Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Thursday, June 9, 2011

Lari tajuk _ Aku Bukan Siapa-Siapa (Kisah 3)

Dari mata pindah ke mata terasa di hati

Siapa? Istilah yang digunakan apabila kita hendak mengenali atau mencari seseORANG dan juga BINATANG. Ek? Wa kredit subjek BM untuk SPM, tapi wa nak juga gunakan siapa untuk binatang. Dah binatang itu seorang manusia, hidupnya bercirikan manusia walaupun berhati binatang. Makannya adalah nasi seperti manusia di Malaysia, tapi wajah umpama najis binatang, rumahnya berukir indah bertiangkan batu seperti manusia, tapi hidupnya seperti di kandang binatang yang tidak mengerti cara hidup sebenar sebagai manusia. Sebab tue bila wa nak tau detail tentang binatang tue wa menggunakan perkataaan tanya "siapa" untuk binatang tuh. Siapa binatang tue? Wa harap betul2 dia menjadi binatang!

Kata Pakcik Deraman : (Jawapan wa)
: Siapa Binatang tuh!?!! Siapa!!?!
( Binatang? Owh, yang berapa kaki pakcik?)
: Kau jangan nak naikkan darah aku. Dengan kau-kau aku tampar nanti!?
( Saya bukan binatang pakcik. Saya manusia)
: Jadi Siapa Binatang Tuh? Binatang yang berani-berani keluar dengan anak Aku!?
( Anak pakcik binatang eh?)
: Ku sepak terajang dragon ball juga budak nie nanti!!!
( Jangan pakcik.. rileks, tenang, putihkan hati, putihkankan jiwa.. (muka cuak)
: Budak nie!!! Baik ko tunjuk Binatang tu!
~ dengan hati suci bersih wa bawa pakcik tu ke reban ayam belakang rumah~
(Yang mana satu pakcik. Jantan ka betina?)
: Jantan, anak pakcik kan betina. Kau belah lapan belas, kau suruh makcik kau masak . 
( Jadi inilah binatang yang ber'skandal' dengan anak pakcik tue?)
: yes of course, inilah binatang itu, yang mengucar kacirkan hidup keluarga pakcik. ok, Pakcik nak naik bulan dulu, nak jumpa tuhan, dah jumpa tuhan pakcik turun makan. masak sodap2 macam kat tv 'masak lomak cili api' tu (slank nogori)
~pakcik Deraman berlalu dengan berkaki ayam bersenjatakan parang kayu dan senapang mainan. Wa hanya menggeleng kesian dengan pakcik Deraman, Dalam hati wa ikhlas melayan di atas title pakcik yang dipegangnya walaupun dia separa manusia~
( Kisah bukan rekaan, berlaku depan mata)
Hahahhah, maaf kalu wa mengucar ngacirkan dialog ini, yang mana pada awalnya wa hanya ingin menerangkan tentang SIAPA untuk BINATANG.

Konklusi : Orang gila pun dapat membezakan antara manusia dan binatang, atau lebih mudah, manusia bertopengkan binatang. Harap-harap mereka (pesakit mental) pun boleh kenal pasti binatang-binatang itu, sebab wa takut mereka sentiasa diperbodohkan di luar sana. Yang memperbodohkan itulah  binatang. Jadi, bila wa dengar ada orang yang memperbodohkan pakcik Deraman, wa akan cari dan tanya SIAPA binatang-binatang itu? Babi Buta atau Hanjing!

Wa simple dan bergaya. bergaya la sikit sab wa pandai pakai deodorant lepas mandi. Buat apa nak bergaya lebih-lebih sebab 'wa bukan siapa-siapa'. itulah fokus wa hari nie. Untuk mencapai tajuk utama iaitu 'lari tajuk' wa terpaksa memesongkan cerita kepada perihal si babi buta dan si hanjing tadi.  
: cerita selepas nie harap wa ja yang rasa, tiada kaitan dengan mereka-mereka yang memelihara babi atau anjing. sebab babi dan anjing juga ciptaan tuhan. wa suka babi sebab wajah cutenya mencairkan wa untuk terus melihat bukan memeliharanya, dan anjing wa tak berapa gemar sebab wa selalu jadi mangsa menjadi pelari pecut seperti tyson 'gate' (gay sebenarnya tapi tak gemar nak pakai), bukan osain bolt sebab wa belum pernah cipta rekod. wa bukan siapa-siapa. Wa lari tajuk lagi. Ok fokus. 

Wa bukan siapa-siapa bila:-

Bukan iklan nike tapi promosi nike tidak berbayar..
 lakukan saja tanpa berlengah

: Wa selalu berangan :
"Dalam hati ingin nanti jadi pencipta roti"... Idea nie datang bila wa termakan roti hangus walaupun wa order roti bakar. Sebab tue wa berangan nak cipta roti supaya manusia-manusia di dunia tidak perlu menghadapi roti hangus apabila terlalu mengidamkan roti bakar yang yang garing, penuh dengan kemanisan kaya asli atau jem segar sebagai inti. Siapa yang harus dipersalahkan. Kilang roti atau kedai mamak yang sentiasa cincai dalam memberikan layanan mesra kepada pelanggan. Sementalah kedai mereka 'open 24 hours' layanan roti hangus yang diaorang beri. Dengan ber'tapaukan' hujah-hujah bernas dari daerah selatan hindu, wa hanya diam tidak terkata apabila tauke kedai dapat menundukkan hujah-hujah wa yang nak minta ganti roti baru. nasib wa ingat wa bukan sapa-sapa. Maaf bukan salah pencipta roti, tapi betul wa berangan jadi pencipta roti time tue. ahaks.. (lari tajuk)...
"Dalam minda ingin bina balai raya".. Dalam hati wa yang dalam-dalam nih, dengan jujur, kalau wa dah cukup duit wa nak buat balai raya dulu, kahwin-kahwin belakang. Dan balai raya tue khas untuk siapa-siapa hendak melakukan aktiviti persatuan kampung atau taman perumahan. Tak payah nak mintak kunci dan akhirnya dapat alasan, " Balai raya tue untuk meraikan kedatangan Yang berhormat atau VIP-VIP yang melawat kawasan perumahan nih". Cantek!! dalam hati wa. Satu tugas murni dari penjaga balai raya merangkap pemangku ketua perumahan yang menunggu ketua perumahan yang tengah nazak jalan meninggalkan dunia... 

: Wa selalu memandang, tapi sifar untuk dipandang :
Selalu bila wa tengok peti TV, wa terbayang kenapa wa mesti pandang dia, dalam hati bertanya " adakah dia turut memandang wa yang tengah kusyuk dengan gaya terjongkat, dagu melentok ke bahu menyaksikan dia dan dia beraksi di kaca TV. itulah wa, berfikir yang tidak patut difikir demi menyelesaikan persoalan yang bersarang di kalbu.. chewahhh.. Ayat..
Tapi wa gembira bila seorang yang wa minat dalam penulisan blog menjengah blog cikai-cikai wa nie semalam. Malam nie wa tak nak highlight nama dia macam semalam, kang ada Si Polan Bin Polan atau YB Tanpa Nama melabel wa kaki kipas yang minta dipuji @ di 'up2'. Cukuplah wa katakan dia seorang penulis yang gila. Best. (kalu free2, komen sekali wei.. walaupun cara nak improve penulisan adalah dari gilanya si penulis membaca, namun komen penulis 'pemez' juga wa dambakan.. cewah..)<<<---- To her.. Lari tajuk sudah..

: Wa selalu mengelak bila hati dicuit :
Wa rasa hidung wa pesek, tinggi wa tak tinggi mana, hensem wa tak hensem seperti yang diwar-warkan semasa menggunakan nama timangan pilihan sendiri, 'AmkaNsem'. Tapi ramai keturunan hawa, main cuit-cuit dengan wa. Bukan Kepalang hati wa melonjak perasan. Cuit dicuit perkara biasa bagi wa. Wa lelaki sejati cukup ada itu ada ini pada fizikal dan mental, namun hati ini sangat marah bila dicuit. Bahasa mudah perempuan ngorat wa. Ingat apa, wa nie tak pandai nak pewwittt atau siul-siul minah-minah ek?.. Malu bagi lelaki untuk menjadi mangsa pewitt wanita. wa jantan, wa patut pewwitt dulu. Sial. Sangat bermaksud bagi wa.  Wa pemalu tapi wa sangat bersopan susila. ceh..
Tapi sadisnya mengenai cuit-cuit nie bila hati dicuit awek maya. Bukan wa rasa, tapi sepupu pada adik kawan wa. kesian wa tengok, mamat nie jiwang nak mampus. Orang dah mampus pun tak jiwang macam tuh. Berkenalan di Fantasi Berimaginasi, Ber'dating' di muka buku, meluahkan isi hati FB. tapi yang wa tak tahan boleh plak dia hilang ribuan ringgit untuk cinta maya dia tue. Konon cinta nak mampus tapi hancuss. Malas wa cerita, "basi sudah kan ini barang?". Biarlah dia gantung diri ataupun menghancurkan broadbandnya sendiri.
Ini plak kisah terlebih sadis. Member berbunuh sesama sendiri bila hati awek dicuit oleh sang teman. "harapkan pagar, pagar makan padi" tapi medan pertempuran adalah di 'Dota' ataupun PES (sekadar hiasan). Tapi pada wa, selagi belum diijab kabul wanita itu berhak meilih siapa-siapa. Tiada fatwa daripada munsyi2 mengatakan "jangan kacau awek orang". Atau "awekmu awekku juga". Jadi wa selalu berada ditengah apabila mereka berbunuh, berhunus senjata, berletup senapang, mengharap mereka berdua layu di medan perang, dan kesimpulannya wa yang dapat awek yang mereka rebut itu, ahaksss... Cantek kan..

: Wa selalu tabik spring, tapi spring mudah tanggal dan tercabut :
Cerita nie bila wa respek seseorang. Wa nie mudah untuk percaya pada mereka yang boleh dikata 'power'. Pendekkan cerita, Pada suatu hari... Angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai, minah tue pakai bikini mencipta berahi. Perghhhh.. Kat muka buku penuh gambar tudung litup, siap ikat bawal, sulam bawang putih, lipat halia... suma la cerita pasal tudung.. Muka memang nak kena buku, padan gak ngan buku lali. Macam sial ja wa respek nak mampus alih-alih tayang body putih melepak.. Mata gatal wa turut memandang. liar pada kawasan tertentu, cet gatal!.. Body solid gitar, Semua jadi, sangat menggiurkan dan sangat menarik liur untuk meludah jika teringat muka buku. Seorang artis yang suam-suam kuku. Selalu bertudung ayu. Cukup! Biarlah dia dengan dunia mereka. Wa geram sebab wa dah respek. Sial!


Ps: Wa bukan siapa-siapa tapi berhak mendapat layanan sama rata. Kan demokrasi Berparlimen.. wa layak apa... Jenuh mata memandang junub lagi otak berfikir.. "kasi ngam jak bah"... 

  

Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

No comments:

....: TAK BEST :.....

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.