Sumber : Manipulasi. Halusinasi. Inspirasi @ Azlan Johar |
Rela aku hanya untuk merindu seketika...
Namun pedihnya datang bila kau membiarkan bisu tanpa cerita...
lengang pada biasa kamu bingar...
Bulan tetap mengenal aku saban malam...
Bintang jemu memerhati aku menunduk..
Dan di kala matahari terik, aku masih di persimpangan antara sakit dan merindu..
Bila ceria segar dan penuh tenaga, aku cuba menidakkan..
Dengan erti kata aku bukan untuk mu..
Aku pegang ini, kamu tercipata bukan untukku..
Namun, hati tidak berdaya mencipta kata itu..
Hati cuba menolak kata itu..
Yang pasti aku rindu...
Yang pasti aku ingin kamu..
Itu kata hati..
Manipulasi. Halusinasi. Inspirasi @ Azlan Johar |
Aku juga disimpang...
Kayak si pengembara berhenti pada jalan..
Mencari simpang untuk berteduh..
Mencari rasa untuk sepi..
Selongkar segala apa terpikir...
Menggeledah segala apa di hati...
Bukan tidak ada rindu..
Bukan mencipta gelak tawa suka..
Bukan bergelumang dengan permainan..
Aku juga kamu bila apa yang dirasa..
Kamu rasa rindu, aku sesak juga kerananya..
Kamu berfantasi keindahan, Aku lalai kerananya...
Tersentuh deru angin aku ingat kamu..
Basah dek rintis hujan, aku terbayang kamu..
Peluh dek mentari, kamu tetap diminda..
Namun, tembok pemisah kita hanya percaya diri..
Kamu mencipta sinis..
Aku raja pada sadis..
Dan bila bersatu, Keindahan menjauh mencipta gerimis..
Cerita penat tiada sudah. Namun, ruang tetap ada pada kuasa cinta. Ruang makan yang sentiasa penuh, bising dengan karenah dan drama penuntut di waktu cuti. Cerita sana sini menjadi topik hangat semasa menjamah, mengisi perut. Si pencinta seperti biasa dengan gaya sederhana separa sedar berjalan sendiri tanpa teman. Biasa begitu kerana teman sudah menjumpai teman untuk sentiasa bersama di hari minggu. Hanya dia hidup sendiri kerana cara gaya pembawaan malu. Memilih untuk sendiri di meja yang terperosok. Banyak mata memandang, mata-mata cinta dari mereka yang belum dimiliki. Kadang galak, kadang layu dan ada juga yang inginkan pengertian. Namun seperti biasa si Pencinta, dia dengan dunianya sendiri.
Kata Pemilik Mata Yang Memerhati : (Luahan isi hati pencinta)
: Ceh tak pandang kiter.. Ye lah.. Handsome la sangat..
(what?! Macam tak penah tengok laki.. Tau la wa hensem ahakss)
: Membujang la sampai ke tua.. ahakss.. Aku? ahakss..
(maaf, cintaku sudah berempunya, namun...)
: Bek makan layan perut dari tengok mamat sombong nak mampus..
(wahai la cinta... timbullah dikau dikala ada mata memandangku.. tak cemburu kah dikau ahakss)
Mungkin kuasa cinta lebih memihak kepada mereka pada hari itu. Mata melirik, bertatap, kemudian getar turun ke hati. Langkah terhenti, dan bila tersedar si cinta sudah mencapai pinggan mula memilih menu tersedia. Mencapai apa sahaja tanpa kehendak selera akibat gundah dihati terpana cahaya cinta si pencinta. Selesai di ruang kaunter bayar, si Cinta mula mencari meja dengan wajah kaku, lurus dan kencang. Mungkin pembawaan malu dan juga ego kepada si Pencinta. Namun keadaan tidak memihak keegoaannya hari itu. Meja di ruang makan penuh tanpa satu kerusi pun untuk dia menyelit. Hanya satu kerusi untuknya. Kerusi bila mana dia sanggup berdepan dengan si Pencinta.
Si Pencinta mula bermonolog :
: Dah tau tak de tempat kosong meh la.. eksen nak mampus..
: Hek elleh, wat muka kencang, tak tahan..
: Perghhh.. Kalu dah keturunan keras hati, memang sampai mati pun wa makan hati...
: Sial!
Si Pencinta tau itu bukan harinya. Terlalu kasih dan perasaan mengambil berat datang pada diri. Dia berdiri mula mendapatkan si Cinta. Si Cinta yang nyata terkejut hanya menunggu Si pencinta mengahampiri.
: Pencinta : Kenapa la bengap sangat... Asal? aku nie bukan manusia?..
: Cinta : errr.. (diam.. wek.. dia cakap aku bengap)
: Pencinta : Jum.. jangan nak belagak.. kang jadi bahan cerita..
: Cinta : (Ceh... control macho la tue depan minah-minah nie)... Errrr..
Si pencinta mencapai pinggan si Cinta. Pinggan beralih tangan dan si Pencinta membawanya ke mejanya tadi. Si Cinta terpana, kaku membatu tetap disana. Hanya sedar bila si pencinta menarik tangannya untuk ke meja.. <<<----- Part ix
Sumber Gambar : Manipulasi. Halusinasi. Inspirasi @ Azlan Johar
Tukang Reka : Azlan Johar
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem
1 comment:
huuuu.....pjg betul...tp saya sempat baca...hihi...
semua manusia ada perasaan cinta tpi biarlah berlandaskan Islam bkn nafsu semata-mata...saya ni x prnh bercinta tp saya dpt tau sbyk sedikit psl definisi cinta ni...pengalaman membuatkan seseorang itu matang...tp sata mana matang lgi...masih di bwh umur...kui3 ^_^
tuan punya blog ni umur brape erk??? ^_^
Post a Comment