Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Wednesday, July 20, 2011

Manis _ Besok semasa tua

;/

Aku harap aku baca blog nih semasa aku tua.. Itupun kalau tak mati katak sebelum tua.. (tema blog)

Profile time tua..

Pengenalan diri :
Mesti dah pakai spek... Tak, dah advance, lensa sentuh kot.. Aku teka mesti umur aku time baca nih 50 tahun ke atas.. (senyum tandanya betul la kan .. wahaha).. Rambut hampir nak botak tapi kaler hitam, hitam pewarna.. Pakaian mengikut atur cara majlis.. ikut tema bro.. Skema orang tua biasala..

Kerjaya :
Mesti tengah layan cucu dekat rumah.. Tak pun minum kopi pahit kat beranda rumah sorang-sorang.. Tak pun tengah usha nurse muda di waktu makan ubat kat rumah orang-orang tua.. Tak pun menari zapin sambil menyanyi lagu dangdut kat rumah sakit jiwa.. Heran, orang gila leh baca blog.. Dah advance kot..

Cita -cita :
Nak cucu ramai-ramai... Tak pun nak anak-anak datang jenguk kat rumah.. Takpun nak anak-anak datang bawa buah tangan semasa melawat kat rumah warga emas (harap sangat dia orang lawat).. Takpun nak lari dari rumah sakit jiwa.. Semestinya nak anak-anak bacakan  'yassin' setiap malam jumaat (Kalaulah tak sempat nak tua)..

Hobi :
Baca kisah sendiri di blog.. cerita zaman muda-muda.. Dah tua, tua moden pulak tue, baca blog lah, kata zaman IT.. wahahah... Ayat-ayat suci juga peneman..

Visi dan Misi :
Menunggu mati..

P/s : Aku harap  aku gembira, tergelak-gelak  nanti bile baca entri nih.. Yang aku elakkan adalah air mata seorang tua.. Aku tak boleh tengok air mata ayah dan ibuku sekarang.. Aku boleh  sesensitif hingga ke kerak hati.. Gembira atau sedih aku tak pasti.. Aku elakkan itu..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

2 comments:

hanjila said...

lambat lg tu mau tua, jauh btul imaginasi (:

ada tag:

Contest Aku Berpuisi

fisya sabri said...

gelak awal2 la bleh ka...hikhikhik

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.