Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Monday, June 20, 2011

Lari Tajuk _ Cintaku Penasaran

Wa bukan nak tunjuk pandai bila bercerita isu-isu cinta nie. Wa terlalu cetek jika ingin bercerita tentang CINTA. Tapi wa banyak kawan, Wa kawan dengan beratus si Polan Bin Polan, Berpuluh YB Tanpa Nama, beberapa ekor Dato' Kecundang dan beberapa Minah Senteng. Pengalaman mereka inilah wa kumpul jadikan idea yang merapu. 

: Seperti biasa, cerita tidak berkaitan dengan datuk yang baru nak dapat cucu ataupun YB yang dihormati di depan, tapi diejek di belakang. Maaf, mereka tiada kaitan. 

Sumber : Manipulasi. Halusinasi. Inspirasi @ Azlan J
: Dan semua adalah kisah klise : Mana tak klise, cerita cinta nie kan dari zaman datuk moyang kita, Time tu jer dah ramai naik fedup nak baca kisah cinta nih : So kalau tak suka, bukan menghalau tapi wa bagi option : Wa sarankan terjah blog yang ada tips nak naikkan trafik , tips mengundang ramai follower yang tidak akan jadi pembaca atau teman maya :

(Argggghhhh... Sampai bilakah aku begini, lain tajuk diberi, cerita lain ditulis.. LARI TAJUK SUDAH..)

: CINTAKU PENASARAN :

: Bila testing-testing time :
: Wa tak peduli korang lelaki atau awek. Sebab korang akan melakukan ini dalam bercinta. Kata member wa la. Sentiasa berlaku di awal perkenalan.

Kata hati : ( Kelakuan )
: Dia cinta aku? Atau hanya permainan ?..: ( cek semua mesej kat Telefon tangan, cari part-part luah perasaan pasangan. berfikir samaada luahan cinta kah itu atau hanya bermain kata)
: Dia betul-betul ka nie ?..: ( penat jari nak scroll tetikus, hanya bertujuan mencari status Muka Buku pasangan samaada berkaitan dengan dia atau tidak )
: Akukah yang dimaksudkan..: ( Berkaitan dengan muka buku. Mula berfikir tentang kelakuan diri samaada sama dengan status si pasangan di muka buku)
: Siapa yang ter'over' ..: ( Mulalah ego tak nak call or massage dulu. konon tak nak dikatakan terkejar-kejar padahal, mata tak lekang di skrin telefon, dan asyik buka wall muka buku pasangan)

: Bila main tarik tali :
Ahaks.. Keegoan melampau kan. Konon ingin menduga hati pasangan, samaada jujur atau ikhlas menerima cintanya. Selalu lelaki yang buat nih. Wa terkecuali. Konon ingin melihat reaksi si pasangan samaada sedih ataupun tak peduli. Ego lelaki lah katakan. 

"Kata Dia" : "Balas Pasangan" 
( terpulang samaada melalui pesanan ringkas, Komen di muka buku ataupun telefon. Time jumpa mustahil kan)
: "Saya ada pengakuan wak" : "ok.. pa dia"
: "Emak saya nak tunangkan saya dengan sepupu wak" : "Ok"
: "Ok Jer wak" : "Dah tue nak cakap apa"
: "Awak tak sayang saya wak" : "Tak sangat, Saya pun berbaris lagi nih tengah menunggu jawapan saya wak".
Muka cuak.. Diam tanpa kata... Sakit dengan plan sendiri.. ambikkkk...

: Endah tak endah :
Sekurang-kurangnya bagi la perhatian dengan pasangan yang bersusah payah nak membuatkan sesuatu dengan kita. 
: Ini kisah lelaki, kisah teman wa : Awek dia susah payah basahkan tangan, tampal muka dengan tepung, konon dan menyiapkan Kek Batik, Kek coklat.. Dengan sepenuh hati dan penuh ikhlas dia menghantar. Boleh dia kata " Beli ker wak?" " Sedap eh?" "simpan jer situ, lapar kang makan la"... Mula la awek berlari mendapatkan ferrary, memecut mengejar Jhonson Button dan Fileppe Massa kat depan. 
: Ini pulak kisah wanita, teman wa : Si lelaki jauh-jauh mencari hadiah walaupun murah tapi dalam hati berpendapat yang  hadiah itu sangat disukai oleh si wanita. Boleh si awek kata " Benda macam nie banyak kat rumah "... "Lain kali cari la yang cantik-cantik".. "Berapa harga nih?" berlaku lagi kejadian yang susah hendak diterima akal, dengan selipar jepun, mula la memecut mengejar Osain Bolt dan Tyson Gay kat depan. 

: Amaran! :
Simple, baru kenal belum mengenali hati budi dalam-dalam dah buat notis amaran, " awak jangan nak ambil kesempatan".. "Awak jangan nak kikis saya".. "Awak jangan nak rogol saya"
: hah, ini wa setuju disebabkan banyak kejadian kurang nak berakal muda-mudi sekarang. Tapi hati-hati kerana ada jenis hati yang suka memendam.

: Merendahkan Pasangan :
Dah pasangan tu pendek, boleh dengan keslumberan dia panggil pendek jugalah dalam pertuturan seharian. Sampai bila pasangan nak tahan. 
: Selebihnya cari dan pahamkan maksudnya :

Dan apabila penasaran ini sering berlaku maka kemurungan akan menyerang pada pasangan anda ataupun anda. Seperti gambar di bawah. 

Sumber : Manipulasi. Halusinasi. Inspirasi @ Azlan J
P/s : Wa sama dengan jer. Tidak lebih tidak kurang.

Tukang Reka     : Azlan Johar

Ops! Sebelum wa lupa.. Jangan lupa undi mereka nih.. Nih yang di bawah nih bah, Pekat Sabah Durang owh. Malu-malu Sabahan la katakan.. tapi inda jadi hal sebab kakak cantik menawan, cute dalam  pembawaan. Ahaks.. Nak signnn ~~~~, kata pencinta untuk kakaknya... Ahakss...


Nak lebih detail rujuk Sini



Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

3 comments:

Marcella said...

cintaku penasaran..

yang penting saling memahami dan berhati perut..takde la perasaan penasaran..ecece..

Sang Pencinta said...

marcella anggun bila bicara tentang cinta... tapi lebih anggun bila petik durian heheh

aku CeceL... said...

ketika di kedai mamak....

DULU :ketika mula2 dating la.. sang jejaka berkata:" syg duduk aja, nnt abg pergi order apa syg nak."

SEKARANG : pabila dah selalu sangat dating...sang jejak berkata dengan selamba nyer:" syg pergi order lah k, abg malas mau jalan pegi order."

usah salahkan si gadis kalau dia sudah mulai buat penilaian & pbandingan terhadap kamu selepas itu, kamu mungkin kecewa ditinggalkan kerana dia tidak mahukan lelaki seperti itu...

....: TAK BEST :.....

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.