;/
Aku harap aku baca blog nih semasa aku tua.. Itupun kalau tak mati katak sebelum tua.. (tema blog)
Profile time tua..
Pengenalan diri :
Mesti dah pakai spek... Tak, dah advance, lensa sentuh kot.. Aku teka mesti umur aku time baca nih 50 tahun ke atas.. (senyum tandanya betul la kan .. wahaha).. Rambut hampir nak botak tapi kaler hitam, hitam pewarna.. Pakaian mengikut atur cara majlis.. ikut tema bro.. Skema orang tua biasala..
Kerjaya :
Mesti tengah layan cucu dekat rumah.. Tak pun minum kopi pahit kat beranda rumah sorang-sorang.. Tak pun tengah usha nurse muda di waktu makan ubat kat rumah orang-orang tua.. Tak pun menari zapin sambil menyanyi lagu dangdut kat rumah sakit jiwa.. Heran, orang gila leh baca blog.. Dah advance kot..
Cita -cita :
Nak cucu ramai-ramai... Tak pun nak anak-anak datang jenguk kat rumah.. Takpun nak anak-anak datang bawa buah tangan semasa melawat kat rumah warga emas (harap sangat dia orang lawat).. Takpun nak lari dari rumah sakit jiwa.. Semestinya nak anak-anak bacakan 'yassin' setiap malam jumaat (Kalaulah tak sempat nak tua)..
Hobi :
Baca kisah sendiri di blog.. cerita zaman muda-muda.. Dah tua, tua moden pulak tue, baca blog lah, kata zaman IT.. wahahah... Ayat-ayat suci juga peneman..
Visi dan Misi :
Menunggu mati..
P/s : Aku harap aku gembira, tergelak-gelak nanti bile baca entri nih.. Yang aku elakkan adalah air mata seorang tua.. Aku tak boleh tengok air mata ayah dan ibuku sekarang.. Aku boleh sesensitif hingga ke kerak hati.. Gembira atau sedih aku tak pasti.. Aku elakkan itu..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem
2 comments:
lambat lg tu mau tua, jauh btul imaginasi (:
ada tag:
Contest Aku Berpuisi
gelak awal2 la bleh ka...hikhikhik
Post a Comment