Aku?

My photo
Sabah, Malaysia
Blog Untuk Renungan Masa Depan Apabila Dah Bertongkat.. Namun Lalui Hidup Kita Di Dunia Realiti Semasa Meniti Ke Hari Tua.. Gunakan Blog Hanya Sebagai Medium Penggerak, Bukan Sebagai Diri Yang Bergerak.. Kerana Nyata Lebih Bermakna Dari Maya..

Sunday, June 19, 2011

Lari Tajuk _ Resepi Happy-Happy

Wa bukan keturunan syef atau kerja sebagai syef juga tidak ingin jadi syef. Setakat tukang masak dapur kampung masih guna asap, wa boleh. Dengan bergaya wa akan berjaya menghidang resepi "pakai lidah keluar asap". <<--- Lari tajuk.

Idea resepi happy-happy nie datang dari member wa, wa cuma mengolah idea yang terkumpul.. wahhhh. We all kenal masa wa menuntut di negeri banyak kucing. Sampai sekarang wa masih jadi kucing, kucing jantan @ kucing garong, meawww.. dengan gaya manja gitu. Fakulti kite orang nie belajar seni tapi nama fakulti tue best, Fakulti Sentiasa Gelap Kelabu (FSGK). Nak kenal member wa? Juga tukang reka kebanyakan gambar dalam N3 wa kebelakangan ini. Wa perkenalkan "Lelaki peminat Chelshittt!!! perasan hebat". Tue dia, chelsea sana, chelsea sini, harap duit jer lebehh.. Main tarakk.. Wa kan Setan merah yang sentiasa merah, penuh kuasa merah.. hahaha. <<--- Lari Tajuk.

Resepi Happy-Happy berkaitan gambar nih.. (...... Jap tengah loading.....)

Sumber : Manipulasi. Halusinasi. Inspirasi @ Azlan J
: Kisah berkenaan button kat atas tuh. Kenal tak button-button tuh, kalau tak kenal, memang sah anda adalah abadi dari zaman purba. 
: Semua cerita untuk menggembirakan hati anda yang tengah lara. (kira resepi lidah keluar asap la kan)

i. Rewind.
: Korang ada kisah manis. Maybe Siti Nurhaliza pernah jatuh cinta dengan korang sebelum bertemu jodoh dengan Dato K, bagi yang lelaki. Bagi si wanita, Maybe David Beckham pernah menghantar rombongan meminang ke rumah anda, tapi emak ayah tak berkenan sebab tak sama color rambut atau color bulu lainnya. Kira manis la tuh kan. Tak pun apa jer kisah manis lainnya. (Try ingat sekarang)
: Tujuannya bila anda resah, rewind la memori-memori indah itu buat sementara anda di dalam resah. Wa dan member wa cuma di pihak pencadang.
ii. Play.
: Simple. cari gembira itu walau macam mana cara sekalipun.
: Ini tidak, dah tau resah, kosong dan sendiri, nak juga korang bermeditasi dengan khayalan fantasi yang mencengkam jiwa. Duduk sendiri basahkan bantal damalkan selimut. Tak pun tengah layan simpul-simpul tali nak gantung kat siling. Siling tak perlu tali wei, dah kejadian siling memang tak bertali. Putus tak bertali ada. memang kejadian alam. Sorry-sorry, mengingatkan kisah pulak kan. 

iii. Pause.
Hanya seketika. Konon la korang mempunyai kegiatan harian yang boleh mengingatkan perkara sedih-sedih melarakan hati dan jiwa. Kalau ada, lupakan rutin itu seketika, cari rutin harian yang boleh happy-happy kan diri. Bila dah ok lantak korang la. Nak mampus kat rutin tu pun apa wa kisah. Kubur kita lain-lain ahakss.

iv. Forward.
: Bukan berangan ok. Maksudnya ialah cuba kuatkan diri untuk lebih cepat sampai kehadapan meninggalkan segala duka lara menjahanamkan diri tuh. cepat-cepat jangan lambat. Kang korang jahanam wa tak nak tanam walau dah dekat malam. Ahaks.. Mencarut jap.

v. Stop.
Anda bodoh kalu anda tak faham. Nak wa siku kat pipi baru berenti sedih-sdih tuh. Tak pun terajang halilintar kat belakang kepala supaya faham. Nak sedih-sedih besok gembira jugak. Hek elleh..

(Jap, wa pun sama dengan jer... Wa dah biasa kena siku tapi bukan kat pipi, kat bawah lidah sikit nak sampai kerongkong. Sebab tu lah wa kurang nak cakap, dah menaip menulis, menaip menulis. Tak guna mulut kan.) 

P/s :  Sebenarnya idea member wa adalah dalam bentuk kehidupan @ life. Kalau nak hidup sempurna aman damai tenang jiwa lara, gunakan lima button tuh. perghhh takkan nak hurai sesatu. Ada kepala pikir, ada mata tengok, ada hidung hidu, ada telinga dengar, kadang pekakkan sikit, dan ada nama, jaga. 


Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem

9 comments:

Anonymous said...

hebat...resepi yg menarik...^_^

akn saya cuba terjemahkannya dan amalkannya dlm diri ^_^

kathy said...

x dinafikan kita boleh atur hidup kita dgn 5 button tu..

Misya Mialen said...

ya, aku sllu anggap yang life must play on. boleh rewind tp utk sbgi panduan lalui cerita hidup seterusnya. jgn stop, klu stop, takut stoooop terus. mau forward, harus lebih berani.never giveup.mau pause?mmm..boleh saja asal jangan tidur terus dan terkebelakang sbb semua orang sdh ke depan.;D sekian terima kasih;D

Misya Mialen said...

ya, aku sllu anggap yang life must play on. boleh rewind tp utk sbgi panduan lalui cerita hidup seterusnya. jgn stop, klu stop, takut stoooop terus. mau forward, harus lebih berani.never giveup.mau pause?mmm..boleh saja asal jangan tidur terus dan terkebelakang sbb semua orang sdh ke depan.;D sekian terima kasih;D

Eera Shera said...

hehe..nice entry..

Sang Pencinta said...

@ Tq All sebab layan..

Unknown said...

Rewind - Pengajaran yang lalu
Forward - Alam seterusnya
Pause - Lama berfoya2
Play - Buat benda baik
Stop - Buat benda jahat

Apapun, aku enjoy layan pos ni bro. Ni barulah gabungan karya orang Seni+Sastera. Muahua3! d(^^,)

Sang Pencinta said...

@ Samizul..

Dia nie memang menyentap jiwa la.. best.. Ada hati dan jiwa mengenali sastera dan seni.

Orang Kuat WSB. TQ

hanjila said...

tima ksih sbb bg resepi ni... nnt blehlah sy applykan dlm dapur khdupan... happyhanjila~

....: TAK BEST :.....

.: KATA PADA KATA :.

...Semua hasil dari Otak Aku... Hati aku kaki support... Jari aku tolong ketuk-ketuk... Kalau aku tulis time minum copy...Aku sure letak gula sebagai ct rasa untuk pastenya...takut datang surat cinta...Tapi jarang minum copy sebab aku benci copy, aku suka air gunung yang bersih dan segar...

.: Hijau itu aku... Hebat itu mereka tu... Tokoh itu tertentu :.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
aku dari sudut aku terus memerhati_amkaNsem by Aku.. Aku.. Aku.. Sang Pencinta is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akuakuakusangpencinta.blogspot.com.