Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Monday, July 11, 2011

Lari Tajuk _ Aku Penuh Cerita Yang BERSIH

;'/ - Muka ganas hati ada warna.. (macam pitching jambu jak)


: Aku penuh cerita bila cerita BERSIH..

: Bosan kan.. Dah dua hari BERSIH memanjang... Tapi aku naik heran,  bersih sini, bersih situ, bersih sia, bersih sinun.. Tapi hati tetap kotor.. Hitam pekat berjelaga penuh kotor, ditambah daya nafsu menusia ingin main kotor, ingin merosakkan segala keamanan..
: Aku tidak menyebelahi mana pihak, tapi aku meyebelahi keamanan.. Jika kerajaan sekarang boleh menjamin keamanan, aku ok jer.. aku layan gomen .. Walaupun kaki-kaki kipasnya berleluasa di setiap negeri yang ingin membuncitkan perut.. Rasuah sana-sini.. Ikatan keluarga dan sahabat menjadi penyambung tender kontrak untuk menambah duit haram di bank..
: Aku tak salahkan orang atas, kepimpinan sekarang cuba memebenteras, namun kipas-kipas di bawah yang terlalu kuat link dengan orang tengah susah untuk dihindar.. Ada duit kopi, ada kontrak.. Ada duit foya-foya ada cerita.. Itulah amalan kaki-kaki kipas yang memang berdarah kotor yang susah dihindari..
: Kenapa? Apa kaitan dengan BERSIH.. Aku nak soal, Bersih boleh membersihkan hati-hati hitam si kaki kipas begini.. NO!! Aku rasa semakin berleluasa la rasuah... yalah, bertambah kaki kipas yang dulunya hanya kaki kipas dari kepimpinan sekarang dan akan ditambah dengan kaki kipas dari pihak pemerintah baru ( kalau terjadi ).. Aku benci rasuah.. kaya tetap kaya membuncit bangga, miskin terdampar penuh lapar..

: Tapi : InsyaAllah hati aku akan menyokong BERSIH jika hati aku dibuka oleh NYA yang memberi pentunjuk bahawa BERSIH betul-betul BERSIH mengikut jalan Allah, Dan InsyaAllah aku tetap menerima kerajaan sekarang jika betul-betul mensifarkan amalan rasuah yang menjadi-jadi dalam kehidupan realiti sehari-hari di Malaysia...
: Yang aku tengok sekarang

  • BERSIH - Caci maki di FB, twitter dan laman sosial lainnya.. aku belum dapat terima itu sebagai BERSIH ke jalan Allah.. Ke arah Malaysia adil dan aman damai?.. Penuh amarah dalam caci maki, melayu sama melayu berFUCK, berHANTU, berSIAL sana sini.. How come? Sesama bangsa lain? wallahualam..
  • KERAJAAN - Cuba membersihkan amalan rasuah, namun pangkat dan pengaruh menjadi halangan untuk mensifarkan amalan itu.. COMMON.. Kalau tak nak 'kacau' please bersih sebersihnya segala yang kotor itu.. Masyarakat sekarang dapat menilai.. Dapat berfikir dengan matang dan sewajarnya..
Aku mengambil hak sebagai penulis bebas. Dan bebas bersuara positif demi keamanan MALAYSIA tercinta...

Aku juga suka pendapat Cik SHAHIRA KHAIRUDIN tentang sedihnya anggota keselamatan dalam menangani isu bersih.. Entri nya di SINI..

P/S : Aku hanya mengungkap tajuk kecil, bercerita hanya mengenai rasuah, walaupun aku penuh cerita dan bukti...

lucu pic nih.. tau ka mamat portugis nie pasal 8 tuntutan BERSIH.. Hebakkkk

Sumber : Pacek google



Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

8 comments:

f.aliaa said...

betul tu,...keamanan tu penting...doa2kanlah yang terbaik,insyaAllah

Sang Pencinta said...

@ falia..

aku suka aman..

Misya Mialen said...

jangankan d fb dik, dalam dialog harian pun blh main maki2.huhu...terus macam no komen;D

elnino de moona said...

ceh.. bersih jugak d layan.. tag org nda d layan...;p

Sang Pencinta said...

@ kak misya..

Biar mereka dengan agenda mereka..

Sang Pencinta said...

@ kuasa bulan..

segmen? owh lupa la wahahha

Fadzmie said...

Pasal Bersih ni, aku duduk tengah-tengah. Sebab dua-dua salah.

Bersih salah sebab caranya tidak betul. Mesti diorang bilang yang cara ni saja boleh membuatkan tuntutan diorang didengar. Padahal ada lagi cara lain yang lebih aman.

Gomen salah, untuk sebab-sebab yang kita semua tahu. Rasuah segala. Sampai aku pun bosan dengar rasuah sana sini, dari atasan sampai lah bawahan.

Sang Pencinta said...

@ fadzmie..

hehhe kadang2 kita hanya mampu mengharap.. kuasa bukan di tangan kita..
disebabkan tangan terikat, jadila entri nih.. hihihi

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.