Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Monday, October 29, 2012

Susah.. Bila Lidah Lebih Besar Dari Hati



Dia kata dia maha , ter dan mungkin paling..
Mereka tepuk tangan, jeling-jeling..

Aku tetap aku dengan lontaran terasing..
Bukan ingin bising..
Bukan mencipta sinting...
Ok, cukup kamu mencantas hening..
Ok, Cukup kamu di kelompok runsing...
Aku bahagia tanpa pening..

Duduk dia penuh simpuh raja..
Berdiri mereka mengipas singgah sana..

Aku tetap aku percaya ada dunia..
Dunia mengalir persis tanpa deria..
Dicoret dan tercoret sehala rentetan masa..
Ok, cukup kamu bahagia gembira..
Ok, cukup kamu dijulang-julang oleh rasa..
Aku lalui dengan senyum boleh dikira..

Dia tengok berbatu..
Mereka ikut kira batu..

Aku tetap aku masih berliku..
Berdiri berjalan penat duduk berehat berteleku..
Sekali lagi, Berdiri berjalan penat duduk berehat bertelaku..
Ok, cukup kamu gembira bertemu..
Ok, cukup kamu saling berkongsi bahagia kamu..
Biar aku tetap mendaki bukit Himalayaku..


Masih belajar mengeja setiap huruf ini.. H.E.R.O.


Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Monday, October 1, 2012

1 2 3 test



Masih Bediri Di Dunia

Dunia nampak nyata pada mata bila cahaya terang menerangi. Gelap pada pandangan bukan kerana malam tiada bulan, tapi kerana pembawaan diri yang hanyut pada dunia sendiri. Terperosok di satu sudut, duduk berteleku hanya ingin bercerita pada diri yang hanya diri menilai cerita. Aku? mencari cahaya yang siang di luar, cuba membawa dengan penuh mimpi yang mustahil, masuk ke dalam hati yang terdampar longlai pada lemah. Aku?, juga membawa untuk cuba menerangi sadisnya hati, percaya gelap itu tumpahnya dunia nyata, yang kelam itu harus sendiri mengalami. Aku? percaya dengan itu.

Sumber : Maya
Aku?:
Persis jantan tiada kemaluan...
Kau dulu jahanam lebih pada nama...
Bergurukan syaitan...
Berpetuakan iblis..
Hanyut tanpa tiang untuk bertaut...
Terbang tanpa tali untuk bersangkut...
Petualang kemaruk pada jin...
Penderhaka pada alam terbitan dunia..
Tundukmu bukan mengerti atas keagungan esa...
Tundukmu layu longlai lemah telunjuk si syaitan...
Sujudmu bukan patuh pada kebesaran NYA..
Sujudmu hancur pada nyata... musnah pada ghaib...
Sujudmu dipegang oleh iblis laknatullah...
Itu kau... Itu kamu..
Kini Aku?...

Ruang dunia sentiasa menerima. Aku sentiasa menafi dunia. Ada apa dengan dunia tanpa mengerti hidup di dunia. Berjalan waktu kosong sesudah kosong, apa yang terlintas hanyalah kekosongan. Lurus pada jalan nyata, lembik pada kala harus kuat menerima. Di sudut itu juga yang aku kisah. Gelap kononnya mematangkan fikiran, melerai otak bercelaru. Yang masuk hanya dongeng yang terindah penuh warna diselubungi warni. Terbias dek kegelapan membawa warna kelam. Semua itu masuk dalam otak.

Sumber : Maya
Aku ingin menjadi saya :
Terhenyak sang aku ingin melihat dia..
Dia yang menginginkan saya...
Indah pada saya memutihnya segala hitamnya aku...
Aku sudah mula berfantasi..
Dunia senyum indah bila saya itu adalah aku..
Dunia menerima dengan dakapan sang teman, sang saudara, sang pencinta...
Bahagia nyata di depan..
Gembira harus ada di dunia aku berdiri..
Fantasi aku bila menjadi saya..
Haruskah aku menjadi saya?!...

Yang pasti aku masih berdiri di dunia nyata. Bingung tanpa nyata. Redha apa yang ada.

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Wednesday, August 29, 2012

Try Test



1 tahun..
Aku hidup tanpa sedar...
Aku senyum pada cadar..
Missy senyum hanya kata otak begegar....
Tanpa ikhtiar..

1 tahun..
Bernafas tapi kaku..
Aku kira paku..
Bodoh kah aku..
Gila kah aku..
Sial.. Aku masih kira paku..

1 tahun..
Ayah kata biasa..
Ibu kata Allah maha esa..
Kakak kata sementara..
Adik tanpa kata..
Aku diam, bungkam namun hati tiada rasa...

1 tahun..
Bangun, aku kira mentari terbit..
Berjalan , aku kira dibawah langit..
Duduk, aku kira sempit..

Biarlah.. tuhan hanya try test umatnya..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

Thursday, March 29, 2012

Manis _ Setelah Lima Bulan

Aku yakin bukan kerana cinta :

Aku hilang di dunia untuk menulis keluh kesah cerita sengsara dunia, manisnya fana dan istimewanya manusia. Lima bulan aku yakin bukan kerana cinta. Buktinya si 'Bulan' tetap ceria mencipta warna cinta dalam hati.. Aku pernah jumpa Bulan :

Satu hari yang tetap aku tetap anggap seketika sehingga kini :


Senyum bila tersapa wajah suram berubah ceria terpandang diriku


Aku : Buat apa mengenang yang jauh..
Bulan : OK. Aku happy.. gembira walau berbulan dia menghilang..
Aku : Cis.. Munafik.. Dia tidak hilang di hati mu, walhal dunianya jauh dari mata mu..
Bulan : Biar.. Munafik katamu, hipokrit kata mereka, aku tetap akan mewarnakan hatiku.. Biar mahal..


Aku senyum.. sengih yang menyakitkan..


Aku : Sial..
Bulan : Sudahla.. Fikiranku yakin untuk mengatakan hati ini matang untuk mempercayai warna itu akan bercorak sendiri di hati..
Aku : Sial.. Sudahla..Dia jauh jauh untuk kau bermimpi, lebih lagi menggenggam..
Bulan : Aku pergi dulu..


Aku membiarkan pergi dengan senyum yang tidak pada makna


Dan aku yakin lima bulan itu bukan kerana cinta..

Aku juga yakin bukan juga kerana mimpi :

Jauh pada pendirian hidup aku yang sentiasa bermimpi tanpa ada kerah keringat membasahi tubuh. Walaupun 'Ilusinasi' sentiasa ada untuk bercerita.

Aku yakin pada satu petang aku ingin sekali lagi menghasil Ilusinasi, Teringat kisah lalu bagaimana senyum yang sentiasa menjadi perhatian, juga sentiasa memerhatikan senyum. Bermula bagaimana hati disambut walaupun penuh dengan nikmatnya keegoan diri.. Kala itu aku juga gembira disaat mula mengenali cinta, walaupun hadir duri-duri yang harus kutempuhi sebagai penuntut universiti yang dalam kesempitan hidup..

Arghh mimpi itu belum mampu untuk mengeringkan idea ku menulis pada blog jiwang ini.. Aku yakin bukan kerana mimpi..

Aku mungkin masih mencari saat-saat 'manis' dalam diriku.. untuk 'aku?' mentafsirkan cara hidup kepada mereka melalui 'TO'.. Ternyata semua itu memerlukan 'monolog aku' dalam sendiri

P/S : Mukaddimah menyatakan alasan tidak mengupdate blog.. Dalam diri, bertanya, perlukah blog ini untuk aku berlayar dalam menempuhi ombak dan badai kehidupan.. Herm.. aku rasa kadang-kadang fikiranku sentiasa memikirkan sial dan barua apabila aku berjiwang... Namun jiwang/romantik itu pelengkap hidup...
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.