Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

" AKU?"

" AKU?"
Revolusi dari aku untuk aku kepada aku



dari aku...

terbayang di persekitaran aku yang dianggap sesudah, manusia terlempias penuh henyakan seranah sang iblis, aku pembawa diri menafikan pembawaan sepatutnya aku di pesekitaran ciptaan sang penguasa, yang ada hanyalah ceria wajah mentertawakan kelam dalam pembawaan....


untuk aku...

realitinya tetap mengejar aku yang harus ada di persekitaran aku, mendongak ghaibnya kuasa ciptaan, menoleh gelapnya setelah kelam, menunduk memuji keagungan... jejak yang dulunya berduri mendajalkan persekitaran aku, bertukar langkah yang masih bertapak dan berbekas cairan hanyir, dalam hati ingin nanti berlari mencari hari-hari yang masih tidak pasti...



kepada aku...

ilusi aku berfantasikan aku di persekiran yang harusnya dilalui aku, mengimpikan pasti pada yang diimpi, memohohon jadi pada yang dinanti... namun, ilusi hanyalah fantasi yang seolah mimpi jika hanya mampu menanti... 

################################  

Aku Si Pencinta

Kata Aku? :
Aku lahir bila dia membebaskan aku pergi,
Aku hilang bila dia menjemputku datang,
Aku merasa kerana dia memberikan aku rasa, namun hanyalah sebuah kata-kata ...
Realitinya aku akan hanya terasa sakit bila dalam-dalam aku memikirnya sakit.. tapi itu sekarang!...
Dulu, aku hanya tahu teresak, terjerit, tapi bukan kesakitan, hanya kerana ??? mungkin aku tidak pasti dan belum dipastikan lagi..
Sakitnya adalah ibuku...
Sakit menahan bila aku sudah mampu untuk bernafas...
Sakit mengerang dan sakit menekan untuk aku keluar...
Sakit bermandikan cairan darah, bermain dengan peluh...
Sakit untuk memberi aku kebebasan
Itulah ibuku, tugasnya hanya sebagai orang tengah untuk aku bernafas...
Dan pemberi nyawa dan kehidupan adalah si PENCIPTA...
Aku harus dan wajib Mencintai si PENCIPTA, juga ibuku..

Kehidupan bermula sejak dilahirkan. Sehingga kini masih tertanya penuh minat apakah rasa melahirkan dan dilahirkan. Sesungguhnya kamu wahai wanita telah atau akan merasa melahirkan. kita semua telah rasa dilahirkan walaupun hanya di kata-kata kerana mungkin waktu itu daya fikiran kita hanya sekecik kuman untuk menilai rasa. Kemungkinan!? 
Setiap orang mesti pernah bertanya walaupun di dalam hati bagaimana si Pencipta memeberi nyawa kepada manusia semasa dilahirkan... Aku hanya berani menjawab kuasa si pencipta sungguh agung, sangat dasyat, walaupun aku dan mereka kata drama Korea sangat dasyat, Tapi Dasyatnya kuasa si pencipta tidak tercapai akal di minda.
Jadi mari kita sama-sama mencinta si Pencipta dan berusaha untuk si Pencipta mencintai kita... InsyaAllah...

Macek-macek aku kata:
Geram sangat-sangat.. kulitmya mulus macam susu...
Senyumannya manis semanis madu (ahaks, sampai sekarang k...)
Tapi manja bukan main, nak kena cium jak pipi nie... sesungguhnya pipi ini jadi rebutan macek-macek... (ahaks bangga jap)
Tapi selalu berangan, mungkin masa itu aku sudah mengenal fantasi dan ingin belegar di ruang maya..

Jadi aku bayangkan begini..

Kata-kata :
Aku hidup bermula tanpa kata, pertengahan sedang berkata dan kini taksub dengan kata-kata...
Bila kata dikata dengan sehendak kata maka kata-kata itu indah tidak terkata
Dan bila sudah tidak terkata maka kata-kata si pengata hanya kata yang tidak terpikir kata!


Aku Cinta 'Orang Tengah'

Kesinambungan kepada ibuku yang menjadi orang tengah untuk aku hidup. Tapi 'orang tengah' itu bukanlah  perihal ibuku...
Aku taksub dengan bola, pandang kiri, pandang kanan dan kadang menoleh ke belakang semuanya kerana bola. Dalam fakta global dari pihak maya, 70 % manusia di dunia sangat meminati bola, 50% adalah bola sepak, 40% adalah lelaki, 20% minat dan berupaya untuk bermain, 10% menganggap dirinya profesional, 5% mengangap dirinya hebat, 2% memang profesional, 0.2% adalah bintang-bintang termahsyur dunia, 0.0001% adalah aku, klasifikasi hanya aku yang mengerti...




Kata Aku? :
Aku hidup dengan paksi-paksi lantunan bola...
Sentiasa mencari, mengejar dan menanti bola...
Aku belum pasti 'rembatan' ka sentuhanku, ataupun hanya sentuhan 'flik' yang memperdayakan sekeliling...
Ataupun juga hanya 'pass' untuk memberi orang sekelilingku untuk beraksi lebih menyerlah...
Kadang terfikir juga 'skil-skil' menawan untuk memukau pemerhati, ataupun 'taktik' 'counter attact' untuk menjerat pesaing-pesaingku...
Tapi yang pasti aku hanya ingin mengejar goal, mengejar impian...

Kata Jurulatih :
Skil hang susah nak cakap, hang tak dak skil tapi skil hang ada dalam otak...
Gunakan lah otak hang untuk mencari goal..

Kata rakan sepasukan :
Mereka selalu kata visi dan misiku sukar untuk dibaca..
Itulah kelebihanku untuk memerangkap lawan (kata mereka, bukan aku yang kata)
Tapi untuk pemain baru, "Abang nie main kat padang sorang-sorang yer" (hakhakhak aku hanya gelak)
Mr Captain kata kepda mereka, Baca misi dan visinya dalam-dalam dan kita akan menang....

Kata-kata :
Apabila penat untuk mengejar, berhenti dan mula mencari ruang untuk bernafas...
Dan apabila nafas sudah tidak berupaya untuk memberimu ruang untuk bermain, berehatlah kerana kudrat anda akan digunakan di masa mendatang...
: kata memang senang hendak dikata tapi bila sudah tidak terkata, kata-kata hanya sebagai penyeri kata...



Aku Cinta Penembak Depth Of Field Dan Tukang Potong


Dari aku kepada aku khas untuk aku...

Bidang ini boleh dikatakan profesional untuk sesiapa yang tertumpu kearah profesinalisme bidang kerja ini. Namun boleh juga diambil sebagai 2nd skop yang membantu bidang profesionalis lainnya, dengan maksud yang lebih mudah untuk mengisi masa lapang dan manambah pendapatan sampingan. Dan aku ingin lain dari yang lain, memilih untuk berjaya di semua bidang, bukan sahaja minat dan kecenderungan daripada apa yang diilmiahkan di waktu kuliah dulu, aku juga ingin menumpu pada skop bidang lainnya yang menjadi rezekiku kini dan akan datang.. :- (yUp!  wa bukan tamak cuma ingin berjaya si semua bidang yang wa ceburi, tp yang pasti wa mc mencari yang belum pasti, wa tetap ingin mengejar)...
Dulu aku hampir untuk menjejak profesionalisnya bidang ini, namun tuntutan pendidikan dan juga elemen-elemen negatif serta ketaksuban dalam diri memperdaya untuk aku mencapai profesionalis itu dengan mudah... Namun aku pasti, pilihan aku tepat... profesinalis itu akan dikejar juga, yang penting harus sentiasa mengejar.

Permulaan untuk menjejaki semula  :-




Setiap orang mempunyai kehendak dan minat yang berbeza. Tidak salah mengejar walaupun penghalangnya sudah tentu minda dan keyakinan diri. Begitu juga aku, kehendak yang sentiasa berlainan dan fikiran yang bercelaru untuk memilih kerana tarikan dari punca rezeki yang lebih mudah dan terjamin. Macam lagu hujan, mencari konklusi yang sukar terjawab bila konklusi itu perlukan isi-isi yang sukar di konklusikan.

Kata Aku? :
Aku dan aku masih terus aku untuk mencari aku di pengakhiran...
Berjalan sendiri berpandu hanya sendiri dengan separa keyakinan diri, tapi aku tetap percaya diri...
Memandang berlangkah, berjengakal atau tidak terukur dihadapan, kerana percaya diri untuk berdiri...
Mengharap minda yang mengukir jalan-jalan fantasi supaya turut sama percaya fantasi itu pencipta realiti...

Kata Geng Aku :
Lupakan sebab terlalu payah untuk dikejar (tapi aku senyum)
Rezeki ada di mana-mana, cari lain kerana bidang itu sifar dalam pencarian (aku mula berfikir, tapi separa mengendahkan)
Kamu terlalu jauh di belakang ( sinis menjawab, sebelum didepan haruslah mengisi ruang belakang)

Kata-kata :
Bila kata sudah menyimpul kata kata itu harus dikata...
Jika kata itu harus dikata, maka kata-kata yang lebih indah berseri ditepi, hanya diam tanpa kata...



Aku Cinta cik.Maya Yang Penuh Fantasi

Kata Aku? :
Berteleku aku di ruang aku yang kaku tidak terpaku...
Diam, hanya sendiri akau mengerti...
Sunyi, hanya sendiri aku terdengar...
Fantasi, hanya sendiri aku melayang tidak berpenghujung, menafi segala noktah...
Sudahnya, duniaku sendiri mengenal erti peri, mencongak erti sakan, mendefinisi erti gempita...
Di dunia yang berbeza, realiti dan fantasi...
Aku terpegun di fantasi, terhenyak direaliti, akhirnya berdiri tanpa pasti...

Kata cik.Maya :
Log in to me and you can manage this world...
Penuh fantasi kan.. aku suka aku gembira walaupun tidak pasti...
Duniamu tiada sempadan, pencarian mu akan berakhir dan menjanjikan idea baru untuk mencari..
Aku diam hanya mencari... Searching2 d google, kata moon.rahdin pacek google tue dah berumur...
Fantasi Berimaginasi = FB...
Sentiasa gembira menyebut Yahoo!!!!
aku sentiasa ditiup dengan lagu dan video di UTube..
Yang pasti maya mampu melenakan semua..

Jum melenakan diri bersama cik.Maya... Ahaks



Bahan yang selalu menjadi bahan bercerita, bahan berdiskusi dan bahan untuk berpolitik sehingga tunggang langgang. Internet lebih dari keperluan jika anda rasa ia perlu, dan menjadi bahan perosak jika anda seorang perosak, atau anda memang ingin merosakkan minda-minda si peng'internet dengan mencanang keburukan dan pengaruh internet. Lupakan!
Ada kata-kata untuk anda.

Kata-kata :
Jika kata penuh negatif dengan erti kata busuknya kata-kata,
maka aku kata dengan penuh kata anda tidak harus berkata kerana anda seorang pengecut!,
hanya tahu bermain kata tanpa mampu mengolah kata...



Aku Cinta Mengarut

Semua Di Atas Dan Di Bawah.. Aku suka sebab 'MENGARUT ITU SENI DALAM BERMADAH'
###########################

Masih Bediri Di Dunia

Dunia nampak nyata pada mata bila cahaya terang menerangi. Gelap pada pandangan bukan kerana malam tiada bulan, tapi kerana pembawaan diri yang hanyut pada dunia sendiri. Terperosok di satu sudut, duduk berteleku hanya ingin bercerita pada diri yang hanya diri menilai cerita. Aku? mencari cahaya yang siang di luar, cuba membawa dengan penuh mimpi yang mustahil, masuk ke dalam hati yang terdampar longlai pada lemah. Aku?, juga membawa untuk cuba menerangi sadisnya hati, percaya gelap itu tumpahnya dunia nyata, yang kelam itu harus sendiri mengalami. Aku? percaya dengan itu.

Sumber : Maya
Aku?:
Persis jantan tiada kemaluan...
Kau dulu jahanam lebih pada nama...
Bergurukan syaitan...
Berpetuakan iblis..
Hanyut tanpa tiang untuk bertaut...
Terbang tanpa tali untuk bersangkut...
Petualang kemaruk pada jin...
Penderhaka pada alam terbitan dunia..
Tundukmu bukan mengerti atas keagungan esa...
Tundukmu layu longlai lemah telunjuk si syaitan...
Sujudmu bukan patuh pada kebesaran NYA..
Sujudmu hancur pada nyata... musnah pada ghaib...
Sujudmu dipegang oleh iblis laknatullah...
Itu kau... Itu kamu..
Kini Aku?...

Ruang dunia sentiasa menerima. Aku sentiasa menafi dunia. Ada apa dengan dunia tanpa mengerti hidup di dunia. Berjalan waktu kosong sesudah kosong, apa yang terlintas hanyalah kekosongan. Lurus pada jalan nyata, lembik pada kala harus kuat menerima. Di sudut itu juga yang aku kisah. Gelap kononnya mematangkan fikiran, melerai otak bercelaru. Yang masuk hanya dongeng yang terindah penuh warna diselubungi warni. Terbias dek kegelapan membawa warna kelam. Semua itu masuk dalam otak.

Sumber : Maya
Aku ingin menjadi saya :
Terhenyak sang aku ingin melihat dia..
Dia yang menginginkan saya...
Indah pada saya memutihnya segala hitamnya aku...
Aku sudah mula berfantasi..
Dunia senyum indah bila saya itu adalah aku..
Dunia menerima dengan dakapan sang teman, sang saudara, sang pencinta...
Bahagia nyata di depan..
Gembira harus ada di dunia aku berdiri..
Fantasi aku bila menjadi saya..
Haruskah aku menjadi saya?!...

Yang pasti aku masih berdiri di dunia nyata. Bingung tanpa nyata. Redha apa yang ada.

#########################

Aku? Dan Bahagia

Bahagia Pada Mata Kasar :
Di satu masa aku ternanti akan maksud bahagia. Bahagiakah aku? kadang terbawa dengan bahagia si Polan Bin Polan yang dasarnya sentiasa senyum gembira, penuh manis di wajah dan ceria dalam pembawaan tubuh. Sapaan indah senantiasa pada sekeliling. Hatiku bertanya, itukah bahagia?. Luaran yang menarik disamping tertariknya orang yang menerima sapaan. Adakah itu bahagia yang ku cari, yang harus aku dambakan pada diri dan yang perlu ada pada hati yang kusut, selerak dek dunia. Aku juga terpandang pada Yb Tanpa Nama yang gah menghunus kata-kata pada kempen yang bukan perang. Menceriakan diri dengan cara menceriakan sekeliling. Ikhlas caranya sentiasa dalam kotak minda bersalut tanda tanya. Sekeliling!, jujurkah mereka bergembira dengan cara gaya Yb Tanpa Nama, tanpa mengharap belas kasih dan suapan berupa nilai. Sekali lagi, itukah bahagia yang ku cari? itukah bahagia yang ku dambakan?

Bahagia Pada Minda :
Sekujur tubuh disudut terperap dengan tanda tanya. Bila bahagia itu datang? Di minda sentiasa berfikir untuk ada  peneman sentiasa menceriakan dan aku membalasnya ceria. Itu dalam minda. Aku ingin berfantasi dia senyum bila aku berusaha menggembirakan dan aku ketawa bila dia mula memberiku senyum. Hanya itu yang aku inginkan. Namun itu satu khayalanku yang terbit di dasar minda. Itulah bahagia.

Bahagia Pada Hati :
Hati hanya ingin gembira. Gembira apabila aku yang menghasilkan gembira dan mereka juga gembira hasil daripada aku. Aku bukan pencantas pada bahagia bila merata tanah tinggi, menembok segala lurah demi mengejar nilai tertinggi dalam hidup, nilai pada kuasa, nilai pada harta dan nilai pada kekejaman. Hati menafi maksud bahagia begitu. Hati tulus ingin ceria dan menceriakan sistem kekeluargaan sementara, menghasil segala suka dan duka hidup sementara sistem dunia, seterusnya mencari maksud bahagianya akan datang dengan memanjat segala perintah maha pencipta.
: inilah bahagia yang ku cari.

#####################################

Masih Bediri Di Dunia

Dunia nampak nyata pada mata bila cahaya terang menerangi. Gelap pada pandangan bukan kerana malam tiada bulan, tapi kerana pembawaan diri yang hanyut pada dunia sendiri. Terperosok di satu sudut, duduk berteleku hanya ingin bercerita pada diri yang hanya diri menilai cerita. Aku? mencari cahaya yang siang di luar, cuba membawa dengan penuh mimpi yang mustahil, masuk ke dalam hati yang terdampar longlai pada lemah. Aku?, juga membawa untuk cuba menerangi sadisnya hati, percaya gelap itu tumpahnya dunia nyata, yang kelam itu harus sendiri mengalami. Aku? percaya dengan itu.

Sumber : Maya
Aku?:
Persis jantan tiada kemaluan...
Kau dulu jahanam lebih pada nama...
Bergurukan syaitan...
Berpetuakan iblis..
Hanyut tanpa tiang untuk bertaut...
Terbang tanpa tali untuk bersangkut...
Petualang kemaruk pada jin...
Penderhaka pada alam terbitan dunia..
Tundukmu bukan mengerti atas keagungan esa...
Tundukmu layu longlai lemah telunjuk si syaitan...
Sujudmu bukan patuh pada kebesaran NYA..
Sujudmu hancur pada nyata... musnah pada ghaib...
Sujudmu dipegang oleh iblis laknatullah...
Itu kau... Itu kamu..
Kini Aku?...

Ruang dunia sentiasa menerima. Aku sentiasa menafi dunia. Ada apa dengan dunia tanpa mengerti hidup di dunia. Berjalan waktu kosong sesudah kosong, apa yang terlintas hanyalah kekosongan. Lurus pada jalan nyata, lembik pada kala harus kuat menerima. Di sudut itu juga yang aku kisah. Gelap kononnya mematangkan fikiran, melerai otak bercelaru. Yang masuk hanya dongeng yang terindah penuh warna diselubungi warni. Terbias dek kegelapan membawa warna kelam. Semua itu masuk dalam otak.

Sumber : Maya
Aku ingin menjadi saya :
Terhenyak sang aku ingin melihat dia..
Dia yang menginginkan saya...
Indah pada saya memutihnya segala hitamnya aku...
Aku sudah mula berfantasi..
Dunia senyum indah bila saya itu adalah aku..
Dunia menerima dengan dakapan sang teman, sang saudara, sang pencinta...
Bahagia nyata di depan..
Gembira harus ada di dunia aku berdiri..
Fantasi aku bila menjadi saya..
Haruskah aku menjadi saya?!...

Yang pasti aku masih berdiri di dunia nyata. Bingung tanpa nyata. Redha apa yang ada.

###########################

Ilusi Pada Nyata

Tempias pada persengketaan dunia menjadi monolog ilusi dalam diri. Ilusi terukir indah mencorak fantasi yang membawa aku hanyut dalam nyata. Minda terpandang hanya indah depan mata, tapi  hati menafi sekeras hati bila itu yang dilalui, itu yang akan dirasai dan itu yang dicari-cari. Aku tetap nyata bila celiknya dunia namun ikut bermimpi jika alam sedang jemu mencipta hari. Bukan dahaga pada mimpi, bukan lapar pada realiti, tapi itu harus mencari aku. Dan apabila bosan terdampar dan terhenyak hanya menunggu, aku datang menggeledah, menyelongkar segala apa yang ku ingini. Bila sudah berdiri hadapan pada nyata, ilusi itu kembali bermaharajalela di tampuk minda, menjadi setan dan iblis untuk terus menghampiri. Susah untuk aku berkata bahawa aku berdiri pada realiti, tetapi dilambung oleh awangan. Tapi nyata itu adalah aku, namun ilusi sentiasa menidakkan.


Aku? Kata:
Mereka, biar mereka....
Gah pada kata-kata...
Hanyut pada hati...
Melayang tiada rasa...
Juga ku ibaratkan sampah...
Harus ku umpamakan kahak...
Wajib ku perolokkan najis...
Sampah pada pandangan dunia...
Kahak terludah dengan kata...
Najis pada kesenangan..
Sentiasa bermain kata mencipta pengaruh..
Sentiasa mengira nilai menjajah si miskin..
Sentiasa politikkan minda merekrut si balaci..
Sentiasa memperhambakan yang bukan hamba...
Sentiasa mengaut kesenangan si miskin..
Mereka.. tetap mereka..
Senyum hanya kesenangan...
Tangis juga pada kemewahan....



Nyata itu semua sering berlaku. Ilusi itu bukanlah syaitan dan iblis yang sebenar. Tekanan mereka yang tetap bernama mereka bertanggungjawab mencipta ilusi. Kesenangan di raih walaupun pada haluan yang bukan jalan, bengkok tetap lurus pada pandangan. Itu mereka. Pembawaan dari mereka. Tekanan adalah aku. Aku sentiasa dalam ilusi ciptaan mereka. 
: Mereka terbahak suka bila aku merintih sakit. Suka gembira melihat aku jatuh. Ilusi menginsafkan demi ada pertumpahan darah di musim gencatan senjata. Si syaitan tetap dengan coraknya menaikkan nafsu, si iblis terus dengan caranya mendorong. Kadang berdiri pada nyata aku ingin berperang, ilusi menidakkan. Kadang diam dalam nyata ingin membunuh, ilusi tenang mencorak bahagia ketenangan dalam hati. Aku tidak takut untuk jatuh. Aku biasa hidup untuk jatuh. Tapi bukan Dengan cara mereka. 

Kata mereka :
Serakah aku ingin aku gembira...
Gembira aku ingin kamu jatuh..
Jatuh aku bila hanya mati menanti...
Peduli dunia sakit.. 
Peduli dunia papa..
Aku ada pada kuasa..
Aku ada pada nama..
Tuhanmu tetap tuhanku..
Tapi aku umpama tuhan..
Bergelumang dengan nilai, tuhanmu tetap tuhanku..
Bergelumang dengan serakah dajjal, tuhanku tetap tuhanmu..
Aku bahagia, nilai ku tetap kuasa...
Aku berkuasa, launganku tetap meyakini..
Keyakinanku akan menekan kamu wahai balaci..
Keparatkah aku di matamu, aku senyum..
Ibliskah, syaitankah dari mulutmu, aku nikmat..
Aku bukan aku tanpa kuasa...

Nyata mereka bertuhan. Nyata mereka tetap berpegangan. Namun nilai menutup mata, kuasa mereka sembah, Meng'AMIN" pada syaitan, berzikir pada iblis. Nyata aku ingin meludah, biar mereka merasa nikmatnya kahak. Melontar najis pada mereka yang juga najis pada mataku. Ilusi tetap melindungi aku dari jadi seperti mereka. Biar tunduk tapi tidak akan sujud untuk mereka.

Designer            : Azlan Johar

P/s : To brother Mukah, thanks pok.. kenang daku dalam doamu ahakss..

##################################

Aku Tunggu Mahumu

;'/


Aku hanya memberi kekuda seperti mahumu...
Kekuda erat menunggu serangan mu...
Sendi kian lemah menurut apa mahumu..
Sendi harus menanti jenis seranganmu...
Aku lemah pada mahumu...
Aku bingung dalam himpunan kata-kata mu...
Aku harus sahut cabaranmu..





Kepalaku tunduk bukan menikus kaku..
Bahu meninggi bukan terpaku..
Hati berdebar bukan takutku
Tubuh berpeluh bukan ku layu
Jemari bergetar aku menungu..
Menunggu..
Menunggu kamu...
Menunggu kamu dan mahumu...
Apa mahumu..
Hanya lintah yang terpesong pada ragamu...
Mendabik dada hanya pada sekitarmu..
Aku di sini menunggu..
Datanglah, lunaskan mahumu...

Sah kamu hanya hantu..
Bernafas siksa dalam buntu..
Apa mahumu...
Mencelah pada sakitnya sekitarmu..
Menerobos segala peritnya kamu..
Apa mahumu...
Jahanam itu berkuasa pada kamu...
Kehancuran itu adalah dirimu..
Apa mahumu..
Di otak mu adalah batu..
Tanpa cair terus membatu..
Batu itu tuhanmu...
Batu itu peganganmu..

Apa mahumu...
Hancur pada kehidupanmu..
Atau terdorong oleh nafsu menjadi hantu...
Mungkin aku harus buntu melihatmu...
Mati terpesong itu kamu..
Syaitan itu pujaanmu...
Neraka itu rumahmu...
Itulah mahumu...
Sial kau hantu !!!...



Sumber Gambar : This Is avanged @ Azlan J
Tukang reka       : Azlan Johar

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.