Aku singkap puisi Ada Apa Dengan Cinta (psssttt dulu aku anggap diriku sebagai Rangga)
" Ingin bingar aku ke pasar"... My Cinta kata.
Diam. Suasana bising itu tidak merebak pada meja si cinta dan pencinta. Diselubungi keheningan seperti di subuh hari. Si Cinta yang tadinya bergoyang mengikut rencah perut yang berdangdut hanya menguis makanan di pinggan. Si pencinta hanya mendongak kepala mejadi penonton riang rancangan "macam-macam Aznil". Namun ekor mata sentiasa dijamu dengan rasa kaku dalam diri si Cinta.
Kata hati cinta :
"Ingin bingar aku ke pasar.."
Kenapa perlu teman jika seperti sendiri..
Hanya batu depan mata..
Hanya kayu dalam diri..
"Nyah kau pekat, berjelaga jika aku sendiri"
Pekatnya egomu wahai lelaki..
wekkkkkkkk..
Pencinta : Tak baik tuduh-tuduh dalam hati...
(cinta menatap wajah pencinta, kemudian tunduk semula)
Cinta : Erm.. errr.. Tak baik main tuduh terang-terang..
Pencinta : Habis dalam hati tue menyumpah seranah..
Cinta : ( perasan jadi malaikat.. pirahhhh) erm manada.. hati ini suci bersih..
Pencinta : ye lah tuh.. Teruskan..
Cinta : (takkan nak mati di sini..) teruskan???
Pencinta : Kenapa nak diam...
Cinta : (eksen nye mamat nih.. dia yang tak bawa cerita).. abistuh nak cerita apa..
Pencinta : Errrr erm.. habiskan makanan tuh.. tak baik membazir..
Cinta : (pulak.. sekeh kang..) baiklah..
Keheningan bermula semula. Ekor mata Pencinta tetap diwajah manis si cinta. tumpuannya kini terarah pada lesung pipit si Cinta. Kini Macam-Macam Aznil menyaksikan adegan si Cinta dan Pencinta.
Kata Hati Pencinta :
Wahai la lesung.. kenapa engkau piipit?
Macam mana dia tak pipit, dah pipit nak jadikan dia lesung..
(apa aku mengarut nih)
Wahai wajah nan ayu lagi manis, sudikanlah untuk dijamu oleh mataku hari-hari..
Sesungguhnya mata ini hanyut dengan kemanisan wajah itu..
Sesungguhnya mata ini melayang dengan wajah itu..
Oh tuhan janganlah hambamu ini hanyut..
Oh tuhan biarlah melayang jangan aku terlayang...
Cinta : Kes rogol menjadi-jadi sekarang..
(wajah Pencinta merona merah)
Pencinta : Astagafirullahuazim.. Simpang malaikat 44..
Cinta : Emak saya lahirkan supaya saya melahirkan. Tapi dengan cara sah..
Pencinta : Apa awak merepek nih..
Cinta : Mata tu jaga sikit. Tak baik..
(wajah Pencinta kelat. Merah masih menghiasi wajah)
Pencinta : Sumpah aku pandang. Pandang tang lesung batu tue jer.. Tak lebih pown, kalau lebih tolak sendiri...
Cinta : Lesung? Batu?
Pencinta : Kemanisan anda ada di situ..
( kali ini wajah cinta pula dirasuk kemerahan)
Bunyi telefon tangan pencinta menyelamatkannya. Membaca pesanan ringkas.
Cinta : saya ada discussion, nak joint..
Pencinta : (senget!) perli nampak..
Cinta : Ok bye..
Pencinta hanya membiarkan Cinta dengan jelingan manjanya. Dia sempat bermain "kelip mata" dengan pencinta. Balasannya hanyalah jeliran lidah yang manis dari si Cinta. Senyuman manis juga sebagai balasan dari Pencinta. Bising. Pencinta mula sedar dengan kebisingan di kafeteria itu.
"pelik, tadi diam sehening subuh sunyi jer". Dia ketawa sendiri. Kemudian senyum. Kemudian menggeleng. Dan senyum lagi. "Aku gila!!!".
................................................................................................
Lokasi : Suka hati. Tempat discussion si cinta.
Wajah si Cinta menyerlahkan keceriaan yang sungguh luar biasa. Dengan bahasa mudah, si cinta tidak pernah seceria itu.
Kata Teman : (luahan hati si Cinta)
: Kita fokus pada hipotesis yang mengatakan lelaki suka berpoligami : ( owh pencinta.. manisnya senyuman itu)
: Namun kita cari faktor-faktor dulu. Tapi kalu dah bagi hipotesis, nak kesan juga ek.. : ( Aku bukan dirimu, tapi dirimu bukan aku. Namun aku mau kamu)
Teman menampar bahu si cinta dengan sekuat hatinya. Si cinta tersedar dan mula menyelak helaian kertas kajang di tangannya.
Teman : Kalau ya pun di rasuk syaitan, jangan lah nak peras santan kat sini..
Cinta : (sewel) hahahha... aku hanyut dalam dunia.. hahaha
Teman : jangan, kang kita yang hanyut nak ulang paper nanti..
Cinta : Ok start. hipotesis bangang! lecturer sama bangang..
Teman : Sah dirasuk syaitan...
....................................................................................
Dunia si pencinta bukan sahaja di kampus ilmu. Kehidupannya yang susah pada setiap sudut membuatkan beliau mengambil langkah berdiri di kaki sendiri. Bantuan kerajaan yakni PTPTN hanyalah mampu bertahan selama seminggu untuk semester ini. Ayahnya sangat membutuhkan duit untuk pembedahan jantung, membuatkan beliau menggelapkan duit pinjaman kerajaan itu demi kesihatan ayahnya. Dan langkahnya untuk memilih kerja di malam hari selepas waktu kuliah sangat memerlukan kudrat remajanya. Seven eleven menjadi pilihannya untuk menyara kehidupan kampusnya.
Kata hati pencinta :
Dunia tidak berakhir selagi nyawa ada pada tubuh..
Itu aku..
Itulah caraku..
Begitula kehidupanku..
Lelah bila aku memikirkan penat..
Mati bila aku tidah berdaya untuk lalui..
Kini pasrah itu aku nafikan..
Biar luka berdarah pada hati...
Biar nanah mengganti luka dalam diri..
Aku cuma ingin nanti..
Nanti dalam harapan..
Harapan yang belum pasti..
Pasti aku berjaya..
Berjaya jika usaha..
Usaha bermulanya di aras terbawah..
Kata teman Sekerja : (Kata hati pencinta)
: Lu ok kanie bro.. (layan)
: study then malam ko kat sini .. ( tuhan dan tentukan)
: well kalau lu ada prob especially duit, wa ada bro ( thanks teman)
..............................................................................
Hanyut. Itulah si cinta, hanyut pada perasaan sendiri. Pembawaaan masalaah dari rumahnya. klise cerita Malaysia. Ayah kawin lain, keluarga porak peranda. Namun itu berlaku pada si Cinta. Hatinya tenang jika musim perkuliahan. Dia hanya berada di kampus selama enam bulan pada penjadualan kuliah . Bukan derhaka, bukan juga lalai pada tanggungjawab menjaga hati keluarganya, namun ketenangan itu yang dicarinya.
Kata Ibu si Cinta : ( luahan hati si cinta )
: Tiada orang lain mummy harap. Kau la yang boleh mencorak balik kebahagiaan keluarga ni. (hmmmm)
: Kalau boleh mummy nak tengok kau berjaya. Lupakan apa yang berlaku di rumah nie (kalaulah semudah itu mie)
: Apapun dalam hatimu sekarang, dia tetap ayahmu (saya akan cuba mie)
...............................................................................
Masa berlalu dengan slumber, waktu penuh tenang berjalan pada dasar kehidupan manusia. begitu juga dengan si Cinta dan Pencinta.
Mungkin dewa pada cinta ingin menguji rasa cinta yang baru menular di hati mereka. Si Cinta dan Pencinta mendapat kumpulan yang sama pada tugasan berikutnya untuk kelas minor fakulti seni mereka. Tugasan ini sangat penting pada si Pencinta untuk bergraduasi pada tahun ini. Namun, si Cinta yang juga ketua kumpulan itu menetapkan waktu berdiskusi untuk tugasan itu adalah pada waktu si Pencinta menjalankan tugas malamnya di Seven Eleven. <<------- Part x
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem
10 comments:
uii. .. mcm kisah benar bah ni. . .uhuk2. . .simbolik jugak tu cra pnceritaan. . .
p/S : aku tag ko di sini
http://suarahatisipujaanhati.blogspot.com/2011/06/segmen-saya-blogger-tegar.html
:)
@ suara hearty
tQ tag.. jap lagi joint
SP, kau bule buat novel ouh ! best writer ever lah ko ^____^
@ mira
hahahha ikut suka jariku jak menaip nih heheh..
bleh bt novel ni, jom...
@ hanjila..
hahahha aku suka-suka saja.. kongsi apa yang ada di kepala...
nanti buat novel tiada mo baca.. kan naya
Buat novellah...novel sastera utk sekolah...kompem diterima...hihi..:P
Buat novellah...novel sastera utk sekolah...kompem diterima...hihi..:P
@ domo mega...
hahhah.. akan diusahakan..
buat novel jom ? ;)
Post a Comment