Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Friday, July 22, 2011

Manis _ Dakwat Vs Ubat Gigi

Versi Mengarut :

Si Dakwat..

Kau pencipta suasana..
Indah bila dunia kau rasa mesra..
Durjana bila terhimpit sengasara dunia..

Si Ubat gigi..

Kau mencipta mekar bila berkata..
Terbias semua kadang tiada peri manusia..
Namun, kenapa mesti  busuk pada rongga..

Dunia..

Pulihkah dunia bercelaru hanya dengan kata..
Kata tertulis pada pekat hitamnya dakwat dari otak tercerna..
Kata dari gigi putih kuning yang punya pengaruh di luar sana..
Semua dari kata..
Semua juga ada rasa..

Kertas putih siap memberikan dada..
Coretlah.. Coretlah dengan semangat kau ada..
Biar...  Biar membara jiwa pembaca..
Kasar abjad mu, Kasar lagi bahasa..
Kasar tulis mu, kasar lagi budaya..
Pada noktah kau berjaya membeli jiwa..

Wajah mu bersih, namun hanya lantang suara ke udara..
Api-api kau semarakkan dengan minyak tanah menghiasi baris kata..
Kau kata kau pembela..
kau kata kau si Tuah perwira..
Kau kata dia Jebat durjana..
Kau sorokkan nafsu dalam jiwa..
Pada ucapan salam akhir, kau mampu membeli tenaga..

Kau si dakwat..
Kau juga si ubat gigi..
Satu tujuan..
Membayar dendam..
Membeli kuasa..
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

2 comments:

. said...

dakwat menimbulkan konspirasi dunia

hanjila said...

dakwat dan ubat gigi, tulisan dan kata-kata.
rasanya, tulisan lbh kuat...

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.