Dia berjalan di lorong tiada pelita.. apalagi mengharap lampu warna bergempita menghangatkan lorong yang penuh kehancuran.. Yang ada hanya duri, duri yang menusuk kaki... Dahulunya duri itu hanya semalu kecil yang malu bila disentuh, yang kuncup bila ada tangan yang hendak meraba.. Kini, duri itu gah menjadi sang penghasil derita, agen penghasil luka berdarah.. Menjadi-jadi bila mampu menghasil wajah derita menahan perit tusukan, semakin kebal jika mampu mengalirkan tompokan darah dengan lebat, yang dia tahu akan terhasil nanah pada darah itu kemudian hari... Duri itu kian megah kerana lorong terlalu gelap.. gelita itu mampu membuatnya hebat mencipta perit pada luka... Duri terus megah dan megah tumbuh di lorong gelap...
Bukan kaki sengaja memilih jalan gelap, hati senyum... hati diam... hati tetap pada diri... Bukan juga hati memilih lorong ini.. Minda walaupun penuh fantasi, tetap mengelak luka, tetap tidak mampu menahan derita duri-duri yang tumbuh rawak tidak keruan pada lorong... Separuh sedarnya, minda juga tidak menyangka berjalan pada lorong.. Akal pada minda, rasa pada hati, tenaga pada diri bersatu untuk terus kedepan, terus untuk melangkah walaupun penuh merah darah pada kaki, wajah menahan perit dan rasa penuh khayal.. Semua dek kegelapan...
Dia mengelak lohong... Mustahil.. dalam gelap tanpa daya terhinjut-hinjut kerana lohong.. begitu juga dunia.. tanpa rata meratah kehidupan manusia.. Jika derita, dunia gembira... Dia mengalah hak dunia...
Dunia tanpa gelap, kita tidak memikir terang... Tanpa gelita, kita hanyut dalam gempita...
P/s : Tiada kaitan dengan aku... wahahahah
Hanya Penyeri Entri |
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem
No comments:
Post a Comment