Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Wednesday, June 15, 2011

Lari Tajuk - Segmen Angah Tentang Bahagia

Perghh.. segmen nie buat wa kecewa seketika.. Brother Ben tunjuk Angah ada buat segmen, sekali tengok tarikh tutup 15 jun, 10.30 malam, wa tengok clock dekat pc, dah 15 jun, wa kecewa, wa nak bunuh diri ahaksss.. Sekali komen angah datang mengatakan segmen dia belum tutup.. pikir nyer pikir sekali terfikir yang wa tengok clock pc selepas 12 tengah malam.. wa caya sama wa, bengong malam nih.. ahakss.. <<-- lari tajuk sudah.

Ok fokus!

Tajuk : Segmen_ceritakan serba ringkas apa ertinya bahagia pada anda <<<--- joint
Memang penuh jiwa la <<<---- klik

Bahagia Pada Mata Kasar :
Di satu masa aku ternanti akan maksud bahagia. Bahagiakah aku? kadang terbawa dengan bahagia si Polan Bin Polan yang dasarnya sentiasa senyum gembira, penuh manis di wajah dan ceria dalam pembawaan tubuh. Sapaan indah senantiasa pada sekeliling. Hatiku bertanya, itukah bahagia?. Luaran yang menarik disamping tertariknya orang yang menerima sapaan. Adakah itu bahagia yang ku cari, yang harus aku dambakan pada diri dan yang perlu ada pada hati yang kusut, selerak dek dunia. Aku juga terpandang pada Yb Tanpa Nama yang gah menghunus kata-kata pada kempen yang bukan perang. Menceriakan diri dengan cara menceriakan sekeliling. Ikhlas caranya sentiasa dalam kotak minda bersalut tanda tanya. Sekeliling!, jujurkah mereka bergembira dengan cara gaya Yb Tanpa Nama, tanpa mengharap belas kasih dan suapan berupa nilai. Sekali lagi, itukah bahagia yang ku cari? itukah bahagia yang ku dambakan?

Bahagia Pada Minda :
Sekujur tubuh disudut terperap dengan tanda tanya. Bila bahagia itu datang? Di minda sentiasa berfikir untuk ada  peneman sentiasa menceriakan dan aku membalasnya ceria. Itu dalam minda. Aku ingin berfantasi dia senyum bila aku berusaha menggembirakan dan aku ketawa bila dia mula memberiku senyum. Hanya itu yang aku inginkan. Namun itu satu khayalanku yang terbit di dasar minda. Itulah bahagia.

Bahagia Pada Hati :
Hati hanya ingin gembira. Gembira apabila aku yang menghasilkan gembira dan mereka juga gembira hasil daripada aku. Aku bukan pencantas pada bahagia bila merata tanah tinggi, menembok segala lurah demi mengejar nilai tertinggi dalam hidup, nilai pada kuasa, nilai pada harta dan nilai pada kekejaman. Hati menafi maksud bahagia begitu. Hati tulus ingin ceria dan menceriakan sistem kekeluargaan sementara, menghasil segala suka dan duka hidup sementara sistem dunia, seterusnya mencari maksud bahagianya akan datang dengan memanjat segala perintah maha pencipta.
: inilah bahagia yang ku cari.

: AmkaNsem :



Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

5 comments:

anGah said...

ang memang sempoi.. huhu
thanks sudi join segmen.. entry ayat mendalam.. perghh.. bahasa sastera sabah.. huhu best aar.. thanks :)

Sang Pencinta said...

heheh Tq masih hijau.. masih mencari-cari tulisan dari angah setiap kali berblogging

khansyaa' al khairiyah mohd ujang said...

wow ! best gilaaa ^^
sangat mendalam. heheheh. jeles -.-"
bila lah dapat buat ayat2 mcm ni ^^

The Norah said...

berteduhlah sahabat
sekalipun diluar hanya gerimis
nanti kau akan terbiasa mengharung badai
sekuat manapun amukannya

pertama kali datang menyapa
sahabat,salam hati :)

s u a r a h e a R t y said...

naaaa. . . .bulih bha kalau kau ~

....: TAK BEST :.....

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.