Dari mata ke mata, hati merasa |
Hati wa tergaru-garu untuk melakukan 'snapshot' tentang sang lelaki kaki merajuk. Kalu wa tak buat N3 ini, bintik-bintik gatal akan terus mengganggu hidup wa, perasaan meluat akan bercambah pada diri wa, dan akhirnya dosa-dosa wa berubah dari bukit menjadi gunung.
: Seperti biasa N3 nie tidak berkaitan dengan sesiapa yang dah mencapai tisu untuk mengelap segala air yang hendak keluar selepas baca N3 nie, atau yang dah kelam-kabut ke dapur mancapai air sejuk beku untuk menyejukkan diri kerana terasa panas di telinga dengan isi N3 ini. Ahaks..
MERAJUK adalah perkataan yang sinonim bagi wanita. Bila si gadis merajuk, wa tak kisah kalu nak bakar rumah, letupkan kereta, gantung diri atau mendaftar diri kepada gerila bom buatan sendiri. Wa sangat tak kisah. Wanita memang layak dipujuk kalu dah merajuk. Kepada lelaki yang beharta, tutup mata anda bila membelanjakan duit anda demi memujuk insan tersayang, tak pun relakan diri anda menjadi balaci suruhan demi menjaga hati si dia. Itu memang "Tugas-Tugas Khas" bagi kaum lelaki di mata wanita. Jadi kalau bermimpikan 'wanita' jadi suri dalam taman, bersedialah untuk anda jadi "pemujuk setia" sampai mati.
: Sebenarnya wa nak cerita kalau lelaki merajuk. Wa dah sedia beg plastik Giant depan mata, standby jika tiba-tiba nak muntah.. Gilerrr, meluat doh... Ceh, macam wa tak kaki merajuk???!?... Ahaks.. wa bapak kepada kaki merajuk.. Terdapat beberapa kriteria penyebab lelaki yang dikatakan sejati merajuk (Hanyalah berdasarkan sekeliling wa sahaja yang hidup di pekan terpencil utara Hapcheong, Korea Selatan)..
i. Merajuk dalam istilah ber"Family"
: Bila ayah menurunkan wasiat, nama kakak dan abang lebih mendominasi carta pemilik harta dan tanah-tanah. Mula la buat muka 3 sen nak lari dari rumah, konon mencari harapan di kota. Tidakpun mula mengasah parang untuk digunakan 10 ke 15 tahun hadapan, kononnya parang itulah akan menjadi sumber rezekinya akan datang. Menghunus senjata kepada saudara sendiri untuk menuntut hak harta dan tanah-tanah yang sudah diwasiatkan kepada ahli keluarga lain.
: Bila emak ayah tak berkenan dengan calon menantu pilihan hati. Mula la buat surat mogok mengatakan ingin membuat pasport ke selatan Thailand mencari kadi-kadi luar ingin kawin lari.
: Bila emak atau ayah berkeras menjodohkan dengan pilihan mereka. Mula la buat surat perjanjian "30 hari mencari isteri" kononnya ada kelonggaran jika dapat mencari gadis yang boleh diterima keluarga. Ahakssss...
ii. Merajuk dalam istilah ber"Teman"
: Bila teman terlupa meng'inform' tentang party antara teman-teman. Nak jika ada carpet merah dibentang ditangga atau harus mengutus poscard diraja bercop mohor kerajaan datang ke tangannya, tanpa memperduli teman-teman dalam keadaan huru-hara menyediakan keperluan untuk party berkenaan. Mulalah berkira tidak ingin mereply mesej atau mengangkat telefon teman-team. "budget ct mahal, takut keypad telefon hilang nombor. Ahaksss
: Bila teman tidak menyenarai namanya dalam sesuatu acara sukan kegemaran (Bola sepak). Mulalah buang muka dan tidak turun padang selama berbulan-bulan kerana melayan jiwa resah dalam hati. Dalam hati sudah bertekad untuk membuang nama teman-teman yang selama ini sehidup semati dengannya. Hahaha like YB Tanpa Nama dan si Polan Bin Polan.
: Bila teman menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai. Konon nak belajar, tapi apabila depan aweks dan sekeling, berlakon yang dia adalah ketua dan terhebat antara lainnya. Itulah YB Tanpa Nama. Dan bila kesalahan di'capture' oleh teman dan ingin mengajar serta memperbaiki, mulalah berfirasat yang bukan-bukan. Kononnya si teman ingin menjatuhkan maruahnya. Akhirnya bilik gelap menjadi mangsa sedu sedan menangisi hati yang rawan. Ahaksss.
: Bila teman ingin mula ber'FB' dengan cinta pengarang jantungnya. Teman hanya ingin berkenalan dan mengenali awek kepada teman-teman, tetapi kecemburuan babi buta menyebabkan perasan merajuk datang pada diri. Mula la awek jadi mangsa rakus penampar sulong dan kata-kata menghiris sembilu. Teman pula menjadi bahan umpatan berjela-jela. Bantal pula menjadi mangsa air mata kepada perasaan kecil hati pada teman.
iii. Merajuk dalam istilah ber"Cinta"
Malas nak ulas. Klise sangat-sangat. Dan terlalu banyak. Wa pointkan ja.
: Bila awek ber"FB" cintan-cintun dengan orang lain. Mula la deactivate account. Unfriend dan bermacam-macam lagi.. ahaksss
: Bila awek tak angkat telefon, tak mereply mesej. Mula la berkira nak beli telefon baru keesokannya kerana telefon menjadi mangsa pada kekerasan dinding.
: Bila awek memilih keluarga berbanding teman lelaki. Baru teman lelaki, belum jadi suami. Kalu dah kahwin wa gerenti si isteri dicop anak derhaka oleh keluarganya.
: Bila awek memilih untuk lunch dengan teman-teman. Mulalah berkempen diet dan menghuru-harakan perut sendiri kononnya awek tak ambil kisah tentang perutnya.
: Bila awek mula membanding diri si lelaki dengan abang atau ahli keluarga yang berjaya. Mula la pakat nak masuk 'MLM' yang kononnya hendak kaya cepat tanpa usaha dari bawah.
: Bila awek mengkritik cara kehidupan dan tingkah laku. Mulalah beserkap jarang mengatakan si awek itu sudah men'spot' lelaki lain di tempat kerjanya. Ahaksss
: Bila awek tidak meminati apa yang diminati. Mula lah berperangai buruk siku, meminta kembali hadiah-hadiah yang merupakan barang-barang dari sesuatu yang diminati tadi..
: Bila awek tidak mahu menurut kehendak sangapnya. (paham-paham ek).. tapi elakkan terjerumus ke lembah maksiat. Insyaallah hidup anda diberkati.
: Bila awek tidak memperduli usaha dan titik peluh. Dah buat perkara tak ikhlas, cuma ingin dipuji @ minta puji. Lainkali buat kebaikan ikhlas dan jujur. Okay..
: Bila awek dah ada orang lain. Benda nie bukan takat merajuk, tapi akan mencapai tahap tekanan dan sakit mental. ahaksss
........................
Wa penat.. Banyak sangat bab cinta nie. Tapi di atas adalah part-part penting boleh membuatkan lelaki yang sensitif memperagakan rajuknya.
P/s : wa meluat dengan lelaki sensitif, lebih-lebih yang kaki merajuk.. tapi wa pun sama dengan jer sensitifnya.
Tambahan :
Berikut adalah lagu yang yang masih menghuni carta No. 1 siulan dari pemuda pemudi pekan terpencil utara Hapcheong, Korea Selatan. Lagu ini telah bertahan selam 1 tahun 13 bulan. "sandi macam saya"
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem
2 comments:
Bagi gua, lelaki perempuan sama saja kalau bab-bab merajuk. Gua pernah tengok/rasa benda tu sendiri. Tapi paling gua tidak tahan, kalau PONDAN merajuk. Fuh. Mencabar iman ging.
Entri terbaru: tragis
best2.. wa mo layan.. hahah tak penah rapat ngan pondan.. mungkin sikap primitif dan tidak open minded menjadi sebab wa takut dengan pondan.. hehhe
Post a Comment