Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Tuesday, June 28, 2011

Aku? _ Aku Tunggu Mahumu


;'/


Aku hanya memberi kekuda seperti mahumu...
Kekuda erat menunggu serangan mu...
Sendi kian lemah menurut apa mahumu..
Sendi harus menanti jenis seranganmu...
Aku lemah pada mahumu...
Aku bingung dalam himpunan kata-kata mu...
Aku harus sahut cabaranmu..





Kepalaku tunduk bukan menikus kaku..
Bahu meninggi bukan terpaku..
Hati berdebar bukan takutku
Tubuh berpeluh bukan ku layu
Jemari bergetar aku menungu..
Menunggu..
Menunggu kamu...
Menunggu kamu dan mahumu...
Apa mahumu..
Hanya lintah yang terpesong pada ragamu...
Mendabik dada hanya pada sekitarmu..
Aku di sini menunggu..
Datanglah, lunaskan mahumu...

Sah kamu hanya hantu..
Bernafas siksa dalam buntu..
Apa mahumu...
Mencelah pada sakitnya sekitarmu..
Menerobos segala peritnya kamu..
Apa mahumu...
Jahanam itu berkuasa pada kamu...
Kehancuran itu adalah dirimu..
Apa mahumu..
Di otak mu adalah batu..
Tanpa cair terus membatu..
Batu itu tuhanmu...
Batu itu peganganmu..

Apa mahumu...
Hancur pada kehidupanmu..
Atau terdorong oleh nafsu menjadi hantu...
Mungkin aku harus buntu melihatmu...
Mati terpesong itu kamu..
Syaitan itu pujaanmu...
Neraka itu rumahmu...
Itulah mahumu...
Sial kau hantu !!!...



Sumber Gambar : This Is avanged @ Azlan J
Tukang reka       : Azlan Johar

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

4 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Aku hantu. Dan aku laparkan otak manusia. Huuuu.

Domo Mega said...

byklah berdoa supaya hantu x kacau kita...^_^

Sang Pencinta said...

@ fadzmie..
kau bukan jantu ging.. kau zombie.. cari darah si dara wahahaha..

joking..

Sang Pencinta said...

@ domo mega..

ya betul.. kalu ada hantu dekat tepi tuh cepuk biar empuk.. wahahha

....: TAK BEST :.....

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.