Dari kaca mata wa sebagai aku. pinjam pic dari maya jer.. |
Pemerhatian yang telah menjangkau, (ceh menjangkau diguna, jap wa ulang), pemerhatian yang telah genap 30 hari, majoriti bloger-bloger semalaysia mencari "itu"2 dalam "menelusuri" penghayatan maya mereka di alam blog.("menelusuri" Di pinjam dari N3 terbaru cik sebelah yang pemezz, Zara)
P/s : wa minat baca tulisan cik sebelah kerana best. no komen. best jak. Tidak berkait dengan keperibadian si pencinta kerana wa memang minat sapa yang gila dalam penulisan. tidak berminat pada penulis2 skema yang klise. Tapi siapala wa yang nak menilai sebab wa bapak kepada klise. Hahaha.
: Wa dah mencapai tajuk utama, "lari tajuk" sudah kan kan kan. hahah.
Pada wa, blog adalah medium untuk berkarya dan mengakses diri pada dunia maya. Selain itu, blog juga digunakan dalam memesatkan industri maya selain tempat untuk menjadi usahawan berjaya. Badan-badan 'gomen' atau 'pebet' juga menggunakan blog dalam urusan seharian maya mereka. Namun wa menfokus kepada blog-blog pribadi macam blog wa yang cikai ini untuk wa hentam dalam N3 ini.
: Sebelum terlari tajuk baik wa fokus kepada tajuk penting iaitu "itu2" yang dikejar di dunia blog. Tetapi wa berpandangan itu2 itu semestinya mempunyai kepentingan dalam paparan blog. Mohon untuk wa mengulas, maaf kalu tersalah dan tinggalkan N3 wa nie kalau menyampah. (Ok deal).
Mencari kenalan (KONON!)
Wa sangat memuji di dalam hati yang suci telus nie jika ada blogger yang betul-betul ikhlas dalam mencari kenalan. Respecting dari wa. Susah nak cari tapi wa terjumpa dari komuniti blog semasa dari sabah yang dikenali WSB, wa bukan nak up sebab wa orang sabah, tapi realitinya beberapa bloger di dalam komuniti itu memang kuat pertalian darah mereka di alam maya dan juga terbawa-bawa ke alam realiti. (Tiba-tiba jak terberhenti menaip, sab ibu jari sebelah mo thumbs up kepada mereka). Blog dan entry mereka sentiasa berkait rapat dengan komuniti itu disamping sentiasa menjaga tatasusila kerakyatan sabah yang sentiasa 'aramaitik' maaf bukan mabuk-mabuk tapi sentiasa menginginkan keramaian dalam blog mereka. (mesti wasaber puji wa lepas nih) hahahah.
Negatifnya pula tentang mencari kenalan ini adalah keikhlasan. Wa tinggalkan cerita mengenai wasaber sebab wa tahu lebih dari setengah wasaber adalah mereka-mereka yang mempunyai hati suci bersih dalam isu kenal dan mengenali ini. Sebelum wa lari tajuk, wa nak buktikan tentang keikhlasan ini :-
Chat box Kata : (maksud)
: Hi, limpas2 jer...
(Hi, aku follow, kau mesti follow lepas nih)
: Lawa blog.. Saja mau komen...
(ceh lawa lagi template aku.. Saja menambah rakyat. jangan lupa follow ok)
:Blog Walking...
( Jalan-Jalan Cari Mangsa )
:<<<---- Jum Cinta. Peningkan kepala...
( hakhak tue style wa. wa pun cari follower. Tapi wa ikhlas. Hati wa suci bersih penuh keputihan)
Isunya di sini, sebelum mereka meninggalkan pesan di chat box itu, adakah mereka betul-betul membaca N3 yang ada pada blog yang di 'klik' itu.
:(Kejadian tiba-tiba: selasa 7.45 PM, wa tertengok di chat box wa, dua orang cinta tulis benda yang sama, "dah follow, jangan lupa follow balik") Hahha c. No komen.
Wa rasa, mungkin ini adalah lumrah dunia bloger masa kini, dan kemungkinan juga, sebab wa bloger yang "KEBARUAN", dats y tertanya-tanya adakah benda ini sudah sehati sedarah dengan dunia blog. Tapi wa berpendapat dari secebis hati yang dalam-dalam sedalam lautan luas, 8least bacalah N3 terbaru mereka walaupun tidak menjelajah semua kerana "ada benda" mereka nak sampaikan pada kita sebagai pembaca. Jika rezeki kita pada hari itu, mungkin kita mendapat manafaat daripada N3 mereka. Wa konfom dengan ayat wa.
: konklusi : Untuk apa kita mengejar follower kalu kita tidak betul-betul faham dengan style blog mereka. (wa nasihatkan untuk diri wa jer, tapi kalau siapa-siapa tetiba terangkat dan telinga bertukar kaler, sorry2 naik lory dari wa)
: konklusi 2 : Tapi jika follower datang mencari blog kita, jangan bersangka buruk yang menganggap mereka hanya ingin berbalas follow dengan kita. Hati mereka seikhlas hati-hati ikhlas ingin berkenalan maya dengan kita. (ahaks.. ek?)
: Konklusi 3 : Ada apa hasil tulisan jika tiada hati yang ingin membaca. ( untuk wa jer, sebab wa tau penulisan wa kemungkinan tidak mencapai piawaian sebenar seorang penulis)..
Ingin berkarya
Part nie paling mencabar buat wa kerana wa berkait rapat dengan karya. Tujuan wa berbloging adalah untuk 'try' gaya penulisan eksperimental, yang juga boleh dikatakan "UNIK". Bukan kata wa tapi kata si cinta yang sentiasa merah, Si manis miraMERAH pada 5 Jun 11, 11:04 AM @ Chat box . (bukan perasan, tapi semangat)
Dalam hati ingin menulis seperti mereka yang pandai menulis, itu hanyalah harapan, tapi dalam hati suci bersih nie wa hanya ingin menulis dengan cara seadanya penulisan wa sekarang. (refer to ilusinasi dan monolog sahaja). Tapi wa akan menulis seperti realiti di dalam "lari tajuk" untuk membincangan isu semasa dunia nyata kini.
: Tak nak tulis lebih kang kena label melebih-lebih pada tahap beginner blogger o writer.
Populariti
: Ini berkait rapat dengan trafik, bukan trafik di bandaraya mahupun lampu trafik juga polis trafik.. trafik yang bloger-bloger jer paham..
Siapa yang tidak menginginkan popular. Wa pun mengidamkan satu pengiktirafan blogger yang popular. Hahah jap wa kena sedar diri jap. Popular datangnya dari penilaian si pembaca untuk penulis, penilaian dari pengguna untuk bloger menjual produk barangan, dan penilaian fans untuk bloger mainstream. Mereka yang berhak menilai hebatnya blog si polan bin polan dan YB Tanpa Nama (sekadar hiasan). Wa akan menilai dari segi blog yang mempunya karya-karya penulisan sahaja, kerana berkait rapat dengan minat wa. Untuk menjadi penulis karya yang wa minat, wa akan pilih dari segi gaya dan isi yang hebat selain tidak terikut-ikut dengan penulisan watak-watak pemezzz yang sedia ada di dunia blog mahupun novelis terkenal malaysia. (hanyalah penilaian wa sebagai ulat buku seketika, dan juga sebagai penulis cikai-cikai yang baru belajar berkarya)
Penyalahgunaan blog sering berlaku untuk mempromosi diri, mempopularkan blog dan menjual maruah. Oh "Adinda Milano Evans" (tak nak highlight, cukup2lah dia pemez dengan cara itu) Wa sebagai abang, dengan hati yang suci bersih ini berharap terbuka hati adinda untuk meneruskan niat adinda untuk berubah. No komen!.
Selain itu terdapat penggunaan gosip-gosip rambang menjahanamkan artis Malaysia untuk mempopularkan blog. Isu ini klise namun wa masih nak menekan biar jadi tekanan kepada bloger supaya berhati-hati untuk N3 akan datang. Siapa yang harus menaikkan industri kita sendiri kalu bukan kita sebagai rakyat malaysia. (yup! wa memang patriotik sebab wa anak merdeka!) Wa pun gila korea, tapi wa 'hafal' nama artis-artis Malaysia berbanding korea. Ahaks!!!
Konklusi : Popular bukan pada nama tapi hasil yang diwarwar di dalam blog.
Konklusi 2 : Kalau ada artis yang betul-betul 'hantu!' wa akan turut hentam sampai terbenam supaya tidak memalukan industri seni tanah air.
Konklusi 3 : wa kena sedar diri wa bukan siapa-siapa.
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem
3 comments:
yep, blogging ajar kita cara penulisan, ajar kita erti kehidupan melalui pembacaan, ajar kita cara untuk hidup, memberi info tentang apa saja, dll. banyak kebaikan blogging, tapi jangan seja disalahgunakan. :) hehe kan3x . ^^o
Ah, jangan lari tajuk :p
@amirah.. yo betol sangat la tue..
@cik sebelah.. komen membina pls..
Post a Comment