Aku?
- Sang Pencinta
- Sabah, Malaysia
- Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..
Wednesday, August 29, 2012
Try Test
1 tahun..
Aku hidup tanpa sedar...
Aku senyum pada cadar..
Missy senyum hanya kata otak begegar....
Tanpa ikhtiar..
1 tahun..
Bernafas tapi kaku..
Aku kira paku..
Bodoh kah aku..
Gila kah aku..
Sial.. Aku masih kira paku..
1 tahun..
Ayah kata biasa..
Ibu kata Allah maha esa..
Kakak kata sementara..
Adik tanpa kata..
Aku diam, bungkam namun hati tiada rasa...
1 tahun..
Bangun, aku kira mentari terbit..
Berjalan , aku kira dibawah langit..
Duduk, aku kira sempit..
Biarlah.. tuhan hanya try test umatnya..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem
Thursday, March 29, 2012
Manis _ Setelah Lima Bulan
Aku yakin bukan kerana cinta :
Aku hilang di dunia untuk menulis keluh kesah cerita sengsara dunia, manisnya fana dan istimewanya manusia. Lima bulan aku yakin bukan kerana cinta. Buktinya si 'Bulan' tetap ceria mencipta warna cinta dalam hati.. Aku pernah jumpa Bulan :
Satu hari yang tetap aku tetap anggap seketika sehingga kini :
Senyum bila tersapa wajah suram berubah ceria terpandang diriku
Aku : Buat apa mengenang yang jauh..
Bulan : OK. Aku happy.. gembira walau berbulan dia menghilang..
Aku : Cis.. Munafik.. Dia tidak hilang di hati mu, walhal dunianya jauh dari mata mu..
Bulan : Biar.. Munafik katamu, hipokrit kata mereka, aku tetap akan mewarnakan hatiku.. Biar mahal..
Aku senyum.. sengih yang menyakitkan..
Aku : Sial..
Bulan : Sudahla.. Fikiranku yakin untuk mengatakan hati ini matang untuk mempercayai warna itu akan bercorak sendiri di hati..
Aku : Sial.. Sudahla..Dia jauh jauh untuk kau bermimpi, lebih lagi menggenggam..
Bulan : Aku pergi dulu..
Aku membiarkan pergi dengan senyum yang tidak pada makna
Dan aku yakin lima bulan itu bukan kerana cinta..
Aku juga yakin bukan juga kerana mimpi :
Jauh pada pendirian hidup aku yang sentiasa bermimpi tanpa ada kerah keringat membasahi tubuh. Walaupun 'Ilusinasi' sentiasa ada untuk bercerita.
Aku yakin pada satu petang aku ingin sekali lagi menghasil Ilusinasi, Teringat kisah lalu bagaimana senyum yang sentiasa menjadi perhatian, juga sentiasa memerhatikan senyum. Bermula bagaimana hati disambut walaupun penuh dengan nikmatnya keegoan diri.. Kala itu aku juga gembira disaat mula mengenali cinta, walaupun hadir duri-duri yang harus kutempuhi sebagai penuntut universiti yang dalam kesempitan hidup..
Arghh mimpi itu belum mampu untuk mengeringkan idea ku menulis pada blog jiwang ini.. Aku yakin bukan kerana mimpi..
Aku mungkin masih mencari saat-saat 'manis' dalam diriku.. untuk 'aku?' mentafsirkan cara hidup kepada mereka melalui 'TO'.. Ternyata semua itu memerlukan 'monolog aku' dalam sendiri
P/S : Mukaddimah menyatakan alasan tidak mengupdate blog.. Dalam diri, bertanya, perlukah blog ini untuk aku berlayar dalam menempuhi ombak dan badai kehidupan.. Herm.. aku rasa kadang-kadang fikiranku sentiasa memikirkan sial dan barua apabila aku berjiwang... Namun jiwang/romantik itu pelengkap hidup...

Subscribe to:
Posts (Atom)