindak waras di saat genting (tangan mencapai nokia 3310)
: Benci, kadangkala kita perlu dibenci (Mula menekan keypad...)
: Sayang, aku tetap aku, selalu menolak sayang (send.....)
: Yang pasti konklusi ada dalam diri...

Si cinta penuh riang menanti waktu. Hanya berbekalkan mata dan senyuman manis, si cinta yakin ia lebih dari mencukupi. Namun tangan sentiasa merapi penyeri, pilihannya untuk si pencinta kali pertama adalah baby-T grey si tikus Mickey... Levi's season jadi pelengkap..


Kata dia :
: Tak terkata... (dag dig dug di dalam hati)
: Senyum... (3minit lagi..yes! msg si pencinta)
: Tawar... (membaca text msg di dalam hati... berulang kali... "sory, aku ada class")
: Senyum tawar, sinis, dan tiada maksud .. (its up to you! 1st time dengar profesor rajin wat class hari minggu..)

Hujan turun dengan lebat... kilat dan guruh saling bertukar wajah di dada langit.. (perghhhhh effect mengalahkan drama korea, jangan percaya... just mengarut untuk mewarnakan cerita... hakhakhak, effect-efect segala)

Hari-hari berlalu tanpa retakan di kuku, lebam-lebam di telinga dan pipi... suram tanpa cerita-cerita hangat di text message ataupun di talian udara....

###########################################

Naratif bersahaja menkonklusi sub pengenalan si cinta dan pencinta... 'point of view' tanda-tanda cinta (iv)

1. Jelingan tak betah, 'Blushing' yang lekat..


Kata orang, kalau suka jeling, kalau minat lirik, dan kalu cinta tatap. Permulaan bagi mereka-mereka yang sudah berkemampuan untuk merasa cinta. Sudah tentu merasa dijeling itu satu kebanggaan, apa lagi yang menjeling itu si cantik indah menawan bagi teruna, dan si dara, jelingan si kacak tetap dinanti walaupun tidak jelas tervisual di wajah. Jelingan hanya sekali, dan apabila berkali ia sudah mencapai tahap lirikan. lirikan akan membawa cuitan di hati, mula datangnya suka dan mencipta perasan 'jatuh hati' pada si target. Rasa ingin melirik berkali-kali apabila target sudah mampu menguasai perasaan si pembidik. Dan ketika ini, penyakit malu-malu kucing akan terjangkit pada dua insan. Si pembidik mengucing, si target akan malu-malu, atau si target melirik si pembidik 'blushing'. Ini adalah normal apabila mula ingin bercinta. 
Namun perkara tidak normal berlaku jika pada ketika itu juga dua insan ini sudah berani untuk menatap. Tatapan pada jangka waktu yang lama. Tiada perasaan malu ataupun rasa tidak senang. Hanya berbekalkan alasan 'lelaki gentleman' atau 'wanita kota',kononnya langsung tidak mengenal malu. Pada pendapat di sudut aku, anda berdua tidak akan sampai di puncak cinta.

Di sudut si Pencinta :

Matanya bercahaya, senyumannya mencairkan...
Duniaku terang dengan suasana, yang dulunya kelam tanpa lakaran...
Bezanya kini, hatiku hanya satu, rasaku menjadi satu, dan pergerakan lemah mungkin sebab satu...
Dalam pembayangan hanya lirikan dan manis senyumnya...
Dan aku yang sentiasa berada di sebelahku menyimpul persolan...
Lirikan itu melirik mataku atau mata-mata di sebelahku?
Senyuman itu untuk mencairkan hatiku atau hanya memintaku mencipta satu perasaan?

Aku sudah merasa kosong...

Dan Aku di sebelahku sudah merasa sangsi...

Adakah aku berada di dunia Aku atau hanya berperasaan di dunia kita???


Di sudut si Cinta : 
: Taula senior tapi jangan la nak over sangat! ( tapi tengah control, ratu senyuman manis yang dipegang sejak di sekolah harus ku bawa ke manara gading ini)
: Abang ensem konon, perangai macam setan! Nak ngorat la tuh! Agi idup agi ngalaban----> elakkan dari pencairan (pergh tak ensem tapi penuh karisma, karisma kapoor tol la)
: Apa paandang-pandang! cocok mata hitam tue kang, baru tau hujan tue basah ka tidak (matanya menusuk kalbu... ya tuhan, kebalkan hatiku)
: Joker!!! kalu Batman tak per la jugak.. Senyum macam kambing! (Manisnya senyuman itu... jangan kalah... senyumanku lagi menawan)
: Tak hingin lah! penjahat! kontrol cool la tuh! wek! (Lain dari yang lain, over tak over, sedap mata memandang... Jap! Aku the miss smile, jangan kalah!)


2. Perlakuan yang sedikit menimbulkan rasa menyampah <------- bagi mereka yang perasan



Berlaku di atas daya tindak balas ingin memperkenalkan diri secara tidak formal. Dengan maksud yang sering diguna pakai sekarang, 'over acting'. kadang mengalahkan Brad pitt bagi si teruna dan Liyana Jasmey bagi si dara. Perkara ini tidak disengajakan, tidak diskripkan dan tidak diarahkan oleh hati. Dalam bahasa sainsnya, medula oblomgata dalam otak memberi tindak balas secara mengejut atau refleksi di atas tekanan atau pembawaan cinta yang baru bergetar secara rawak di dalam hati. Cuma hanya bertujuan untuk mempersembahkan diri supaya dapat memikat dara atau teruna yang mencuit hati.

Kata kawan si Pencinta : 
: Mamat nih sangat mencurigakan jiwa raga. hati siapa hendak dicuri?...
: Kelakuan nampak biasa, namun bertambah perasa hari ini. Siapakan insan yang hendak merasa?.. 
: Wahai la burung, terbanglah tinggi-tinggi, senapang gajah tengah nak 'm'...
: Zoom in si kawan.. cari sharpnya kawan, kalau blur memanjang, alamat fail lagilah...

Kata kawan si Cinta :
: Wei, tak penah nampak senyuman semanis itu, bubuh la gula banyak-banyak minah oi...lerrr
: Asal plak minah nie.. cacing pun tak panas macam nie.. lerrrr..
: Pergerakan terlebih ayu dari biasa... lerrr
: senyum... blushing... senyum.. blushing

Kata si Pencinta dan si Cinta :
: Berusaha melakukan yang terbaik ... (hish... Tak pandang pown... Sia-sia wat lawak bodoh)
: Berusaha untuk menonjol... (hek'elleh... tak pandang kita... macam la nak pandang dia sangat)
: Berusaha untuk lebih rapat... (wek... dia tak nak... kita tak hingin!)
: Berusaha untuk menyapa... (Cehhh..mahal sangat suara tue.. kalah Broery marantika kot.. Kita lagi mahal.. semahal penyanyi aspalela) 

3. Kawan-kawan  berpakat dengan ahli keluarga mangsa hendak mengisi borang sakit mental untuk mereka



Pada tahap ini anda akan menjadi perbualan hangat di sekeliling anda. Rakan-rakan anda tidak akan peduli dengan cerita panas dan terjahan melodi ataupun jaringan tercantik Cristiano Ronaldo yang menyebabkan Messi gigit jari kerana tidak mendapat kasut emas musim ini. Namun mereka hanya membiarkan kerana mereka takut anda akan mencederakan mereka jika anda betul-betul pembawa virus mental yang kronik.

Begitu juga halnya dengan si pencinta dan si cinta. Senyuman manis yang tidak lekang di wajah sangat mencurigakan teman-teman. Hinggakan sampai ke tahap bercerita dan ketawa sendiri secara spontan. Bait-bait lagu yang dinyanyikan hanyalah pada part corus yang menceritakan kekuatan cinta pada lagu tersebut. kadang rakan-rakan menjadi mangsa bercerita dengan dinding kerana si Pencinta ataupun si Cinta sedang mengarang puisi dalam fantasi mereka.  

Kata si Pencinta: 
: mata melihat hati memerhati
: keindahan membukti hebatnya pencipta
: kadang alpa dan selalu terkasima, bila keindahan itu akan datang menjengukku
: hari-hari penuh mati sentiasa menanti, terbalam siksa dalam hati
: kamu ada dikala semua dipersoal, mengharap terus memberi ruang
: yang pasti aku tetap aku yang sentiasa mencoba dalam situasi bertanya
: Pengharapan dalam perjalanan walaupun kadang membelakang. 

Kata si Cinta :
: senyuman indah penuh warna mencipta rasa
: indah kala wajah mencuka, warna kala lakaran dihina
: kamu pencinta memberi rasa ingin bercinta
: aku dambakan suasana itu
: aku harapkan keadaan itu
: beri kita ruang, beri kita waktu
: untuk sama merasa hadirnya cinta.


4. Menjadi pelakon tidak berbayar untuk iklan telefon (sangat berkaitan dengan keretakan kuku)

Di sini iklan bermaksud sentiasa mempromosi telefon bimbit dengan memegang telefon itu walau berada di mana sahaja. Model atau kecantikan telefon itu tidak menjadi masalah kepada si pelakon tadi. Walaupun sekeliling memerhati dan mengatakan ayat-ayat yang 'kureng' sedap untuk dihadapi oleh cuping telinga.
 ----> (muka berubah pucat, hati dag dig dug.. 5 saat kemudian, senyuman tersimpul)<---- berlaku apabila telefon bergetar atau berbunyi. Kadang mereka akan menyembunyikan tabiat ini di hadapan teman-teman, namun perkara itu akan 'terkantoi' juga akibat dari ke'exited'an mereka semasa menerima pesanan ringkas.



Si pencinta dan si cinta juga begitu. Si pencinta sangat mengagungkan nokia 3310 kepunyaannya walaupun pemerhati tersenyum senget di hati. kemana sahaja telefon itu menjadi sedarah sehati si pencinta. kemungkinan dalam hati, dia tidak akan terlepas pandang pesanan ringkas dari si cinta. Ataupun dia sangat tertunggu-tunggu  pesanan ringkas dari si cinta menyebabkan skrin telefon sangat 'fed up' berdepan dengan mata si pencinta.

Kata hati sekeliling :
: perghhh... nokia 3310, mesti power ahaksss (si pencinta dengan slumber menatap skrin telefonnya)
: Mamat nih.. kalah Rosyam Nor dengan iklan Ali cafenya.. hishhh makan telefon tuh.. (napa dia tak msg nih.. hek elleh, nak wa msg dulu la tuh.. kim salam cinta jak lah..)
: Adek nak pinjam nfon kakak eh, leh ambik gambar muka ketat tuh...hikhikhik (siallllll.. oh cinta jahatnya dikau)
: Nasib abang bawak bus nih dek, kalu tak abang pon nak hancurkan nfon abang nih... sian aku tengok... ( lupakan, namun wajah masih mencuka)

Si cinta pula masih dalam pengharapan. menunggu satu ayat di pesanan ringkas tuh, macam menunggu bulan bertukar matahari. wajah yang penuh mengharap, walaupun ceria pada luaran. Ceeria yang penuh kepalsuan.

Kata kakak jiran sebelah bilik : 
: Dek meletup fon tue nanti dek... Ptptn lambat lagi nak kuar (cinta senyum, dalam hati "menyibuk jak kakak nih. sukati sepupu kucing mak saya la kak")
: Adik tunggu msg sapa tue, boypren eh?~ ("ceh ke ceceh, lebih-lebih plak menyibuknya" tapi muka senyum dan menggeleng ke arah kakak)
: Boyfren adek ensem ek ?~ (tak delah kak, adik masih hak milik ayah adik.. "ku hentak juga kuku kakak nie nanti")

Yang pasti, keegoan mengatasi kehendak.

5. Skema (sangat berkaitan dengan lebam-lebam di telinga)

Pada peringkat awal bercinta, brutal macam mana pun anda, anda akan berubah skema pada situasi tertentu. Ini membawa maksud bersahaja iaitu anda akan menepati masa tidur iaitu sebelum pukul 12 malam seperti yang disaran oleh ibu bapa semenjak kecil, dan juga jabatan kesihatan Malaysia. Namun, itu hanya mata kasar mereka yang berdekatan anda sahaja. Sesungguhnya dalam kegelapan bilik yanh kelam dan sedikit seram, kedengaran suara-suara manja dan juga hilai tawa yang sungguh menyeramkan. (menyeramkan la sangat.. ceh kececeh)



Dalam gelap hanya kedengaran suara :
: vo lelaki : Mata itu menawan.. perghh
: vo wanita : korekla, bawak balik bilik
: vo lelaki : naknaknak.. nak sangat-sangat
: vo wanita : Saya nak guna apa.. Biji mata kucing?..wek
: vo lelaki : tak yah pakai bijik mata.. amacam???.....
.............................

Stop! no more for sekodeng-skodeng, tersaangat la hina di pandangan orang yang bercinta.. so, biarlah mereka dengan bilik gelap mereka....

p/s: VO = voice over (untuk orang-orang filem)

Hari-hari berpanjangan dengan cara percintaan mereka. Si pencinta penuh dengan kehendak, si cinta penuh rasa ego, atau kedua-duanya 'sama dengan jerrr'...
Yang menjadi kerisauan kepada ibu bapa ialah apabila menelefon anak tercinta mereka, asyik kak minah operator tue yang menjual suara. Asal menghantar pesanan ringkas,  sepatah haram pun tidak berbalas. Tapi setiap hari merengek "nak topup bah", "nak topup mie"

Terdapat beberapa lagi kesan-kesan yang dikesan kepada mereka yang baru belajar mengenal cinta. Namun 5 item di atas adalah virus-virus yang dapat dikesan daripada si pencinta dan si cinta. 

###########################################

'Eye Level' Aku, Saya Dan Kamu, 'Over The Shoulder' Si Cinta Dan Pencinta...(v)

EYE LEVEL

Eye Level, dalam bahasa si tukang tembak adalah shot yang setara dengan subjek. Shot begini juga membawa maksud yang berlainan (ikut pemahaman aku):-
: Dalam maksud si pembuat filem, shot ini membawa maksud klise, berada di dunia realiti dan penyampaian tanpa ada maksud.
: Dalam maksud si pencerita-pencerita, "kamu, saya dan aku sama-sama akan merasa".
: Dalam maksud kisah cerita si cinta dan pencinta, keduanya membawa watak berbeza, namun kepala dan hati sama-dengan jer kerasnya. 

OTS


Over The Shoulder, shot berada di bahu atau lengan 'reverse' kepada subjek. 'reverse' adalah siapa atau apa sahaja yang bereaksi dan membalas reaksi si subjek. Juga berdialog dengan si subjek. 
: hanyalah teknik kamera yang menunjukkan reaksi antara subjek. 
: Dalam bahasa si pencerita-pencerita, kita sama-sama merasa berat apabila terlihat.
: Dalam bahasa si cinta dan pencinta, bila sama keras, bersama juga merasa bebannya..  

Eye Level:
Berlumba Menjadi Terhebat

Keegoan berlaku selalunya apabila seseorang tidak ingin merasa rendah diri dengan orang lain. Berlaku di mana-mana, kadang tanpa disedari dan selalunya 'buat-buat' tak sedar. Di dalam percintaan selalunya berlaku hanyalah untuk menduga hati pasangan. kononya tidak ingin dikatakan melebih atau terhegeh-hegeh cinta kepada pasangan. Namun maksud yang lebih popular tentang "EGO" ini berlaku pada pasangan yang baru mula untuk bercinta (engine lom panazz lah katakan). Mereka tidak akan menvisualkan seadanya diri mereka kepada pasangan demi mengelakkan dipermainkan oleh pasangan yang baru dikenali. Ini membawa maksud, si lelaki atau si wanita itu tidak ingin untuk difahami wataknya, lebih-lebih lagi kelemahannya. Kononya jika si pasangan mengenali 100 persen wataknya maka kelemahannya akan diketahui juga, dan apabila kelemahannya sudah dikenal pasti, maka "pendapat mereka", si wanita atau si lelaki yang menjadi lawan cintanya kan mengambil kesempatan. "pendapat mereka" juga, cinta sejati tidak akan terserlah, dan cinta itu lebih kepada satu permainan kehidupan. 

Kita Serupa : Aku, Saya Dan Kamu Sama Dengan Jer..


Pendapat aku dengan beberapa persoalan : 
: Bagaimana hendak mencapai cinta sejati jika kedua-duanya ego?
: Bagaimana hendak mencapai cinta sejati jika kedua-duanya mengelak dikenali?
: Bagaimana hendak mencapai cinta sejati jika saling tidak memahami pasangan masing-masing?
: Bagaimana hendak mencapai cinta sejati jika si pasangan hanya mengenali anda sebagai orang lain dalam diri anda?
: Bagaimana hendak mencapai cinta sejati jika penipuan sering bersarang dalam kamar percintaan walaupun penipuan itu hanyalah berkait rapat dengan kerasnya hati, kerasnya kepala dan kerasnya pembawaan?
: Siapa hendak dipersalahkan?

Jawapan aku untuk persoalan aku sendiri : Jangan salahkan ibu mengandung kerana ayah yang merangka plan... Jangan salahkan dunia yang kejam, sebab manusia lebih kejam... (best jak jawapan)

Over The Shoulder:

Aku Cinta.. Tapi...


Begitulah juga berlaku antara si cinta dan cinta. Ayat yang power untuk mereka, "keegoan mengatasi kehendak, kerasnya kepala mengatasi cairnya minda, kerasnya hati mengatasi perasaan minta dipuji @ mintak pujik untuk sabahans".
Si cinta mahupun pencinta selalu mengelak bila diri mereka dikatakan 'keegoan terserlah' atau 'keegoan terlampau' dari teman-teman. Menafi dengan penuh rasa penafian apabila terjerat dengan suasana begitu. Namun aku dari sudut aku terus memerhati apabila terperasan beberapa perkara yang boleh menyebabkan si cinta dan si pencinta disabitkan kesalahan tentang keegoan. 

1. Kata penuh kesat, hati sayang-sayang

(part i, ii, iii ,iv)...... Hari-hari berlalu dengan simple, masa berjalan dengan bersahaja, dan waktu bergerak dengan 'style low'. Keretakan kuku semakin sembuh apabila tidak terlalu dibebani oleh perkara-perkara yang menyebabkan keretakan kuku setelah kejadian kuliah di hari minggu. Kuliah di hari minggu juga menyebabkan  lebam di telinga tidak lagi berwarna unggu, sudah menvisualkan warna merah-merah jambu seperti baby. 
Pada hari ceria di waktu senggang, Pesanan ringkas dari si pencinta mematikan lamunan si cinta.

Kata pesanan ringkas : (kata hati si cinta)
: Pencinta: Hye..
(masih hidup pun.. ingat dah mati kena langgar todak.. hishhh)
: Pencinta: jahatnyer.. tak reply dosa..
(ceh.. tak hingin!)
: Pencinta: ok. selamat petang.
(Ceh 2x tak hingin)
... Selang 5 minit... cinta melihat skrin telefon...
... Selang 10 mint... cinta melihat telefonnya lagi...
... Selang 20 minit... cinta melihat telefonnya lagi..
... Selang 30 minit.. Cinta mencampak telefonnya di katil.. juga menghumban wajahnya sekali ke katil...
(Arghhhhh... Tak ikhlas betul... Piiirahhh! Tak hingin!)
(ish...)
... selang 60 minit... cinta memerhati telefonnya dari jauh...
... Selang 90 minit... cinta mencapai telefonnya, menekan button OFF!
... Selang 91.30 minit.. cinta mencapai telefonnya lagi, meng'ON' telefonnya
(hish hish hish.....)

Hari-hari berlalu dengan simple, masa berjalan dengan bersahaja, dan waktu bergerak dengan 'style low'. Matanya tetap mengharap wajah itu hadir. Hatinya berharap hati itu bersarang dihatinya. Perlakuan yang tidak berapa sempurna sejak kebelakangan ini meyebabkan sekeliling sangat berani untuk mengatakan bahawa tidak menggemari kehidupan si pencinta lagi. Namun minda dan hati si pencinta tetap mengarang puisi untuk menstabilkan diri di dunia nyata.

Kata Pencinta : 
Bagaiman hendak merasa jika aku tidak terkata...
Haruskah ada tembok jika air bah deras dan laju.. 
Kata hati hendak mencari..
Kata rasa hendak menyapa...
Kata minda hendak cinta...
Menjauhnya cinta hitam dan kelam menjadi teman..
Hilangnya cinta hidup layu tanpa sedar...
Mencari, hati tetap kalah dengan tembok..
Menyapa, Rasa tidak terlawan dengan tembok..
Cinta, Mindaku dihalang oleh tembok..
Cinta... Sesudah sedar aku tetap ingin cinta..
Rindu... Sesudah bangun rindu menjadi-jadi..

Kata member : (di hati pencinta)
: Wei mat.. msg tuh.. (Biar, dunia tidak gelap tanpamue.. ceh)
: Hantu! bisinglah.. angkatlah.. (jangan ku diganggu ceh)
... Member mencapai telefon terus mematikan nokia 3310 itu..
: Aman!.. (sial)
... Si pencinta yang sangat mencintai 3310nya mencapai dan mengaktifkannya semula..
... 60 minit dilalui hanya dengan memegang 3310 itu.. HANYA memerhati penuh MINAT... 

2. Mata tak hendak, Hati lirik-lirik

Cinta harus ditinggal demi masa hadapan (dalam hati ceh...). Perjalanan di ruang ilmu penuh dengan bayangan si pencinta. langkah sealiran dengan denyutan nadi yang sentiasa mengharap pertemuan dengan si pencinta. Teman di sisi senang menjadi teman ingin bercerita.

Kata Teman : (kata hati si cinta)
: Macam mana nie.. tak paham langsung dengan lecturer tuh. (harap dia ada di ruang ilmu)
: Nak itu, nak ini tapi haram nak bg info. (control...control..)
: Nak sumber dari buku... internet tak main, tp bila tanya tajuk buku, geram, simple dia jawab "ada mata pandang, Ada hati cari". (Kalaulah terjumpa.. seram.. Hmmm)
: Hek elleh minah nie, baik aku jalan sorang tadi.. (senyum..)

Di ruang ilmu, sekeliling penuh dengan pelajar-pelajar yang penuh wawasan (tidak semua). Si pencinta jauh di sudut yang terbelakang. 

Kata si Cinta : (kata hati Pencinta)
: Asal dia ada dekat kelas nie.. sangkut la tuh (mesti budak junior nie pikir wa sangkut, wa ambik pelengkapla la.. bangang!)
: Hensemnya, hish jangan tengok.. cover up (hai la cinta.. ko tak pandang wa lagi tak nak tengok)
: Sapa suruh jahat sangat, macam la kita nie tehegeh-hegeh dengan keensemannya itu.. tp hati nak tengok.. (perghh.. ayunya.. santek.. tapi lelaki jangan kalah ok)
... kedua-duanya terpandang secara tidak sengaja...
: Dui.. Blushing2.. (pergh.. Sial!)

3. Muka kencang, Hati cair bubur

Sesi Pengkuliahan berlalu dengan simple, Nota-nota sebagai rujukan telah dicatat dengan bersahaja, teguran-teguran ikhlas dari Tuan Pensyarah didengar secara 'Style low'. Yang pasti dan nyata hati tidak serupa dikata. Penasaran di mana-mana. Si pencinta tetap menunggu di sudut ruang ilmu itu. Si cinta melambatkan pergerakan. Tidak seperti biasa berkejaran untuk mengejar ilmu. 

Kata Pencinta :
: Nak tunggu ka tidak.. 
: Asal minah nie lambat sangat. ~Dag Dig Dug~
: Hek elleh, macam mak datin.. 

Si cinta berdiri dan hendak berlalu pergi. Mata terpandang si Pencinta yang duduk di sudut ruang kuliah..

Kata cinta :
: Tunggu aku latuh.. Ahaks, perasan..
: Asal dia duduk kat situ, nak keluar macam mana..
... Cinta melangkah dengan berat menuju ke pintu, Si pencinta tetap tunduk tanpa kata..
: Tak tegur kita pun..
: Tak pandang kita pun.
: pangil la.. serula namaku... hishhhhh
: Sory, Tuan-tuan dan puan-puan okey.. Takdernya istilah ladies and gentle man.. Sory..
... Cinta berlalu tanpa kata dari pencinta

Kata Pencinta : 
: Mat-Mat, Muka jer ganas, nak tegur minah pun hancusss...
... Hanya memandang belakang si cinta berlalu pergi...
... Lama dan penuh perhatian..
... Selangkah... Ayu dan lembut..
... 2 langkah... sexy yo!...
... 3 langkah.. Terkejut!... terdiam!.. Tanpa kata!...
: Malunya.. kenapa tak bagi signal nak pandang sini..
: Hish malu-malu... hek elleh..

Luahan Si Cinta :
Ada suara sapa, ada rasa tegur, ada cinta sua... 
Cinta datang bila suka...
Cinta pergi bila benci..
Aku bukan pembenci..
Aku bukan suka-suka..
Aku juga rasa apa yang di rasa...

Kata hati mereka hanya tetap di hati.. kata rasa mereka hanya pada rasa.. kosong pada kata-kata.

##################################

'Flash Back' Sebelum Mengenal Cinta (vi)

:Flash Back

Kebanyakan sudah mengerti apa itu 'flash back'. Dalam persembahan cerita bergerak yakni filem, proses mengingat semula ini digunakan untuk merungkai setiap permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan dalam naratif cerita yang difilemkan. Persembahan 'flash back' ini diterjemahkan melalui proses penyuntingan. Tukang sunting di atas arahan pengarah akan 'tega' untuk menunggang terbalikkan sebuah cerita yang lurus demi mencapai hasrat dan kepuasan idea cerita mereka. Ini dinamakan sebagai 'pararel editing'. Susunan skrip akan diperkuatkan lagi dengan cara begini demi mencipta teka-teki daripada plot dan sub plot penceritaan.
: Walaupun banyak mengatakan  proses ini adalah biasa, namun ia kerap digunakan oleh pembikin-pembikin filem seluruh dunia. Jadi 'wa' berpendapat, ini bukanlah satu item yang biasa tetapi tersangat luar biasa. Ini kerana cara ini sudah menjadi darah daging dalam sebuah filem, kalau hendak diumpamakan, 'wa' contohkan begini, umpama tanduk diperlukan kerbau, bila hilangnya tanduk, jadilah kerbau pondan. Anggap lebih kurangla maksudnya. Walaupun skala yang menggunakan cara ini berkadar kecil, tetapi ia sangat popular jika ingin 'mensabotaj' minda-minda penonton. Pembikin filem sudah tentu tidak akan memudahkan penonton untuk memahami cerita mereka dengan mudah @ menyuap lauk di mulut penonton. Dengan maksud lain pembikin cerita akan memberi jala dan pukat atau yang seangkatan dengannya untuk penonton mencari lauk sendiri di laut mahupun daratan (hanya sebuah karutan).
: Masaalahnya 'wa' bercerita tentang industri filem luar negara. Nak cerita industri filem Malaysia, jangan! nanti 'wa' kena gam. Cukuplah jika 'wa' katakan filem Malaysia yang 'Terbaik'. Tak tenat. Simple bersahaja. Indah wajah dari kisah (thumbs up, wanita malaysia santek-santek bah.. Kata brother sabah.). Orang malaysia tidak perlu berfikir. Cukupla jika menjadi monyet di panggung atau di hadapan peti televisyen  : [sedikit sebanyak mengenai Flash Back]

Si Pencinta :
: Gambar tanpa maksud. Di cedok dari ruang maya


Hidupnya terlalu simple hinggakan seorang daripada rakan terbaiknya mengatakan "emak ko mesti senyum polos jer time pancut engko keluar". Dalam hati si pencinta, penuh dengan telinga bertitik yakni tanda soal. pujian kah itu? Permainan kata ka itu? Sindiran penuh bisa ka itu?.. Hatinya selalu bangga bila orang mengatakan wajahnya penuh kekosongan, langsung tidak mempunyai perasaan. (dalam hati, muka nie ada perasaan ka?). Cess, pandang wajah sendiri dulu, baru nilai wajah member, penuh jerawat adalah. Itulah si Pencinta, sentiasa bermain dengan hati.

: Contoh permainan hati si Pencinta (skema)

i. Hati kuat untuk mengatakan '3 low'  ada pada dirinya.. (sedikit berangan)  

Low Profile... Low Budget... Style Low

Hidup yang bersahaja tanpa banyak tanya dengan jalan yang berliku. kehidupan yang sedikit susah mematangkan dia untuk tidak terlalu yakin untuk berada di atas. Sudah sempurna bagi dirinya apabila mempunyai teman dan pelajaran. Bukan dirinya jika terlalu mengejar populariti ataupun kebanggaan sementara dunia.

Kata Teman : (kata hati pencinta)
... Bila cerita tentang masa hadapan...
:Bro, kalau wa, wa nak kerja kena gaji up 10 k.. (Nak cari keja gomen tentu payah nak masuk)
... Bila cerita di jalan raya, tengah nek van sapu...
: Bro semalam wa mimpi bawak city la bro... (nak cari selipar Jepun yang tahan. warranty sampai mati)
... Bila cerita tentang fesyen...
: Sial, special edition 501. Asal wa terangkat cikai-cikai nih... (harus menjaga kesihatan diri. makan biar kurang, tak makan tak pe..asal mantain pinggang 42)
... Bila cerita tentang telefon tangan...
: Nak pilih yang mana?, BB o I Phone o N series .. ?... (3310 duniaku duniamu. haprak tapi penuh isi)

Dan kedengaran bebelan-bebelan dari kiri dan kanan mengatakan si Pencita berada di takuk yang lama. (senyum. wajah tetap kosong). Ramai menyifatkan si pencinta ini seorang yang jauh ketinggalan zaman. (wajah tetap kosong). Aku sendiri benci sebencinya melihat wajah itu. Sial!

Kata Pencinta :

: Berjalan di susur yang penuh kacau...
: Rasa dilambung badai beralun bilau...
: Hati terpercik renjisan sasau...
: Adakah indra terpanca dek suasana...
: Adakah fiziknya anggota menerima mesra...
: Adakah kalisnya iman tertangkis dek sengsara..

: Luarnya simple senyum bersahaja...
: Dalamnya rawak tidak keruan..
: Menunduk melutut bersujud penyembuh perit, peneman duka, penceria malap...
: Simpang tanpa petunjuk, hadapan jadi belakang, tepi bergerak ke sisi.. 

: Ibu kota sengsara...
: Kotanya indah dengan perjalanan cerita...
: Desas desus maha hebat menggamit sang pengembara untuk merasa
: Hebatnya tidak terkata menutup kata2 bila sudah merasa...
: Di kiri, nyanyian dan gempita merangsang untuk terus berdiri lemah, untuk terus longlai dalam arus...
: Di kanan masih terus mencipta tekanan, mencipta jalan, mencipta kehidupan..

: Berjalan dalam mimpi... 
: Khayalan mengisi ruang resah...
: Memanggil ceria walaupun ilusi...
: Bersorak senyap yang pasti hanya dalam diri...
: Menggamit suasana yang menjauh untuk tercipta...
: Hanya mimpi menolak derita, hanya mimpi menutup sengsara, hanya mimpi mendustai wajah...
: Akhirnya mimpi memandu menjelajah realiti...

: Jiwa memandang hanya sirna sempurna alam fana...
: Cantiknya taman di mata kononnya si pencinta...
: Tompok koyak rabak terhias luka bernanah rapi diselimuti kepalsuan...
: Akan terhapuskah hipokrit, akan hilangkah dusta dan tertanamkah mazmunah sekelian alam...
: Si pencinta tetap akan mencinta dgn hati penuh meminta...

: Walaupun di mata ada kabur terserlah kegelapan..
: Kadang masa terhenti dalam hati inginkan nanti dan nanti dan nanti...
: Terhenyak sang pemikir berkritis mencoret putis yang semuanya membelakangkan persis...
: Di atas dia di tepi dia di bawah dia di belakang juga dia..
: Dan aku terperosok dalam aku dengan susuk yg juga aku...
[AmkaNsem]

: Kata hati yang selalu mengelak untuk mengatakan dia hebat, yang di luar sana En. Polan Bin Polan bersama YB Tanpa Nama bersatu memegah diri tanpa ada rasa malu (bila lu orang mau pulang wa punya DSLR.. Megah sana, megah sini...esok2 mamat jiwa kacau nie juga lu orang kacau). Itulah si pencinta bila berkritis mengenai hati. Penuh rasa tanggungan dan perasaan was-was untuk sama membesarkan hati.
: Juga tanpa maksud. juga dicedok dari ruang maya
ii. Hati kata wanita itu asid.

: Ini selalu berlaku pada mereka yang kecundang pada cinta. Bagi lelaki yang kecewa kerana cinta akibat dipermainkan oleh wanita, mereka memepunyai ribuan caci maki untuk wanita. wanita itu, wanita ini dan wanita begitu yang berkesimpulan wanita  adalah SHITTT!!!.. Bukan wa kata, mereka yang kata. Wanita adalah anugerah tuhan yang dinilai dan ternilai bagi wa as Aku Aku Aku Sang Pencinta @ Aku?.
: Si pencinta juga kata Wanita itu asid. Wanita itu racun. Wanita itu H1N1. Sangat menghairankan wa kerana si pencinta itu tidak pernah merasa apa itu cinta, kalu terasa pun mungkin hanya dalam hati atau dengan mudah wa sebut si pencinta sepi. Penakut nak mampus. Pemalu nak mati. Bila perkataan mampus dan mati itu keluar, baru wa paham si pencinta sangat takut akan wanita.
:- Bukti si Pencinta takut dengan minah

Kata " kalau tiada ribut, takkan pokok boleh "begoyang" yang terkumpul : (kata  pencinta)
: Asal muka lu pucat mat. Baru jer minah tue hai. H.A.I. hanya 3 perkataan.  (Bukan pucat seram)
: Hek elleh, sian minah tue, dia ckp ngan awak, asal awak cakap dengan dinding. (Dinding pun ada mata)
: Dia ajak jalan saing, asal awak belakang dua langkah. Tengok bontot ek, advance! (Bontot dia lebih lawa dari rupa)
: Minah tue Kol, kenapa lu tutup telinga. Off jerlah. (Apa fungsi nfon kalu tak berbunyi)

Sial jak jawapan kan !!!!.

iii. Hati kata indah. Luarnya debu-debu berterbangan. Ahakss.. (Budget ayat lawa)

Mindanya selalu berkritis, hatinya berpuitis mengarang cerita panjang lebar, di definasikan di jari namun, yang terhasil di mulut  hanyalah seranah-seranah kosong yang kembali ke hati.
Cth: (skema la plak)

Kata minda :
: Wanita itu cantik. Cantik untuk ditatap oleh sang pria.
Turun ke hati :
: Indah rupanya, lembut lenggoknya, manis perwatakan, menawan hati pencinta.
Terhasil Di jari :
: Mata penuh lirik.. lenggang di tatap, lenggok diperhati, wajah terlukis di hati.
Terkata di suara:
: Kalaulah...... (diam)


#########################################

Perspektif Dua Jiwa (vii)

Apa Itu Perspektif :
Satu gaya shot yang menggunakan elemen garisan dan ruang yang terbentuk oleh dua titik. Terdapat dua cara iaitu perspektif ruang tengah dan perspektif ruang sudut. Untuk perspektif ruang tengah, kedua titik haruslah diambil selari berhadapan dengan kamera supaya membentuk saiz ruang yang berbeza. Dan untuk perspektif ruang sudut, ruang titik belakang lebih besar berbanding titik hadapan. Contoh photo yang menggunakan elemen perspektif adalah seperti di bawah :-
Perspektif Ruang Sudut

Perspektif Ruang Tengah

: Perspektif ini akan 'mendistort' sesuatu subjek atau bahasa mudahnya mengecil benda yang besar, memendekkan benda yang panjang dan mendekatkan benda yang jauh.

Perspektif Pada Cinta :
Apabila bercerita mengenai cinta, elemen apapun yang anda hendak definisikan mengenainya, sudah tentu tidak mempunyai maksud yang spesifik. 
Pendapat wa : Perspektif dalam cinta ini juga berkaitan dengan ruang dan titik. Titik-titik dalam percintaan itu adalah target seseorang mendapatkan cinta hati mereka. Simple, walaupun cinta itu nampak mudah untuk dicapai, namun sangat susah untuk dimiliki sepenuhnya. Di sinilah perspektif itu timbul. Apabila kita melihat atau merasa dengan hati kasar, cinta itu berada di depan mata, kata orang "petik jari semua datang", namun apabila diteliti dengan sedalam-dalam hati, maka kita akan berkonklusi bahawa cinta itu jauh perjalanannya untuk diperolehi, besar pengorbanannya untuk dirasai dan panjang ceritanya untuk dimiliki.

Perspektif Kisah Cinta Si Pencinta Dan Si Cinta :
Perjalanan kisah mereka juga boleh disamakan di ruang perspektif. Sangat mudah untuk mencapai titik cinta, senang untuk mengabadi diri di ruang asmara. Itu hanyalah pada aku sebagai pemerhati tegar, namun pada mereka, garisan-garisan perspektif terlalu menghayalkan mereka membuatkan mereka berfantasi sendiri, berkata dalam hati cinta itu mudah. Namun pada ruang yang dalam-dalam di hati mereka, ada satu tembok keegoan sebagai penghalang untuk mereka mendapat cinta yang mereka dambakan. Terget titik cinta mereka berdua adalah pada ruang yang sama, pada koordinat yang serupa, namun penghalang itu memcacatkan pencarian mereka untuk mencapai titik tersebut. 

Kata Pencinta :
Di ruang penuh separa cinta, rasa penuh asmara..
Sedalam hati mengatakan cinta..
Mudah untuk mencapai hanya pada minda..
Lemahnya hati membentuk langkah-langkah, mencacat penerus untuk percaya diri...
Longlai aku dalam lemah..
Daya terjerat hanya pada kata, hati membenar kata-kata..
Bila ada rasa untuk menyapa...
Kenapa kata tersekat pada kata...
Tunduk aku malu, bukan pada dia..
Wajahku beku bukan untuk perhatiannya..
Diriku terbenam untuk diriku...
Kekuatanku hilang tidak mengharap dia turut hilang...
Palsu bila kata aku sudah mampu..
Karut bila kata sudah sedia...
Egoku sentiasa benar menidakkan salah..
Aku hanya mampu berdiri pada ego..
Lemah pada situasi benar..
Aku tetap aku..
Lemah dalam pengharapan...

Kata Cinta :
Di malam aku bertemankan bulan..
Bintang terus menyapa untuk aku segar dalam lamunan..
Cinta penuh manis untuk dikenang...
Cinta juga merangsang daya untuk terus gembira..
Namun, ada apa untuk cinta yang tidak pernah mengata sayang..
Jauh untuk aku merasa bahagia cinta..
Dia hanya melihat, mungkin hanya tersenyum bangga...
Memang aku lemah, cair dengan manisnya kata..
Sembunyi rasa, itu bukan caraku...
Sembunyi hati, itu bukan hebatku..
Puasnya hati rasa dipermain..
Senyumnya, hirisan luka dalam hati..
Terima kasih kerana beri aku cinta..
Terima kasih, untuk mempermain cintaku..

Sentiasa berada di ruang mereka : Ingin menjadi bukan diri mereka


: Hari berjalan dengan bersahaja, waktu bergerak dengan simple. Kejadian di ruang ilmu mencacatkan rasa ingin bercinta untuk si cinta, namun si pencinta, bersalah menguasai diri. 
Malu yang menguasai diri si cinta membuatkan dia menghapus segala harapan untuk merasa cinta dengan si pencinta. Walaupun pada hati, bibit-bibit cinta yang baru ingin menular mengharapkan cinta si pencinta kian mekar, namun semangatnya terlalu lemah untuk percaya bahawa cinta si pencinta adalah untuknya. Keyakinan yang hilang apabila si pencinta tidak menyapanya walaupun hatinya penuh mengarap itulah harinya untuk berkongsi pandang dan sapaan dari si pencinta. 

Kata hati si cinta : (Definisi sedalam hati si cinta)
: Mesej ya rabbi, lembut lidah dari gigi, depan mata di biar-biar...
(Dah tiga hari tak mesej.. rindu.. ish)
: Mata kita indah la.. senyuman kita menawan la.. Tak peduli kita pun..
(mata ini untukmu jika memilihku.. Senyuman ini manis semanis yang manis khas untukmu jika memandangku)
: Eksen lebih.. itu lah inilah... ishhhhhhh
(aku dambakan suara serak basah mu menggegar cuping telingaku.. ahakssss)

Si pencinta pula terus dengan gaya derita tersengaja dari diri sendiri. Dengan bahasa mudah, tekanan dan rasa bersalah akibat kejadian di ruang ilmu. Hanya dinding jadi teman fantasi, lakaran-lakaran indah menghiasi dinding menjadi coretan yang terus ingin dikejar oleh pencinta. 

Kata Dinding Bilik pencinta (mungkin) : ( Rasa hati si pencinta )
: mat mat.. Kalu lah wa bernyawa, wa dah sembelih lu 20 kerat, kalahkan Mona Mendey..
(keratlah, belah la dada ini, cintaku dalam untukmu, namun malu mengusai diri)..
: Hari-hari berdepan muka lu yang ketat nie, macam nak smash pakai raket Dato' Lee Chong Wei
(Apa yang harus ku kata.. fantasi di ruang udara, maya di paparan skrin telefon, tapi realiti bagi aku.. yup! sesengguhnya benar dari benar..)
: Hari-hari tengok lu begulung depan wa, baik wa yang gulung lu.. nasib wa dah keras..
(perghhh... aku rindukan suara manjamu.. walaupun hanya di ruang udara)

Beberapa hari berjalan hanya bercerita dengan hati, monolog dalaman merangsang diri untuk terus mengatakan cinta. Tanpa diduga, ruang santapan untuk semua penuntut menjadi saksi perhubungan si cinta dan si pencinta memperolehi satu harapan untuk hubungan 'ilusinasi' mereka tidak berhenti sampai di situ sahaja. kejadian yang penuh rasa cinta itu memberikan satu ruang kepada mereka 'menyahkan' segala PERSPEKTIF yang negatif mengganggu perhubungan awal cinta mereka

######################################

Ceritera kita (Part viii)

Biasa... Si Pencinta dan si Cinta memenuhi hari-hari di gudang ilmu seperti penuntut lainnya. Namun separuh dari hari mereka dipenuhi dengan fantasi keseronokan mengenal apa itu cinta. Membayangkan keindahan seketika di kala merelakan kuku retak berbalas pesanan ringkas dan juga sanggup untuk melebamkan telinga di malam hari hanya untuk berbual tentang ceritera kisah hati mereka. Itu lalu, bukan kini.  Namun tersedar apabila dunia nyata menghimpit mereka untuk terus melalui kehidupan seorang yang masih mengejar ilmu di menara gading. Itu signifikannya seorang bergelar penuntut, tapi hati terlalu banyak simpang untuk ditoleh.
Isi hati si cinta :
Rela aku hanya untuk merindu seketika...
Namun pedihnya datang bila kau membiarkan bisu tanpa cerita...
lengang pada biasa kamu bingar...
Bulan tetap mengenal aku saban malam...
Bintang jemu memerhati aku menunduk..
Dan di kala matahari terik, aku masih di persimpangan antara sakit dan merindu..
Bila ceria segar dan penuh tenaga, aku cuba menidakkan..
Dengan erti kata aku bukan untuk mu..
Aku pegang ini, kamu tercipata bukan untukku..
Namun, hati tidak berdaya mencipta kata itu..
Hati cuba menolak kata itu..
Yang pasti aku rindu...
Yang pasti aku ingin kamu..
Itu kata hati..

Kata Hati Pencinta :
Aku juga disimpang...
Kayak si pengembara berhenti pada jalan..
Mencari simpang untuk berteduh..
Mencari rasa untuk sepi..
Selongkar segala apa terpikir...
Menggeledah segala apa di hati...
Bukan tidak ada rindu..
Bukan mencipta gelak tawa suka..
Bukan bergelumang dengan permainan..
Aku juga kamu bila apa yang dirasa..
Kamu rasa rindu, aku sesak juga kerananya..
Kamu berfantasi keindahan, Aku lalai kerananya...
Tersentuh deru angin aku ingat kamu..
Basah dek rintis hujan, aku terbayang kamu..
Peluh dek mentari, kamu tetap diminda..
Namun, tembok pemisah kita hanya percaya diri..
Kamu mencipta sinis..
Aku raja pada sadis..
Dan bila bersatu, Keindahan menjauh mencipta gerimis..

Cerita penat tiada sudah. Namun, ruang tetap ada pada kuasa cinta. Ruang makan yang sentiasa penuh, bising dengan karenah dan drama penuntut di waktu cuti. Cerita sana sini menjadi topik hangat semasa menjamah, mengisi perut. Si pencinta seperti biasa dengan gaya sederhana separa sedar berjalan sendiri tanpa teman. Biasa begitu kerana teman sudah menjumpai teman untuk sentiasa bersama di hari minggu. Hanya dia hidup sendiri kerana cara gaya pembawaan malu. Memilih untuk sendiri di meja yang terperosok. Banyak mata memandang, mata-mata cinta dari mereka yang belum dimiliki. Kadang galak, kadang layu dan ada juga yang inginkan pengertian. Namun seperti biasa si Pencinta, dia dengan dunianya sendiri.

Kata Pemilik Mata Yang Memerhati : (Luahan isi hati pencinta)
: Ceh tak pandang kiter.. Ye lah.. Handsome la sangat..
(what?! Macam tak penah tengok laki.. Tau la wa hensem ahakss)
: Membujang la sampai ke tua.. ahakss.. Aku? ahakss..
(maaf, cintaku sudah berempunya, namun...)
: Bek makan layan perut dari tengok mamat sombong nak mampus..
(wahai la cinta... timbullah dikau dikala ada mata memandangku.. tak cemburu kah dikau ahakss)

Mungkin kuasa cinta lebih memihak kepada mereka pada hari itu. Mata melirik, bertatap, kemudian getar turun ke hati. Langkah terhenti, dan bila tersedar si cinta sudah mencapai pinggan mula memilih menu tersedia. Mencapai apa sahaja tanpa kehendak selera akibat gundah dihati terpana cahaya cinta si pencinta. Selesai di ruang kaunter bayar, si Cinta mula mencari meja dengan wajah kaku, lurus dan kencang. Mungkin pembawaan malu dan juga ego kepada si Pencinta. Namun keadaan tidak memihak keegoaannya hari itu. Meja di ruang makan penuh tanpa satu kerusi pun untuk dia menyelit. Hanya satu kerusi untuknya. Kerusi bila mana dia sanggup berdepan dengan si Pencinta.

Si Pencinta mula bermonolog :
: Dah tau tak de tempat kosong meh la.. eksen nak mampus..
: Hek elleh, wat muka kencang, tak tahan..
: Perghhh.. Kalu dah keturunan keras hati, memang sampai mati pun wa makan hati...
: Sial! 

Si Pencinta tau itu bukan harinya. Terlalu kasih dan perasaan mengambil berat datang pada diri. Dia berdiri mula mendapatkan si Cinta. Si Cinta yang nyata terkejut hanya menunggu Si pencinta mengahampiri.

: Pencinta : Kenapa la bengap sangat... Asal? aku nie bukan manusia?..
: Cinta : errr.. (diam.. wek.. dia cakap aku bengap)
: Pencinta : Jum.. jangan nak belagak.. kang jadi bahan cerita..
: Cinta :  (Ceh... control macho la tue depan minah-minah nie)... Errrr..

Si pencinta mencapai pinggan si Cinta. Pinggan beralih tangan dan si Pencinta membawanya ke mejanya tadi. Si Cinta terpana, kaku membatu tetap disana. Hanya sedar bila si pencinta menarik tangannya untuk ke meja.. <<<----- Part ix

Tukang Reka      : Azlan Johar


################################


Cinta Kuasa Dua (Part ix)

Bising. Kata orang tua, jangan nak jadi Cina semasa menghadap makanan. Itulah kata orang dulu-dulu. Nonsense. Kita harus ada sikap 1 Malaysia, orang Cina buat kita buat, orang India buat kita buat atau pribumi Sabah ataupun Sarawak, mereka dulu kita kemudian. Itulah yang berlaku di Kafeteria yang majoritinya penuntut yang bertudung. Bising mengalahkan pasar Satok Kuching semasa menghadap makanan. Senyum aku sebagai penulis dengan kata "Kita 1 Malaysia".

Aku singkap puisi Ada Apa Dengan Cinta (psssttt dulu aku anggap diriku sebagai Rangga)

" Ingin bingar aku ke pasar"... My Cinta kata.

Diam. Suasana bising itu tidak merebak pada meja si cinta dan pencinta. Diselubungi keheningan seperti di subuh hari. Si Cinta yang tadinya bergoyang mengikut rencah perut yang berdangdut hanya menguis makanan di pinggan. Si pencinta hanya mendongak kepala mejadi penonton riang rancangan "macam-macam Aznil". Namun ekor mata sentiasa dijamu dengan rasa kaku dalam diri si Cinta.

Kata hati cinta :
"Ingin bingar aku ke pasar.."
Kenapa perlu teman jika seperti sendiri..
Hanya batu depan mata..
Hanya kayu dalam diri..
"Nyah kau pekat, berjelaga jika aku sendiri"
Pekatnya egomu wahai lelaki..
wekkkkkkkk..

Pencinta : Tak baik tuduh-tuduh dalam hati...
(cinta menatap wajah pencinta, kemudian tunduk semula)
Cinta : Erm.. errr.. Tak baik main tuduh terang-terang..
Pencinta : Habis dalam hati tue menyumpah seranah..
Cinta : ( perasan jadi malaikat.. pirahhhh) erm manada.. hati ini suci bersih..
Pencinta : ye lah tuh.. Teruskan..
Cinta : (takkan nak mati di sini..) teruskan???
Pencinta : Kenapa nak diam...
Cinta : (eksen nye mamat nih.. dia yang tak bawa cerita).. abistuh nak cerita apa..
Pencinta : Errrr erm.. habiskan makanan tuh.. tak baik membazir..
Cinta : (pulak.. sekeh kang..) baiklah..

Keheningan bermula semula. Ekor mata Pencinta tetap diwajah manis si cinta. tumpuannya kini terarah pada lesung pipit si Cinta. Kini Macam-Macam Aznil menyaksikan adegan si Cinta dan Pencinta.

Kata Hati Pencinta :
Wahai la lesung.. kenapa engkau piipit?
Macam mana dia tak pipit, dah pipit nak jadikan dia lesung..
(apa aku mengarut nih)
Wahai wajah nan ayu lagi manis, sudikanlah untuk dijamu oleh mataku hari-hari..
Sesungguhnya mata ini hanyut dengan kemanisan wajah itu..
Sesungguhnya mata ini melayang dengan wajah itu..
Oh tuhan janganlah hambamu ini hanyut..
Oh tuhan biarlah melayang jangan aku terlayang...

Cinta : Kes rogol menjadi-jadi sekarang..
(wajah Pencinta merona merah)
Pencinta : Astagafirullahuazim.. Simpang malaikat 44..
Cinta : Emak saya lahirkan supaya saya melahirkan. Tapi dengan cara sah..
Pencinta : Apa awak merepek nih..
Cinta : Mata tu jaga sikit. Tak baik..
(wajah Pencinta kelat. Merah masih menghiasi wajah)
Pencinta : Sumpah aku pandang. Pandang tang lesung batu tue jer.. Tak lebih pown, kalau lebih tolak sendiri...
Cinta : Lesung? Batu?
Pencinta : Kemanisan anda ada di situ..
( kali ini wajah cinta pula dirasuk kemerahan)

Bunyi telefon tangan pencinta menyelamatkannya. Membaca pesanan ringkas.

Cinta : saya ada discussion, nak joint..
Pencinta : (senget!) perli nampak..
Cinta : Ok bye..

Pencinta hanya membiarkan Cinta dengan jelingan manjanya. Dia sempat bermain "kelip mata" dengan pencinta. Balasannya hanyalah jeliran lidah yang manis dari si Cinta. Senyuman manis juga sebagai balasan dari Pencinta. Bising. Pencinta mula sedar dengan kebisingan di kafeteria itu.
"pelik, tadi diam sehening subuh sunyi jer". Dia ketawa sendiri. Kemudian senyum. Kemudian menggeleng. Dan senyum lagi. "Aku gila!!!".

................................................................................................
Lokasi : Suka hati. Tempat discussion si cinta.

Wajah si Cinta menyerlahkan keceriaan yang sungguh luar biasa. Dengan bahasa mudah, si cinta tidak pernah seceria itu. 

Kata Teman : (luahan hati si Cinta)

Kita fokus pada hipotesis yang mengatakan lelaki suka berpoligami : ( owh pencinta.. manisnya senyuman itu)
Namun kita cari faktor-faktor dulu. Tapi kalu dah bagi hipotesis, nak kesan juga ek.. : ( Aku bukan dirimu, tapi dirimu bukan aku. Namun aku mau kamu)

Teman menampar bahu si cinta dengan sekuat hatinya. Si cinta tersedar dan mula menyelak helaian kertas kajang di tangannya.

Teman : Kalau ya pun di rasuk syaitan, jangan lah nak peras santan kat sini..
Cinta : (sewel) hahahha... aku hanyut dalam dunia.. hahaha
Teman : jangan, kang kita yang hanyut nak ulang paper nanti..
Cinta : Ok start. hipotesis bangang! lecturer sama bangang..
Teman : Sah dirasuk syaitan...

 ....................................................................................

Dunia si pencinta bukan sahaja di kampus ilmu. Kehidupannya yang susah pada setiap sudut membuatkan beliau mengambil langkah berdiri di kaki sendiri. Bantuan kerajaan yakni PTPTN hanyalah mampu bertahan selama seminggu untuk semester ini. Ayahnya sangat membutuhkan duit untuk pembedahan jantung, membuatkan beliau menggelapkan duit pinjaman kerajaan itu demi kesihatan ayahnya. Dan langkahnya untuk memilih kerja di malam hari selepas waktu kuliah sangat memerlukan kudrat remajanya. Seven eleven menjadi pilihannya untuk menyara kehidupan kampusnya.

Kata hati pencinta :
Dunia tidak berakhir selagi nyawa ada pada tubuh..
Itu aku..
Itulah caraku..
Begitula kehidupanku..
Lelah bila aku memikirkan penat..
Mati bila aku tidah berdaya untuk lalui..
Kini pasrah itu aku nafikan..
Biar luka berdarah pada hati...
Biar nanah mengganti luka dalam diri..
Aku cuma ingin nanti..
Nanti dalam harapan..
Harapan yang belum pasti..
Pasti aku berjaya..
Berjaya jika usaha..
Usaha bermulanya di aras terbawah..

Kata teman Sekerja : (Kata hati pencinta)
Lu ok kanie bro.. (layan)
study then malam ko kat sini .. ( tuhan dan tentukan)
well kalau lu ada prob especially duit, wa ada bro ( thanks teman)

..............................................................................

Hanyut. Itulah si cinta, hanyut pada perasaan sendiri. Pembawaaan masalaah dari rumahnya. klise cerita Malaysia. Ayah kawin lain, keluarga porak peranda. Namun itu berlaku pada si Cinta. Hatinya tenang jika musim perkuliahan. Dia hanya berada di kampus selama enam bulan pada penjadualan kuliah . Bukan derhaka, bukan juga lalai pada tanggungjawab menjaga hati keluarganya, namun ketenangan itu yang dicarinya.

Kata Ibu si Cinta : ( luahan hati si cinta )
Tiada orang lain mummy harap. Kau la yang boleh mencorak balik kebahagiaan keluarga ni. (hmmmm) 
Kalau boleh mummy nak tengok kau berjaya. Lupakan apa yang berlaku di rumah nie (kalaulah semudah itu mie)
Apapun dalam hatimu sekarang, dia tetap ayahmu (saya akan cuba mie)

...............................................................................

Masa berlalu dengan slumber, waktu penuh tenang berjalan pada dasar kehidupan manusia. begitu juga dengan si Cinta dan Pencinta.
Mungkin dewa pada cinta ingin menguji rasa cinta yang baru menular di hati mereka. Si Cinta dan Pencinta mendapat kumpulan yang sama pada tugasan berikutnya untuk kelas minor fakulti seni mereka. Tugasan ini sangat penting pada si Pencinta untuk bergraduasi pada tahun ini. Namun, si Cinta yang juga ketua kumpulan itu menetapkan waktu berdiskusi untuk tugasan itu adalah pada waktu si Pencinta menjalankan tugas malamnya di Seven Eleven. <<------- Part x 




Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.