Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Friday, June 17, 2011

Lari Tajuk _ Minah Gambar

Wa terfikir sesuatu tentang minah, Biar wa pantun pasal minah...

Minah bukan nama diberi..
Minah sebab gelaran wanita...
Minah ini sangat berisi..
Bukan di lemak tapi hatinya...

Minah juga kaki cerita..
Gelaran sebab dia di benci..
Aku bukan perkecil wanita..
Kerna lahirku dari wanita berhati...

Minah juga kaki membenci..
Kerna kejadian asal wanita..
Bukan cerita caci mencaci..
Tapi cerita tentang cinta...

Ceh ceh kececeh.. Ahakss.. Mengarut sudah... Pot baik buat pantun serkap jarang hahah.. (wa pun kurang paham dengan pantun wa dan apa kaitan dengan tajuk diberi) <<<----Lari Tajuk

: (sebelum tue, cerita wa tidak berkait tentang wanita yang kaki bergambar pose cute kat header blog, yang pasang muncung, kilatkan mata atau tebalkan bibir. Juga bukan cerita pasal mamat-mamat sebab, "dah tajuk wa beri minah gambar".. Kalau boring kat blog or N3 wa, sila-sila, bukan menghalau cuma jalan diberi hahaha jok)

Sumber : Manipulasi. Halusinasi. Inspirasi. @ Azlan J 

Bukan wa nak cerita story yang berkisahkan gambar dia atas, tapi lebih kurang la, sikit jer. Cerita wa berkisah  tentang hubung kait minah dan gambar dalam  perkataan capture, snap, spot, pose, flash dan lain-lain lah yang berkaitan dengan bidang fotografi nie. Nak ajar ilmu fotografi?!, bukan wa nak bangga diri tapi wa boleh ajar. Masaalahnya mereka kata wa eksen nak mampus, kerek belagak pandai tak nak ajar, dah korang cakap belakang wa, pot pet yang wa tak dengar sendiri dari mulut korang, macam mana nak turun ilmu. Cuba try cakap depan wa, sumpah seranah depan wa, sebelah wa, confirm 100 persen wa akan ajar apa yang wa dah belajar. Free of charge lagi kalau korang nie awek dan nak jadikan wa sebagai boyfriend. Ahaks.. Ermmm.. <<-- Lari Tajuk Lagi.. Ok fokus-fokus..

i. Kalau dah spot angle yang kreatif, snap baekkk punya, confirm begendang 100 hari 200 malam.

: Minah-minah muda mudi kurang sikit bergiat dalam acara nie. Tue hah yang dah kerja duduk opis dapat saraan penuh gomen, lepak-lepak bersahaja. Konon pagi tadi si Cinta dan Pencinta  bergaduh terbang segala kasut  3 4 inci. Itulah Angle mereka. Mula duduk kerusi rapat-rapat kunyah roti panggang cecah milo panas, ingin bercerita panas di awal pagi. Si tukang spot angle tadi mulala bercerita dengan mulut di bantu tangan dan kaki mengolah cerita. Si pengkritik gambar menadah telinga cuma mengia dan menggeleng tanpa banyak bicara. Mata bulat hati penuh kushuk mendengar cerita.
: Panas si tukang spot angle bila sang ketua mula menghadirkan diri. Hati tidak keruan kerana cerita belum tercanang sepenuhnya. Buka muka buku, Buka blog, sambung cerita tambah pemanis, tambah perasa. Ahakss. confirm puas hati cik kak itu.

ii. Selalu berpose manja pada tukang snap. Kadang tangan sendiri menjadi tukang snap.

: Klise tapi nak jadi bahan mencarut wa. Bila kata si minah tadi suka menjadi ular tanpa tulang di hadapan kamera. tunjuk dada, tunjuk bontot, tue pun kalau dah jadi, nie tak jadi lagi, usia baru 14 tahun dah pakai baju seksi zebra-zebra kaler putih tayang peha yang tak putih, tayang dada yang wa pun tak selera.. Ahaks..
Muka buku dan blog menjadi saksi. Kan dah kena caci maki oleh brother-brother sangap seMalaysia. Ahaks..
: itu cerita yang pakai baju, yang dah terlondeh sana, terlondeh sini sapa nak tanggung malu, tuan punya handphone tue jugak jadi mangsa kalau kantoi. Ahaksss..
: Pastue nak buat poster menarik kat Muka Buku dan blog. Tudung indah menawan cantik berseri si pemakai namun cacat bila balak sebelah pegang bahu peluk pinggang. Mustahil la umur 16 17 tahun minah-minah malaysia nie dah kawin. Tak kisah la, Balak korang. Tak nak komen la. (klise ngan N3 wa yang lepas)


iii. Kalau dah flash menerangkan yang gelap

: Ini susah nak cerita kerana bersebab. Bila dah menderma wa respect, wa tunduk, its ok tidak apa kalu dia nak panggil tv, majalah atau radio nak inform yang dia dah menderma juta-juta pada si polan dan polan untuk menarik undi. wa tak kisah sebab duit dia atau pun duit ketua dia. Wa tak kisah.
: Tapi wa kisah bila mana yang diderma lebih senang berbanding si susah berada dipekan sebelah. Maaf kata, si susah tadi bukan kawasan hendak buang undi, jadi tunggu ketua kampung memberi beras. Kata dia orang, wa cuma menaip. Tapi wa hargai usaha mereka, bukan senang wanita nak turun padang dan suami kat rumah sanggup plak beli sardin menjadi pencecah roti. wa tak kisah.
: Nie pulak cerita YB Tanpa Nama versi perempuan. Dah Yb kat kawasan sendiri, buat rumah di kawasan sendiri, rasa susah sama susah dengan penduduk sendiri, nie tak, but rumah kalah hollywood star di lokasi juta-juta jauh dari kawasan yang dipegang. Timbul muka bila mana kempen nak mengundi. Haram.


Iv. Menjadi jurugambar sejati... Sharp pada apa yang diingini..

: ini bukan nak mencarut kerana ini kenyataan. Susah nak tengok wanita yang rajin memegang kamera photo berbanding lelaki kini kerana bidang ini sangat dikuasai oleh lelaki. Namun dalam kiraan hati wa, revolusi bidang ini sudah menerima ahli-ahli profesional dari kalangan wanita sejak berpuluh tahun yang lepas. Wa cerita yang Malaysia ok, bukan negara barat ok. Dah masuk Utusan pun. Nurul Huda Jamal Nasir dan Norraien Nordin, Hai Huda, hai Aien.. (Nak spot dorang la, nak kongsi-konsi cerita pasal kahwin.. hakhakhak). Nak tau lebih lanjut klik di Sini..
: Yang tak best bila wanita nak berkecimpung dalam bidang photografi nie bila wa tanya hanya 1 soalan.         ( berlaku di persekitaran wa iaitu di utara terpencil Hapcheondong Korea Selatan)
Soalan wa : kenapa nak belajar photography?!
Jawapan Mereka : Nak ramai kenalan (boleh terima)
                           : Nak kena spot oleh Balak (boleh terima sebab wa pun kaki spot)
                           : Nak jadi tumpuan di majlis orang kawin ( ok, biasa berlaku)
                           : Nak kenal-kenal dengan apa yang di minati oleh boyriend (Haram! tak leh terima! Part boyfriend tue wa malas) hahha                            

Sumber : Manipulasi. Halusinasi. Inspirasi. @ Azlan J 


Konklusi : Wa sama dengan jer...

Sumber Gambar : Manipulasi. Halusinasi. Inspirasi. @ Azlan J 
Tukang Reka      : Azlan Johar
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

8 comments:

hanjila said...

sy ni tdk pndai ambil gmbr wlaupun minat ada...

tp pantun minah tu best la...

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

nak belajar.. dengan wa la.. tapi dengan syarat mesti solo, tiada boyfren lg wahaha.. jok..

pantun mengarut dia ckp best..

misya mialen said...

aku x faham, kenapa tiba2 ada cerita org lepak di opis buka cerita di kedai milo bagai.yg lain tu aku fhm selepas aku kerut2 dahi baca...hihi

samizul.net said...

Blog ni rasanya lebih sesuai jadi blog 'karya sastera' berbanding 'karya seni', keh3.. XD

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

@ kak misya.. Dah namanya lari tajuk.. koner sana.. koner sini.. mencarut jak keja..

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

@ samizul.. Sastera itu satu seni dalam hasil tulis.. mereka kata, bukan wa kata.. hahahha

tapi kebanyakannya lari tajuk bah kan hahah
... TQ layan ...

Domo Mega said...

saya ni x suka bergambar...sbb tu xde satu pun gambar saya kat blog mahupun di fb...sbb gambar tu sebenarnya haram dlm hukum Islam...tp ntahlah...skarang bukan main lgi bergambar...siap nk jdi jurugambar lgi...kui3...tpi kalau nk ambik gambar2 yg elok2 atau utk kebaikan manusia xpe...hihi ^_^

Anonymous said...

http://eekshop.com
Car owners can find an all in one large variety having to do with Sydney online and at retail navigate to the as if that is so The final up to you and style and design will be based on the buyer. Car accessories are available too every facet to do with going to be the vehicle whether interior at least exterior. Separately purchased car accessories have different functions as compared to educate yourself regarding the car accessories fitted based on going to be the company. Some car accessories and you will have as an example have enhanced features that can make going to be the car for that matter a lot more helpful gorgeous honeymoons as well going to be the business owner They don't choices increase going to be the looks but also going to be the capacity and performance of going to be the car. Auto accessories can be the case an all in one great way to explore speed up the outer be on the lookout about car,since sometimes car be able to get worn out and are going to want a revamped look

....: TAK BEST :.....

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.