Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Monday, June 20, 2011

Bulan Dan Monolognya Dalam Cinta... (EP 5)

Ep 5
Tiada kata di pembaringan. Hanya ada khayalan dan kerinduan. Kekusyukan mati bila telefon tangan si bulan berbunyi. Muka ceria, tangan laju mencapai, jari-jemari memainkan peranan. 

Pesanan ringkas di skrin telefon : (Kata hati Bulan)
: Hye cintaku yg sewel
(Iya.. memang aku sewel.. Memang aku gila.. Bodoh!) 
: Ceh, kili-kili nie jg yg ko rndu kankankan..
( Kalaulah itu yang terluah pada kataku, dan kau memahaminya )
: ya ka? bkn ko nanges ka tem kuar dr aport kmarin..
( Gulp.. Huh.. )
 mo mengeksen lg tuh. K nite, bsok keja blg abgmuh nih..
( Hummmhh... Kalaulah kamu ada di sisi ku ketika itu... )

Kisah Semalam : Menghantar Torrest di Airport : 

Lambaian yang sedikit kuat pada awalnya kian mengendur setelah Torrest memaling wajah menuju ke hadapan.  Dan yang pasti Bulan sendiri. Terasa kosong. Tidak mampu berdiri, dalam minda mungkin pembawaan penat, namun hati mengerti kekosongan itu. Duduk di satu sudut memerhati keramaian orang. Mata melihat namun hati buta pada tempat. Dia pasti, dia kosong.

Kata hati Bulan :
Aku ingin lihat kau terbang, tapi hati ini menafi...
Aku ingin gembira kau mengejar cita-cita, tapi hati ini berat...
Aku ingin lihat kamu berjaya, tapi hati ini tidak mengerti...
Atau aku yang kurang mengerti...
Kau kata kau ingin disini pada titik kita berdua...
Kau kata kau ingin sentiasa duduk bersama demi berkata denganku...
Kau kata kau ingin berdiri, berjalan seiring demi rasa kita yang tidak terluah...
Tapi aku kata tidak..
Tapi aku keras menolak...
Aku biar kau pergi demi hadapan..
Aku biar kau pergi mencari apa diri mu...
Aku biar kau pergi demi rasa hati kita pada titik mula kita kenal...
Biarlah hati ini lara..
Biarlah hati ini lencun..
Biarlah hati ini siksa..
Demi titik aku percaya kamu akan pulang..
Pulang pada aku..
Bahagia bersamaku...

Mengeluh panjang. Cuba berdiri, mampu berdiri dan berjalan. Tampak lemah sehingga ke dalam kenderaannya. Kaca mata hitam yang dulu sebagai penyeri kini di buka. Kaca mata itu bukan lagi penyeri. Tugasnya kini melindungi. Melindungi untuk torrest tidak melihat. Untuk Torrest tidak memperbodohkan hatinya. Hot Fm celoteh sang Dj tidak menarik minat. Bulan masih tercegat, tidak menunduk ataupun merebahkan kepala... hanya memandang hadapan, lurus kehadapan dengan tangan bersilang di paha. Mata yang berkaca sedari tadi kini mula penuh. Air mata mencerun laju membasahi pipi. Tanpa suara, tanpa sedu sedan, hanya air mata mengubati si hati. 

: Hari ini : Selepas menjawab pesanan ringkas Torrest : 

Hati si ibu tidak betah untuk melihat kemurungan anak gadisnya. Masuk ke kamar dan mula duduk di birai katil. Mengurut lengan si anak. Memegang rambutnya. Mencium pipinya. Bulan hanya diam, kaku. Si ibu mula membaringkan diri di sisi si anak. Bulan dalam posture membelakangi. Ibunya memeluk dari belakang. Bermula dengan bahu yang terketar-ketar, air mata Bulan sudah mula mengalir. Semakin deras. Dengan senyum biasa, ibunya memeluk erat dari belakang. Semakin erat. Terdengar sedu sedan Bulan. Kini tidak tertahan. 

Kata Ibu : (Kata hati Bulan)  "Dialek Sabah, Tawau-Sandakan"
: Kesian juga kau nie..
: Nangis la nak.. kalau itu boleh kasi ubat...
: Ada ka juga dia telefon?...
(Angguk..)
: Ok ka sudah dia sana...
(Angguk)
: Mama percaya sama dia.. biarlah dia.. Kejar dulu apa yang dia mau.. Balik juga tuh pigi sini nanti..
(Itu juga yang ku kata wahai ibu.. Sering ku kata kepadanya.. Tapi hati ini)
: Mama nie inda tau la macam mana cinta-cinta nie. ketawa jak mama dengar. tapi satu saja, jangan lupa tuhan. Minta petunjuk dari dia. Tenangkan hati. 
: kesian bah bapak muh tuh. Risau dia tengok kau nie.
: Mamak keluar dulu. Pigi mandi, terus sembahyang maghrib. Bapa sama mama sembahyang dulu..
(Angguk)
( Terima kasih ibu..)
( Maaf ibu, maaf ayah, anak mu ini tidak kuat untuk menerima)

Hari berlalu dengan simple.. Seperti biasa kotak robot sebagai peneman. Teman-teman di maya sentiasa memerhati. Satu dua teman sudah mula jatuh hati. Terpikat dengan celoteh dan keakraban si Bulan di maya. Pengunjung maya suda berpuisi cinta di hujung maya. Namun hati Bulan masih kaku. Pengunjung maya itu masih mengejar <<<------- Ep 6

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

4 comments:

Rtp Farra Arisha said...

kreatif. dialognya pun bagus juga :)

Fadzmie said...

Sabar Bulan. Masa-masa macam ni, TRUST seseorang partner lah yang amat diperlukan. Bak kata orang-orang old timer, kalau memang itu jodoh yang sudah ditetapkan, lari lah hingga ke hujung dunia, pasti kan bertemu juga.

Sang Pencinta said...

masih belajar... TQ Farra

hanjila said...

bulan oh bulan, jgn menangis lg...

kirim salam pd bintang...

....: TAK BEST :.....

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.