Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Tuesday, June 21, 2011

Lari tajuk _ "Intensif" Bahagia Si Suami

wa kurang beridea nak cerita. Tapi ada la ulasan berita yang membuatkan wa tertarik nak cerita. Berita baik pada si suami, mungkin kurang gembira pada si isteri.


"KOTA BHARU 21 Jun – Kerajaan Pas Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada golongan suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya itu daripada diketahui isteri dan anggota keluarga yang lain.".....


(nak tau lebih lanjut selak sumber kat bawah nih)


Sumber : Utusan Online : Terkini 


Pendapat wa dan member-member wa yang kureng nak bernas :
i. Suami senyum isteri menggigil...
ii. Suami spot lain, isteri sedia pot pet pot pet..
iii. Suami cari lebai, isteri nak tibai..
iv. Suami kata good idea, isteri kata "oh my god!"
v.  Suami menadah tangan, isteri pasang tangan..


Pendapat yang bernas:
i. Supaya kurang nak kahwin lari, tanpa pengetahuan isteri, sebab siapa yang tak nak duit free kan..
ii. Perkahwinan sah di sisi undang-undang negara, tak yah nak seberang sempadan..
iii. Tiada lagi perbalahan berdarah sesama sendiri, sesama saudara, sesama agama selepas itu.
iv. Hak kemanusiaan setiap isteri samaada isteri muda ataupun isteri tua, mahupun isteri baru angkat terbela. Tiada lagi nak main sembunyi-sembunyi di negeri orang.  


P/s : Setiap keputusan atau idea dari mana-mana pihak adalah bersebab dan mempunyai daya fungsi yang bernas. Kita hanya mampu memberi pendapat.




Update : letak "" kat intensif kerana Shehan Studio peka dengan kesalahan wa. TQ. Namun ada kisah di sebalik cerita. (sehari selepas N3 ditayang)  

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

10 comments:

hanjila said...

ni brita gmbira utk si suami atau si isteri...

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

anda berjaya mengetahui apa yang sy nak sampaikan... geliganya dia.. tahniah..

waka waka eh eh

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

lari tajuk kan? hahahha

Marcella said...

suami sengih lebar..isteri tak pasti nak sengih sebab suami jujur atau meraung sebab dah dimadukan..haiilaa..

Shehan Ismail said...

yeah..tp kn.. tau la lari tajuk. typo tuh. huhuhu.. insentif.. bukan tusyen intensif. heeeeee

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

akhirnya ada org perasan hahah..

INSENTIF untuk si suami.. bayaran tau ELAUN kepada suami...

INTENSIF untuk si suami mencari isteri BARU hahahah...

TQ Shehan ismail.. kadang ada benda kita sengaja.. tapi akan berhati-hati pas nih.. terimakasih kerana ambik berat...

Shehan Ismail said...

perhaps, i should guard my hubby from attending any intensive tuition.. the teacher might lead him in a wrong way.. hahahaha

encik pencinta.. y not u remove comment moderation nih? g check kt setting.. mommy dh malas nk menaip verification word tuh. hihihihi

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

ok ibu manis... masih baru di dunia blog.. banyak nak belajar lagi..

Shehan Ismail said...

hahaha.. sama lah.. baru jugak.. tp, hr tu dpt teguran. so, nk jugak tegur org lain. sama2 menuju ke arah kejayaan. cewaaahhh

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

heheh Tq..

....: TAK BEST :.....

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.