Wa mula dengan sekerat pantun yang sudah bekarat.
Dua tiga lembu berlaga,
Si tanduk tiga hebat perkasa.
Ada apa dengan Sang Pencinta..
Hanya penuh kata-kata...
Tiga empat katak melompat...
Aku bukan seekor katak...
Si pencinta jiwang tapi bertempat..
Semua hasil dari otak....
Empat lima idea datang...
Penuh isi harus ditulis...
Aku jenis suka menentang...
Cerita jiwang tapi sadis...
Hahaha... harap bekarat di minda anda nanti.
: Lari tajuk sudah. Hari ini simple bersahaja. Semua cerita berdasarkan cinta, namun bukan kisah sedang bercinta, namun cinta yang mengukuhkan hubungan antara yang mencinta dan yang patut dicinta. (Ampun maaf dari wa kalu tetiba lari tajuk : Hendak sesuaikan dengan tajuk konon) Kisah begini sangat Klise namun wa nak buktikan cara wa mengisahkan cerita Klise ini lain dari yang lain. Maybe sebab akan lari tajuk. ahaks...
i. Kawan
Kawan. Teman. Sahabat. Maksudnya sama tapi penilaian yang berbeza. Kebiasaannya, apabila baru berjumpa kita akan kenal, bila kita kenal kita akan kawan. Bila lama berkawan kita iktiraf teman. Bila teman sehidup semati kita anggap Sahabat. Klise pada wa tapi anggapan ini memang betul, Dalam tiga ratus lima puluh enam @ 356 kawan, 1.5 dari dari mereka adalah sahabat. Anda cari sendiri mana teman dan mana kenalan. Malas wa nak kira statistik segala.
Pada wa setiap Kawan adalah sahabat. Tapi sahabat wa, tetap wa anggap kawan. (lain dari lain bukan). sama rata jer.... ahaks.. yang penting sahabat dunia akhirat wa yang di atas dan diri wa sendiri.
: Adakah anda perasan yang penulisan wa 7 baris di atas sudah lari dari tajuk. wa tidak mengaitkan keperluan cinta dalam sahabat. maaf, nasib tak berjela-jela wa sesat.
Setiap perhubungan atas nama kawan itu sangat memerlukan cinta. Tanpa cinta kawan,teman, dan sahabat tidak akan dicapai dalam istilah hidup berkawan. Cinta antara teman sangat mudah untuk ditafsir dan dimaksudkan. Tidak seperti cinta antara Si cinta dan si pencinta, sangat susah untuk ditafsir dengan hati kasar. Cinta dalam hidup berkawan mudah untuk ditafsir iaitu keikhlasan dalam pertolongan dan sebaliknya. (simple, pendapat wa sahaja. tidak berminat, stop baca sampai di sini) Kadang kita sangat memerlukan kawan apabila dalam keadaan yang memerlukan, kesusahan dan kesempitan. Percayalah sesiapa yang datang untuk membantu anda, selepas kejadian berliku itu, anda tidak akan menggapnya kawan lagi, anda akan merasakan dia adalah seorang sahabat, malah dalam hati mengangkatnya sebagai saudara sedarah. Cinta sebegini sangat memerlukan keikhlasan dan kejujuran. Ikhlas dalam meminta pertolongan, jujur memberi pertolongan. Ini adalah cinta seorang teman.
: Namun apa beza cinta kawan, cinta teman, cinta sahabat?
: wa boleh menjawab dengan ini :-
Kata Wa :
: Wa dapat bonus lebih.. Jum lepakzzz...
(kata kawan : Perghhh lu memang best la mat)
(kata teman : Ini baru member.. Ok bah kalau kau joe..)
(Kata Sabat : kecil ibu jari tangan nak thumbs up, ibu jari kaki aku bagi bro)
: Wa nak jalan-jalan oversea. Miri jer pown. Jum bg sapa2 nak joint...
(kata kawan : kalau spons, malam nie gak aku pack mat)
(kata teman : Joe. aku joint tapi tengok la dulu)
( kata sahabat : bro, nak simpan la.. takut ada emergency)
: wa tengah pokai. Nak save, tak nak makan kedai...
(Kata kawan : Aku ... Diam...)
(kata teman : its ok bro.. layan jak apa yang ada)
(kata sahabat : kita syare beli barang dapur. ok kan)
: Ayah wa sakit, perlu duit for hospitality.. Ada?
(sampai sekarang, wa, teman n sahabat tidak faham kenapa kawan tidak berada di rumah sewa kita orang seminggu semasa kejadian itu)
(Kata teman : wa ada tapi wa pun susah. Tapi wa tolong pa yang mampu)
(Kata sahabat : aku ada simpanan bro. kalu tak cukup aku usaha dengan awek aku)
: moral of the story : wa harus pandang hadapan. Kawan tetap kawan, Teman tidak akan jadi lawan, Sahabat sehidup sematiku. (jangan buang kawan walau macam mana kawan buat dengan kita)<<<<----- skema betul wa kali nie.
: Jangan salah faham : kita tidak memerlukan teman hanya apabila hendakkan pertolongan. di atas hanyalah spesifikasi tentang cinta dalam hidup berkawan
ii. Barang
Benda nie mok cerita memang sensitif sikit kerana berkaitan sangat dengan bahasa yang menembak telinga apabila mendengar, contohnya "kedekut!!!", "Pelukik!!!", "tangkai jering" dan banyak lagi.. yang berkaitan barang. Pada wa hasil titik peluh kita adalah harta kita sehingga mati. Yang bermaksud, barang-barang yang diperolehi adalah rezeki kita daripada titik peluh kita sendiri. Tidak salah untuk kita mencintai atau menatang minyak yang penuh kepada barang-barang kita itu. Ada kriteria mengenai cinta kepada harta yang hancus sikit bila didengar :
: Contoh :
Sanggup untuk membeli hanya untuk dijadikan sebagai perhiasan dan pencuci mata dikala boring walaupun barang tersebut adalah satu keperluan. contoh:-
Kata wa: (Jawapan member wa)
: wei mat, dah kaya sekarang, Vios sebijik, Myvi sebijik.. Angkat ex-5 plak...
(Member : Tak nak menyusahkan Vios N Myvi)
: Hari hujan pun lu nek motor Mat...
(ape gune motor kalu hanya jadi perhiasan)
: Apa guna kereta kalu hujan pun sanggup mandi hujan..
(Biar aku basah dari Myvi N Vios mendapat demam..)
: Hang yang demam Mat.
Wa pun ada benda kesayangan wa yang wa susah nak kongsi dengan teman-teman. Tapi tak nak cakap, nanti teman-teman jelajah blog wa, mereka terasa plak. wa seorang teman yang baik kan.
P/s : kepada YB tanpa nama Dan En Polan Bin Polan.. DSLR wa dah kena jual ak? Dah berminggu wa tak cium skrinnya. rindu la plak.. Bukan perli, nasihat. Gah sana, gah sini si YB masi Tanpa nama , Si En tetap bernama dan berbinkan Polan. Dah-dah latue... Wa yang merindu...
iii. Diri Sendiri @ Aku?
Tak nak ulas panjang-panjang. Letak signboard jer.. lebih dari cukup.
iv. Keluarga
Dan yang penting sekali, perlu ada cinta pada keluarga. Simple tapi wa rasa berisi : "Apa akan jadi dengan kita sekarang jika hidup tanpa keluarga".
Wa dengan Kata-kata :
: Dari aku, lahir dari dari minda, tersentuh di hati, ku karang pada kata-kata...
: Aku tetap aku sentiasa menjelajah realiti...
: Berfantasi di maya...
: Tetap ada mata memandang...
: Tetap ada hati yang tersentuh...
: Tetap ada jiwa yang sentiasa menanti sakit...
: Lahirnya dari aku, Penyebabnya sudah tentu aku...
: Gah berpeleseran menjadi hantu...
: Perkasa jika teman sentiasa gembira..
: Hati Si Tua penuh lalang, tidak tercari erti identiti...
: Sayangnya di mana...
: Kasihnya di mana..
: Prihatinnya di mana
: Aku yang tetap aku membelakangkan istilah menghargai..
: Susahnya aku terima, padahnya mereka juga turut merasa..
: Yang pasti cinta mereka setulus hati...
: Aku juga berhak mencintai..
: Wajib menyayangi...
P/s hargai mereka selagi mereka ada di sisi.
Aku Tetap Aku Di sudut Aku Terus Memerhati_AmkaNsem
1 comment:
Congratz! New Wasaber. Follow all the Wasabers to stay connected among Wasabers. ;)
Oops! Logo WSB tidak kelihatan. Sila lekat ya. TQ!
-krew WSB-
Post a Comment