Aku terus memerhati...
Hari ini pilihannya si manis tudung litup yang ada gaya. Cukup menawan bila menghadiahkan senyum, hidung terletak membantu keanggunan wajah. Dalam hati si Enji penuh kagum dan bangga. bukan pada wanita yang mendampingi, tetapi perasaan riak dan ego yang menguasai diri setelah memperolehi hati untuk dipertonton pada teman-teman.
Kata terluah : (dalam hati)
Enji :
: Aku hebat... Aku perolehi dengan mudah (korang?? hahah)
Teman :
: Anda memang hebat ( itulah kamu )
Enji :
: Aku akan cuba mendapatkan madu pada jambangan (bangganya...kamu???)
Teman :
: Buat sehabis baik (itulah kamu??? laknat..)
Jerangkap samar dipasang untuk mendapatkan hati dan menghisap manis pada madu si kelopak yang baru memekar pada jambangan. Sedia kala itu hebatnya, itulah kebolehannya. Cairnya si wanita memberi apa yang dikatakan mahkota. Akhirnya hanya tinggal sepah yang akhirnya menjadi sampah. Si Enji megah berjalan bangga dilorong sendiri dengan derap tapak yang menjadi tolehan pada teman. Tolehan berkisar jerkahan yang tidak menyebelahi pihaknya.
Aku tetap memerhati...
Dalam khayal si wanita yang penuh tradisi kecantikan asli pembawan nenek moyang menjadi misi si pemangsa. Kata penuh dusta bercairan romantik mampu memecahkan kebal iman pada dada si wanita. Lemah si wanita menjadi mengahan puas si lelaki buas. Menjadi tapak berdarah wanita untuk sekian kali. Tetap dengan derapan tapak megah berlalu di hadapan teman-teman.
Kata terluah : (Dalam hati)
Enji :
: Aku puas ( hahahha)
Teman :
: Hebatnya kamu ( DIA akan melaknatmu)
Enji :
: Seperti ada suara sumbang dari kamu ( Cemburu?)
Teman :
: Suara itu bukan dari kami ( Suara itu dari maha pencipta)
Aku penat memerhati... Aku juga mengharap dia berubah...
Berjalan pada nyata dia memang hebat. Hebat pada di laknat. Mampu membawa hati yang penuh mati mencapai apa yang diimpi. Tapi Allah maha mengetahui. Allah maha berkuasa untuk memberi. Allah maha mencipta dan menghilangkan.. Azab juga ada di dunia.
Dunia kelam menghantui Si Buas. Siflis sebagai azab pertama dijatuhkan kepadanya. Itu sahaja sudah mampu membuatnya menderita. Duduk berteleku mentafsir salah menjadi rutin harian yang belum pasti akan menginsafkan. Namun pada kata dia insaf. Pada kata juga dia ingin memilih jalan benar. Memilih jalan mengingikut kehendak NYA. Tunduk layu minta pengampunan. Itu wajib pada nasuha. Dan aku menambah, apa lagi jika ada azab seterusnya, dia teresak penuh ikhlas pada tangis, juga aku.. Aku terbawa dengan tangisnya apabila bermusahabah tentang kekuasaannya. Aku juga banyak dosa. Itu yang kukata dalam hati.
Aku senyum.. Manis itu bila sudah merasa pahit. Tapi Maha Pencipta yang satu berkuasa menukar manis itu menjadi pahit.
Sumber : This Is Avanged @ Azlan J |
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem
2 comments:
"What you give is what you'll get back". Tunggu saja la pembalasan dari Dia. Mungkin dia akan ditakdirkan kahwin dengan gadis yang tidak virgin sudah, ataupun anak-anak gadis nya nanti akan diperlakukan sebegitu. Siapa tahu, kuasa Allah. :)
# wordless wednesday #4 #
betul... setuju...
Post a Comment