Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Sunday, May 22, 2011

Aku Cinta Itu, Tapi Itu Tu apa?

Aku Cinta Si Pencipta

Kata Aku? :
Aku lahir bila dia membebaskan aku pergi,
Aku hilang bila dia menjemputku datang,
Aku merasa kerana dia memberikan aku rasa, namun hanyalah sebuah kata-kata ...
Realitinya aku akan hanya terasa sakit bila dalam-dalam aku memikirnya sakit.. tapi itu sekarang!...
Dulu, aku hanya tahu teresak, terjerit, tapi bukan kesakitan, hanya kerana ??? mungkin aku tidak pasti dan belum dipastikan lagi..
Sakitnya adalah ibuku...
Sakit menahan bila aku sudah mampu untuk bernafas...
Sakit mengerang dan sakit menekan untuk aku keluar...
Sakit bermandikan cairan darah, bermain dengan peluh...
Sakit untuk memberi aku kebebasan
Itulah ibuku, tugasnya hanya sebagai orang tengah untuk aku bernafas...
Dan pemberi nyawa dan kehidupan adalah si PENCIPTA...
Aku harus dan wajib Mencintai si PENCIPTA, juga ibuku..

Kehidupan bermula sejak dilahirkan. Sehingga kini masih tertanya penuh minat apakah rasa melahirkan dan dilahirkan. Sesungguhnya kamu wahai wanita telah atau akan merasa melahirkan. kita semua telah rasa dilahirkan walaupun hanya di kata-kata kerana mungkin waktu itu daya fikiran kita hanya sekecik kuman untuk menilai rasa. Kemungkinan!? 
Setiap orang mesti pernah bertanya walaupun di dalam hati bagaimana si Pencipta memeberi nyawa kepada manusia semasa dilahirkan... Aku hanya berani menjawab kuasa si pencipta sungguh agung, sangat dasyat, walaupun aku dan mereka kata drama Korea sangat dasyat, Tapi Dasyatnya kuasa si pencipta tidak tercapai akal di minda.
Jadi mari kita sama-sama mencinta si Pencipta dan berusaha untuk si Pencipta mencintai kita... InsyaAllah...

Macek-macek aku kata:
Geram sangat-sangat.. kulitmya mulus macam susu...
Senyumannya manis semanis madu (ahaks, sampai sekarang k...)
Tapi manja bukan main, nak kena cium jak pipi nie... sesungguhnya pipi ini jadi rebutan macek-macek... (ahaks bangga jap)
Tapi selalu berangan, mungkin masa itu aku sudah mengenal fantasi dan ingin belegar di ruang maya..

Jadi aku bayangkan begini..


Kata-kata :
Aku hidup bermula tanpa kata, pertengahan sedang berkata dan kini taksub dengan kata-kata...
Bila kata dikata dengan sehendak kata maka kata-kata itu indah tidak terkata
Dan bila sudah tidak terkata maka kata-kata si pengata hanya kata yang tidak terpikir kata!


Aku Cinta 'Orang Tengah'

Kesinambungan kepada ibuku yang menjadi orang tengah untuk aku hidup. Tapi 'orang tengah' itu bukanlah  perihal ibuku...
Aku taksub dengan bola, pandang kiri, pandang kanan dan kadang menoleh ke belakang semuanya kerana bola. Dalam fakta global dari pihak maya, 70 % manusia di dunia sangat meminati bola, 50% adalah bola sepak, 40% adalah lelaki, 20% minat dan berupaya untuk bermain, 10% menganggap dirinya profesional, 5% mengangap dirinya hebat, 2% memang profesional, 0.2% adalah bintang-bintang termahsyur dunia, 0.0001% adalah aku, klasifikasi hanya aku yang mengerti...




Kata Aku? :
Aku hidup dengan paksi-paksi lantunan bola...
Sentiasa mencari, mengejar dan menanti bola...
Aku belum pasti 'rembatan' ka sentuhanku, ataupun hanya sentuhan 'flik' yang memperdayakan sekeliling...
Ataupun juga hanya 'pass' untuk memberi orang sekelilingku untuk beraksi lebih menyerlah...
Kadang terfikir juga 'skil-skil' menawan untuk memukau pemerhati, ataupun 'taktik' 'counter attact' untuk menjerat pesaing-pesaingku...
Tapi yang pasti aku hanya ingin mengejar goal, mengejar impian...

Kata Jurulatih :
Skil hang susah nak cakap, hang tak dak skil tapi skil hang ada dalam otak...
Gunakan lah otak hang untuk mencari goal..

Kata rakan sepasukan :
Mereka selalu kata visi dan misiku sukar untuk dibaca..
Itulah kelebihanku untuk memerangkap lawan (kata mereka, bukan aku yang kata)
Tapi untuk pemain baru, "Abang nie main kat padang sorang-sorang yer" (hakhakhak aku hanya gelak)
Mr Captain kata kepda mereka, Baca misi dan visinya dalam-dalam dan kita akan menang....

Kata-kata :
Apabila penat untuk mengejar, berhenti dan mula mencari ruang untuk bernafas...
Dan apabila nafas sudah tidak berupaya untuk memberimu ruang untuk bermain, berehatlah kerana kudrat anda akan digunakan di masa mendatang...
: kata memang senang hendak dikata tapi bila sudah tidak terkata, kata-kata hanya sebagai penyeri kata...



Aku Cinta Penembak Depth Of Field Dan Tukang Potong


Dari aku kepada aku khas untuk aku...

Bidang ini boleh dikatakan profesional untuk sesiapa yang tertumpu kearah profesinalisme bidang kerja ini. Namun boleh juga diambil sebagai 2nd skop yang membantu bidang profesionalis lainnya, dengan maksud yang lebih mudah untuk mengisi masa lapang dan manambah pendapatan sampingan. Dan aku ingin lain dari yang lain, memilih untuk berjaya di semua bidang, bukan sahaja minat dan kecenderungan daripada apa yang diilmiahkan di waktu kuliah dulu, aku juga ingin menumpu pada skop bidang lainnya yang menjadi rezekiku kini dan akan datang.. :- (yUp!  wa bukan tamak cuma ingin berjaya si semua bidang yang wa ceburi, tp yang pasti wa mc mencari yang belum pasti, wa tetap ingin mengejar)...
Dulu aku hampir untuk menjejak profesionalisnya bidang ini, namun tuntutan pendidikan dan juga elemen-elemen negatif serta ketaksuban dalam diri memperdaya untuk aku mencapai profesionalis itu dengan mudah... Namun aku pasti, pilihan aku tepat... profesinalis itu akan dikejar juga, yang penting harus sentiasa mengejar.

Permulaan untuk menjejaki semula  :-




Setiap orang mempunyai kehendak dan minat yang berbeza. Tidak salah mengejar walaupun penghalangnya sudah tentu minda dan keyakinan diri. Begitu juga aku, kehendak yang sentiasa berlainan dan fikiran yang bercelaru untuk memilih kerana tarikan dari punca rezeki yang lebih mudah dan terjamin. Macam lagu hujan, mencari konklusi yang sukar terjawab bila konklusi itu perlukan isi-isi yang sukar di konklusikan.

Kata Aku? :
Aku dan aku masih terus aku untuk mencari aku di pengakhiran...
Berjalan sendiri berpandu hanya sendiri dengan separa keyakinan diri, tapi aku tetap percaya diri...
Memandang berlangkah, berjengakal atau tidak terukur dihadapan, kerana percaya diri untuk berdiri...
Mengharap minda yang mengukir jalan-jalan fantasi supaya turut sama percaya fantasi itu pencipta realiti...

Kata Geng Aku :
Lupakan sebab terlalu payah untuk dikejar (tapi aku senyum)
Rezeki ada di mana-mana, cari lain kerana bidang itu sifar dalam pencarian (aku mula berfikir, tapi separa mengendahkan)
Kamu terlalu jauh di belakang ( sinis menjawab, sebelum didepan haruslah mengisi ruang belakang)

Kata-kata :
Bila kata sudah menyimpul kata kata itu harus dikata...
Jika kata itu harus dikata, maka kata-kata yang lebih indah berseri ditepi, hanya diam tanpa kata...




Aku Cinta cik.Maya Yang Penuh Fantasi


Kata Aku? :
Berteleku aku di ruang aku yang kaku tidak terpaku...
Diam, hanya sendiri akau mengerti...
Sunyi, hanya sendiri aku terdengar...
Fantasi, hanya sendiri aku melayang tidak berpenghujung, menafi segala noktah...
Sudahnya, duniaku sendiri mengenal erti peri, mencongak erti sakan, mendefinisi erti gempita...
Di dunia yang berbeza, realiti dan fantasi...
Aku terpegun di fantasi, terhenyak direaliti, akhirnya berdiri tanpa pasti...


Kata cik.Maya :
Log in to me and you can manage this world...
Penuh fantasi kan.. aku suka aku gembira walaupun tidak pasti...
Duniamu tiada sempadan, pencarian mu akan berakhir dan menjanjikan idea baru untuk mencari..
Aku diam hanya mencari... Searching2 d google, kata moon.rahdin pacek google tue dah berumur...
Fantasi Berimaginasi = FB...
Sentiasa gembira menyebut Yahoo!!!!
aku sentiasa ditiup dengan lagu dan video di UTube..
Yang pasti maya mampu melenakan semua..


Jum melenakan diri bersama cik.Maya... Ahaks






Bahan yang selalu menjadi bahan bercerita, bahan berdiskusi dan bahan untuk berpolitik sehingga tunggang langgang. Internet lebih dari keperluan jika anda rasa ia perlu, dan menjadi bahan perosak jika anda seorang perosak, atau anda memang ingin merosakkan minda-minda si peng'internet dengan mencanang keburukan dan pengaruh internet. Lupakan!
Ada kata-kata untuk anda.

Kata-kata :
Jika kata penuh negatif dengan erti kata busuknya kata-kata,
maka aku kata dengan penuh kata anda tidak harus berkata kerana anda seorang pengecut!,
hanya tahu bermain kata tanpa mampu mengolah kata...



Aku Cinta Mengarut


Semua Di Atas Dan Di Bawah.. Aku suka sebab 'MENGARUT ITU SENI DALAM BERMADAH'









Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

No comments:

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.