Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Monday, May 23, 2011

Aku Tidak Cinta Itu, Tapi Itu Tue Cinta Ngan Aku... Ek?

Rokok Cinta Aku?

Kata Aku?
Aku benci pembunuh itu...
Tapi cintanya semakin hari semakin tegar dalam tubuh...
Semakin mampu menjana mindaku...
Gelodak perasan mengatakan Tidak! untuk rokok...
Di minda, ilunisasi harus disuap dengan kepulan-kepulannya untuk keaktifan zarah-zarah dan percambahan akar-akar neuron membentuk fantasi...
Hipokritnya diriku, namun fantasi adalah mainanku...
Hatiku tetap mengatakan No!, keupayaan diriku hanyut dalam kemampuannya sebagai penenang...

Setiap perokok mungkin sudah lali dengan bahayanya rokok @ buat-buat tak tahu dan tak nak tahu, jadi kita lupakan untuk menasihatkan mereka, ahaks! dan juga aku. Namun kepada 'mangsa' sang perokok yakni isteri, keluarga, anak-anak dan rakan-rakan yang bersebelahan dengan perokok, ini untuk anda :-

Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').
Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :
  • 2 kali lebih banyak nikotin
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida
  • 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
  • 3 kali lebih banyak tar


Kepada ibi-ibu yang sedang gembira menunggu cahaya baru,
  • Keguguran janin
  • Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Pendarahan dari uri (abruption placenta)
  • Kurang berat badan - 20 hingga 30%

Kepada si comel yang baru celik,
  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  • Jangkitan telinga
  • Leukeamia
  • Kanser otak 22%
  • Lelah - meningkat simptom lelah
  • Sindrom kematian secara mengejut

100 tahun tanpa rokok... Perghhh


Kata dia? :
(tanpa kata-kata) hanya gerak tubuh...
Tangan melekat di hidung, mata mengerling tajam, cahaya mengalahkan flash camera....

Kata ibu :
Kalu inda cukup jangan diam jak, nanti mama' tolong belikan...
Yesssss!!! -------> untuk orang-orang kureng memahami bentuk bahasa

Kata kakak :
Bung, Sudah ku bank in ko duit, jgn pakai duitmu, pakai duitku jak ko belikan rokok...
Perghhhhh, antara terharu dan muka kencang <------ sudah mula memahami

Yang lain hanya memerhati... kosong...

Kata geng-gengKu :
Apa barang mulut inda beasap... inda rock...
: Aku baca kamus dan maksud kata-kata kawanku beginie -------> Jum, Neraka menunggu kita..
: Tidak pun beginie --------------> Aku gali kuburmu, kau gali kuburku....
:Tapi aku rasa 'like this'------------> Pi mampus! kau mati then aku ganti jadi yang terhensem di daerah ini hakhakhak



Ego Cinta Aku?

Hanya berdasarkan pemahaman aku :
Ego terlalu banyak definisi yang mungkin menunjukkan positif mahupun negatifnya seseorang itu. Ego kerana bangga diri, berlaku apabila fasa kehidupan seseorang itu tidak pernah melalui susah : maaf aku tidak zoom-in kepada seseorang, kerana aku kata melalui pemahaman aku. Hidupnya termanja dengan kesenangan duniawi yang membuatnya sentiasa hebat daripada sekeliling. (mungkin perasaannya sahaja)

Ego kerana cuba menghipokritkan diri. Mungkin hanya ingin membuatkan dirinya kuat untuk menghadapi dunia membuatkan keegoannya muncul scara tiba-tiba. kononnya tidak mahu untuk kalah pada masaalah yang tidak mengenali erti stop!

Ego kerana ingin dikenali atau gila glamer. aku memberi satu situasi. kononnya sang mamat yang dikenali atau diminati oleh minah-minah yang sentiasa mengejar. Egonya akan hancur apabila melayan salah seorang daripada minah-minah itu. <-------- bukankah ini satu petunjuk untuk mengatakan mereka ini gilerrrr glamerrrrr....

Dan aku, hanya aku? dan dia? sahaja yang mengetahui...

Wa penah main call duty.. rasa nak main jer tengok Hanjing nih.. mmm guna sniper n shoot betul-betul kat kerongkong tuh... hanjing!!!.... Tp wa cool...
Kata mereka :
Siapapun kita, samada remaja atau orang tua pastinya memiliki keegoannya masing-masing. Keegoan ini kadang-kadang menjadi sumber kekuatan untuk kita mencapai satu ketinggian dan kejayaan tetapi kadang-kadang ianya menjadi tembok atau hijab untuk kita menerima dan melakukan perubahan. manusia boleh melonjak mulia kerana kegoannya bahkan ada yang terhina ketika keegoaannya diluar kawalan.. SAUDARA UMAR...

Kata Aku? :
Aku masih hidup di persimpangan aku...
tepi kanan kiri, depan belakang, aku tetap aku...
Biarlah aku dengan aku...
Egokah aku?...
Aku cuba melerai rasa bangga...
Membuang rasa hebat..
Menanam rasa mengendah...
Tapi aku tetap aku, paksinya walaupun berkeliaran, hasilnya juga aku...
aku tetap mau aku...

Kata Dia?...
Aku ego (Aku balas, dia lagi ego)
Dia kata lagi, aku ego ego ego ego dan ego (Aku balas, :p)
= siapa ego? aku? ka dia? ?

Kata kawan-kawan :
Aku ego sebab perasan ensem...
(Aku balas, hodoh macam mana pun wa, wa tetap anggap wa ensem TITIK....)

konklusinya... Egokah Aku?





Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

No comments:

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.